What's up?

  • run

    HOME

Pengalaman ambil ujian SPiER. Susah ke senang? Meh nak bagi tips.


Aku tengok dalam Facebook Page SPA, bila scroll ke bawah, ada satu post pasal ujian SPiER. Ramai yang duk tanya SPiER ni ujian apakah? Matematik? English?

Jawapannya bukan. SPiER ni ujian psikometrik, yakni ujian untuk uji penilaian personaliti atau kompetensi calon. Nama penuhnya Ujian Sistem Pemprofilan Rekruitmen.

Ia direkabentuk untuk mengukur trait-trait individu berasaskan keserasian individu terhadap pekerjaan (job-fit), organisasi (organization-fit) serta sifat kerja berpasukan (team-fit). - SPA

Ada beberapa agensi lain selain JIM yang guna pakai ujian SPiER ni.


Terbaru, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) akan adakan SPiER pada 24 Mei 2021 - 26 Mei 2021 (Isnin - Rabu) untuk calon terpilih. Ada 99 soalan dan kena jawab dalam 30 minit je. Soalan tu memang tak susah tapi kau kena jawab dengan penuh keihklasan gitu. Sebab banyak soalan berkenaan nilai moral dan semangat patriotik.

Jawapan tu ada 4 jenis:
  1. Tidak langsung mencerminkan diri saya
  2. Jarang mencerminkan diri saya
  3. Kadang-kadang mencerminkan diri saya
  4. Sangat mencerminkan diri saya


CONTOH SOALAN

1. Saya boleh dipercayai.
  • Tidak langsung mencerminkan diri saya
  • Jarang mencerminkan diri saya
  • Kadang-kadang mencerminkan diri saya
  • Sangat mencerminkan diri saya

2. Saya lebih suka bekerja secara berkumpulan.
  • Tidak langsung mencerminkan diri saya
  • Jarang mencerminkan diri saya
  • Kadang-kadang mencerminkan diri saya
  • Sangat mencerminkan diri saya

3. Menyimpan rahsia menjadi tanggungjawab saya.
  • Tidak langsung mencerminkan diri saya
  • Jarang mencerminkan diri saya
  • Kadang-kadang mencerminkan diri saya
  • Sangat mencerminkan diri saya

4. Saya bangga menjadi warganegara Malaysia.
  • Tidak langsung mencerminkan diri saya
  • Jarang mencerminkan diri saya
  • Kadang-kadang mencerminkan diri saya
  • Sangat mencerminkan diri saya

TIPS
  1. Jangan gelabah macam nak jawab soalan Matematik dan English SPA tu. Sebab soalan SPiER ni 100% lagi mudah.
  2. Elakkan tinggal kosong dan jangan skip soalan. Jawab terus ikut flow nombor supaya jimat masa dan dapat elakkan masalah teknikal.
  3. Elakkan pilih jawapan moderate bila ragu-ragu dengan soalan.
  4. Pilih jawapan sama ada 'tidak langsung mencerminkan diri saya' atau 'sangat mencerminkan diri saya' sahaja.
  5. Jangan jawab dalam waktu puncak penggunaan internet. Better jawab tengah malam atau pagi-pagi buta. Line pun laju.
  6. PENTING!!! Jangan gatal tangan nak beli e-book soalan SPiER ni. Tak berbaloi habiskan RM100. Soalan bukan susah pun. Nak beli, silakan. Jangan menyesal pulak.


Walaupun soalan-soalan yang diberikan ni memang senang, tapi bila buat secara online, masalah teknikal memang tak dapat dielakkan. Pernah ada kes, calon belum habis jawab soalan, tiba-tiba server down.



So, tahniah kepada yang dah dapat tawaran untuk undergo ujian ni. Jawab dengan jujur dan ikhlas. Semoga lulus cemerlang dan dapat pergi ke peringkat seterusnya.

10 comment (s):

  1. Akak hari tu pun ada exam ni,tapi akak lupa nak jawab🤣.sebok sangat dengan kerja sampai kesudah lupa ada exam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takde rezeki kot tu. Saya baca komen/status, ramai jugak yang terlepas.

      Kena set reminder phone siap-siap. 😃

      Delete
  2. Soalan senang tapi hasilnya luar biasa.. Sekarang ni untuk apa sahaja jawatan kerja kerajaan memang ada soalan ini.. Untuk tengok personaliti calon kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Personaliti yang baik sangat penting bila bekerja. Dan ni akan lead to integrity jugak. 😆

      Delete
  3. Semoga berjaya. Soalan mudah tu,semua jawapan pada dia. Apapun semoga ada rezeki ke peringkat seterusnya. Aminn...

    ReplyDelete
  4. Pernah beberapa kali temuduga tapi tak berjaya. Berjaya jadi calon simpanan je. Tadi kini dah kerja di agensi kerajaan negeri. Umur pun dah 40-an, malas dah nak isi SPA.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Bila dah lepas exam, temuduga pulak yang menanti.

      Delete

Sila komen, kerana komenmu begitu berharga.