What's up?

  • run

    HOME

Iklan Raya 2021. Masih ada elemen PKP ke?

Update: 11 Mei 2021

Tahun lepas, banyak iklan raya yang masukkan elemen PKP dalam penceritaan. Ye lah. Dah tak dapat balik beraya kat kampung kan? Banyak syarikat yang memang kreatif hasilkan video berkualiti yang kena dengan style waktu tu.

Untuk tahun ni, masihkah ada lagi elemen PKP? Atau ada cara baru yang akan disampaikan melalui video iklan? Kat bawah ni senarai video yang aku jumpa setakat ni. Kalau ada yang baru, aku akan update.

1. Peraduan Beli & Menang Wow Raya bersama Alicafé, Alitéa, Per'l & Oligo! (12 April 2021)


2. Ribena Raya 2021 - Apa Dah Jadi (13 April 2021)


3. Parkson Raya - Home is Where the Heart Is (14 April 2021)


4. Asam Garam Kehidupan from Hamadaya (14 April 2021)


5. Iklan Raya 2021- Raya Tanpa Mak (18 April 2021)


Rating: ★★★★★
Ulasan: Iklan ni sangat realistik. Part awal pasal rendang mengingatkan aku iklan raya Petronas 2019 (Rendang SoRaya) dan iklan raya SAJI 2019 (Rendang Tok Mak). Tapi ada plot twist rupanya. Iklan ni membuktikan kau tak perlu ada set penggambaran mahal-mahal untuk hasilkan iklan yang berkualiti tinggi. Elemen PKP dan penjagaan SOP ada dan still relevan dengan situasi sekarang. Nak kata sedih tu takde lah sangat tapi perasaan sebak tu ada. Realiti situasi anak yang berjauhan dengan parent yang terpaksa bekerja sebagai petugas barisan hadapan.

6. SAFI Raya Kau Hijau | 2021 (19 April 2021)
 
 
Rating: ★★★☆☆
Ulasan: Iklan ni simple. Scene gaduh tu macam typical iklan-iklan yang aku pernah tengok. Tapi in the end ada plot twist. Not bad, but kalau part Amy Mastura yang promote shower tu aku rasa better tak perlu ada lagi cantekk. Boleh je buat Ayu tu baru balik dari shopping barang Safi. Tak obvious sangat nak promote product dalam iklan ni. Raya kau hijau = mak kau hijau? Benda dah lama digunakan semula. Tapi best je sebab rasanya ni iklan raya pertama yang gunakan tema mak kau hijau.

7. Mak Kau Buat Hal (19 April 2021)


8. 【SemangatRayaKekalDiHati】- Acson Hari Raya 2021 (21 April 2021)


9. 【Courts Raya 2021 - Raya Ni Tak Best!】 (22 April 2021)


10. Herbalife Nutrition: Beria-Raya Penuh Tenaga (24 April 2021)


11. Iklan Raya Yakult 2021: Throwback Rayakult (24 April 2021)


Rating: ★★★★☆
Ulasan: Aku tak kenal siapa Makoto ni. Orang Jepun ke? Tapi slang cakap macam Chinese. Entah. Iklan ni bagus jugak. Dia flashback kisah raya dia tahun lepas. Penggunaan IG Live dalam iklan ni memang sesuai dengan situasi semasa. Yakult pun memang obvious sangat nak promote product tapi aku rasa boleh diterima sebab tak over. Talent/pelakon iklan ni pun menjadi dan bersahaja. Cuma bab kerbau guling tu rasanya dah outdated. Seingat aku kuih tu viral tahun 2019. Bila masuk 2020, sambutan biasa-biasa je.

12. Maxis Iklan Raya 2021 | Raya Si Sakan #NikmatRayaBersama (24 April 2021)


13. vivo V21 Series - Mira Filzah | Antara Dua Hati (26 April 2021)


14. Nippon Paint VirusGuard - Perlindungan Untuk Seisi Keluarga [Raya Version] (26 April 2021)


15. Ninja Van Iklan Raya 2021 | Kembara Raya seorang Ninja (26 April 2021)


Rating: ★★☆☆☆
Ulasan: Mula-mula aku tengok iklan ni, aku rasa sangat awkward. Penggunaan dialek Terengganu yang tak kemas. Aku tak tahu talent/pelakon utama iklan ni memang orang Ganu atau just lakonan je. Kalau dia orang Ganu, aku rasa memang pelik sebutan dia tapi kalau dia bukan orang Ganu, aku respect sebab dia mampu cakap dengan elok walaupun tak perfect. Bab penceritaan pulak, ada part yang misteri. Contohnya part sorang auntie Chinese ni bagi nasi goreng kampung. Jiran dia, Pak Cik Hassan yang kirim bagi kat budak tu. First, aku pelik, dalam banyak-banyak menu Ramadan, kenapa nasi goreng kampung yang diketengahkan? Kedua, auntie ni macam tahu je waktu specific Anif ni datang hantar barang. Siap Pak Cik Hassan kirim makanan lagi tu. Dan Anif and the geng buat jamuan tu waktu hari raya pertama ke? Ninja Van memang operate ke first raya? 

16. Iklan Raya DAG 2021| Air Mata Buat Mak (26 April 2021)


17. Irama Aidilfitri - Awi Rafael, Ning Baizura, Tiz Zaqyah, Ismail Izzani, Bunga Isme, Julia Farhana (27 April 2021)


18. #HLBRaya2021​ - Suara-Suara Raya Bersama Buskers Malaysia (27 April 2021)


19. It's an All "Malay-sian" Happy Raya (27 April 2021)


20. Iklan Raya MR.DIY 2021: Kerana Azman 🚲 (27 April 2021)
 
 
Rating: ★★★★☆
Ulasan: Aku suka iklan ni sebab MR. DIY tak promote product pun. Just tunjuk budak-budak tu men-diy barang-barang guna kotak dan pasu pecah. Lakonan tu bagi aku dah ok tapi bila masuk part budak tu besar, macam tak best sebab lakonan macam awkward. Maksud tu sampai. Tertubuhnya Yayasan Azman inpirasi daripada akhlak dan semangat Azman yang suka tolong orang dan sayang haiwan.

21. Singkap Sebalik Tingkap #LembaranBaharu​ | Iklan Raya Astro 2021 (27 April 2021)


Rating: ★★★★★
Ulasan: Antara iklan raya best tahun ni. Talent/pelakon semua menjadi. Jalan cerita pun smooth je. Lisa ni kaki IG. Kalau tengok masa dalam bas tu, ramai yang pakai mask tapi Lisa tak. Aku tak tahu gambaran cerita ni dalam waktu PKP atau tak sebab takde mention pun sepanjang iklan ni. Cerita ni pasal kisah di sebalik jendela (mengingatkan aku iklan raya Petronas tahun lepas). Lisa ni gedik nak buat challenge masuk rumah lama (dia ingat rumah tinggal). Tapi dalam rumah tu ada je orang. Masa dia lari keluar, dia dengar perbualan telefon. Rupanya pak cik yang tingal dalam rumah tu tak dapat jalan keluar sebab sakit kaki dan anak dia tak dapat balik raya sebab sibuk kerja. So, Lisa pun plan lah nak tolong pak cik ni. Masa pak cik ni bangun dan tengok keluar tingkap, banyak khemah tempat orang jual barang-barang persiapan raya kat halaman rumah dia. Tapi aku lebih suka kalau Lisa gunakan IG dia untuk tolong pak cik tu. Contohnya, macam uar-uarkan bantuan melalui IG untuk bersih rumah pak cik tu. Tapi takde pun mention dalam iklan tu.

22. Watsons Raya 2021 #RayaUnikRayaIkonik (27 April 2021)


Rating: ★★★★☆
Ulasan: Watsons masih lagi guna lagu tema raya macam tahun lepas dan 2019. Aida Jebat still ada. Tapi kali ni iklan ni tak cukup wow. Point iklan ni nak kata perangai saudara-mara yang unik (tapi aku prefer pelik) dan macam mana diorang bersatu walaupun tak ngam. Kureng feeling raya sebab Watsons promote kaw kaw products diorang, sama macam tahun lepas dan tahun sebelum tu.

23. MARA Iklan Raya 2021 | #RayaCaraMARA (27 April 2021)


24. Ikano Centres Raya Kau Kaw Kaw! (27 April 2021)


25. Kunci Hati - Mah Sing Group Raya Video 2021 (28 April 2021)


26. PAPA TIPU MAMA KAN? Iklan Raya Sedih Vit's 2021 (28 April 2021)


27. MBSB Bank Raya 2021 : Seerat Jalinan, Semesra Ikatan (28 April 2021)


28. Raya Penuh Bermakna | senQ Malaysia (29 April 2021)


29. IKLAN RAYA JAKEL 2021 - CANTIK!!! (29 April 2021)


Rating: ★★★★☆
Ulasan: Not bad. Iklan ni straight forward. Pasal kaum lelaki terpaksa hadap kerenah kaum perempuan bila kena teman pergi beli baju raya. Elemen PKP memang takde. Tapi aku lagi prefer kalau Jakel buat elemen PKP. Macam mana kerenah customer bila datang nak beli baju raya. Lakonan pun ok dan aku terkejut ada Faizal Hussein. Ke sebab dia duta Jakel?

30. IKLAN RAYA PIZZASCARF 2021 - Menantu (30 April 2021)
 
 
31. ABAH PANGGIL BALIK RAYA | Filem Pendek Raya RUSA 2021 (30 April 2021)


32. Etiqa 2021 Raya - Balik Tanjung Mana? (30 April 2021)


Rating: ★★★★☆
Ulasan: Start dari awal scene, aku dah rasa awkward. Macam diorang nak tergelak masa berlakon. Entah. Mungkin perasaan aku je kot. Iklan ni pasal suami isteri berebut nak balik raya kat kampung masing-masing. Patutnya balik kampung belah si isteri sebab tahun lepas tak dapat balik (mungkin sebab PKP). Tapi si suami (dan mak si suami) beriya nak balik kampung belah dia. Adil? Aku rasa situasi ni memang ada je berlaku dalam masyarakat kita. Mak dan ayah si suami sepatutnya memahami situasi ni, tak perlu terhegeh-hegeh call bagai nak suruh balik. Terasa betul hati si isteri. In the end, masing-masing tak dapat beraya kat kampung. Scene pasal announce beraya bertiga tu aku rasa tak perlu ada kot. Macam tak relate pun dengan plot cerita.

33. Iklan AKPK Raya 2021: Mak Aku Tipu! (30 April 2021)


34. Iklan Raya 2021 | Balik Raya (30 April 2021)


35. Iklan Raya Suria 2021 | Warung Konah (30 April 2021)


Rating: ★★★★★
Ulasan: Iklan ni pun best jugak. Nak kata idea baru tu tak jugak sebab bila aku tengok iklan ni, aku teringat satu filem tu. Tapi penceritaan penuh saspens ditambah lagi dengan sound yang best bila dengar pakai earphone. Memang feeling habis. Kisahnya geng-geng kepoh bersembang pasal Bidin. Diorang ingatkan Bidin ni menakutkan. Bidin ni just nak tolong diorang tapi disalah erti. Part last bila Bidin datang ke warung Konah tu, dia cakap Konah dah meninggal. Tapi takde siapa percaya.

36. Iklan Raya 2021 (PTSS) : Adik Raya D’Poli (30 April 2021)

 
37. IKLAN RAYA SESUDU KEBAHAGIAN (30 April 2021)


38. Dodol Pak Dollah | Hari Raya Short Film (1 Mei 2021)
 

Rating: ★★★★☆
Ulasan: Nak kata iklan tak jugak sebab ni filem pendek. Kisahnya pasal Pak Dollah ni tengah kemas laman rumah dan terjumpa kawah dodol. Dan Pak Dollah ni call anak-anak diorang (siap pakai TWS lagi), plan nak sama-sama masak dodol. Tapi anak-anak dia tak nak. Ada yang kata leceh dan tak perlu buat pun sebab boleh beli yang dah siap. Tap Pak Dollah nak jugak buat sendiri sampai waktu terbaring sakit pun terfikirkan dodol. So, anak-anak dia pun usaha lah buat dodol. Tapi rupa-rupanya anak-anak diorang kena kencing kat Pak Dollah. Hahaha. Not bad lah cerita ni tapi aku rasa macam panjang sangat. Kalau fokus part cantikkan sinematografi dan kreatifkan penyampaian setiap scene, aku rasa lagi better.

39. Setia Raya 2021 | Tradisi di hati, Setia di sisi (1 Mei 2021)


40. ECO RAYA 2021 SHORT FILM | Kegembiraan Dikongsi Bersama ECO (1 Mei 2021)


41. ecoBrown's Raya Short Film 2021: Kasih Yang Kekal (1 Mei 2021)


42. USAS : Iklan Raya Aidilfitri 2021 - PATAH (2 Mei 2021)
 

43. JALEN Iklan Raya 2021 | Raya Tak Lengkap (2 Mei 2021)


44. Maaf | Hari Raya Aidilfitri 2021 (3 Mei 2021)


45. Daikin Raya 2021 : Captain dan Mama ( OFFICIAL Short Film) (3 Mei 2021)


46. IKLAN RAYA SHERRA 2021 (3 Mei 2021)


47. CAP KUNCI Iklan Raya 2021 (Raya Norma Baharu) (3 Mei 2021)


48. IKLAN RAYA YWJ 2021 - WAINAQ AKHIR [HD] 🎞 (3 Mei 2021)


49. Sun Life Malaysia – Iklan Raya 2021 (3 Mei 2021)


50. Julie's Biscuits | Ini Iklan Raya, tau?! [Full] (3 Mei 2021)


51. Perodua Raya 2021 - #BajuSiapa (3 Mei 2021)


52. Iklan Raya 2021 - "KANTOI RAYA" (3 Mei 2021)


53. Iklan Raya SAJI 2021 | Mangkuk Tingkat Mak Teh (4 Mei 2021)


54. Iklan Raya LBS 2021 : Raikan Rezeki Bersama KuMika Sekeluarga (4 Mei 2021)


55. RHB Group Raya 2021: Sempurna (4 Mei 2021)


56. Iklan Raya MYDIN 2021 - Pulanglah Nak... (5 Mei 2021)


57. Raya Paling Rare (5 Mei 2021)


58. Syukur #teamPNB​ - Video Raya PNB 2021 (5 Mei 2021)


59. Mak Pesan Je | Filem #RayaLuarBiasa​ 2021 foodpanda (5 Mei 2021)


60. Siapakah Ketua Kuih Raya 2021? Pilihan di tangan anda! (5 Mei 2021)


61. Selamat Hari Raya From Standard Chartered Malaysia (5 Mei 2021)


62. MAE-mang Boleh Raya dengan MAE by Maybank2u (6 Mei 2021)


63. 🌙 Misi Seiring Bersama 🌙 (6 Mei 2021)


64. TNB Raya 2021 - Hikmah Raya Aida (6 Mei 2021)


Rating: ★★★★★
Ulasan: Wow wow wow! Selain Petronas, iklan TNB lah yang paling ditunggu-tunggu setiap tahun. Kali ni iklan TNB makin bombastik! TNB jenis yang suka buat iklan happy-go-lucky. Tapi dalam gembira tu, ada kesedihan terselit. Kali ni Aida masih jadi watak utama. Kisahnya Aida ni buat bisnes online kuih raya. Dalam kesibukan, dia takde masa bersama keluarga dia (mak dan adik-adik). Tapi ujian melanda, disebabkan pandemik COVID-19, bisnes dia tak jalan sebab pekerja dia ramai yang terpaksa berhenti. Part ni aku tak sure kenapa sebab ikut logik, waktu pandemik ni lah makin laku bisnes online kan? Mungkin pekerja terpaksa balik kampung halaman atau ada antara mereka yang terkena jangkitan? So, lepas dilanda musibah tu, baru lah Aida ni sedar dia tak luangkan masa bersama keluarga dia. Bagi aku, iklan ni memang best. Setiap scene digunakan sekreatif yang mungkin. Boleh katakan takde cacat cela pun iklan ni. Part Aida nyanti tu memang aku respek direktor/penulis skrip dan team diorang. Memang berfikir di luar kotak. Tak cliché nyanyi macam iklan Watsons.

65. PETRONAS RAYA 2021: Syukur Raya (6 Mei 2021)


Rating: ★★★★★
Ulasan: Petronas tahun ni masih lagi buat iklan raya animasi macam tahun lepas. Aku tak tahu nak komen apa. Mungkin Petronas nak cuba sesuatu yang baru. Ye lah. Sekarang kan banyak sangat company buat iklan raya. So, mungkin iklan raya dalam bentuk animasi buatkan iklan raya Petronas lain daripada yang lain. Kalau nak komen bab animasi, aku rasa ok je. Nak kata terbaik tu tak jugak sebab kualiti dan style animasi Upin Ipin atau BoBoiBoy lagi better dari ni. Plot iklan ni pasal Poji, jiran Mak Jah yang asyik tak disenangi Mak Jah. Padahal Poji and the geng tak kacau hidup Mak Jah pun. Satu hari, masa Mak Jah ni tengah masak kat dapur, gas habis. Nasib baik Poji ada tolong bagi Mak Jah gas. Mak Jah jenis yang suka share juadah berbuka kat jiran. Tapi dia tak bagi pun kat Poji and the geng. Part ni aku rasa tak patut. Diorang mengharapkan makanan dari Mak Jah. Sebab rupa-rupanya gas tadi Poji ambil dari dapur dia dan bagi kat Mak Jah. Tapi pagi raya, Mak Jah pulangkan semula tong gas tu dan bagi juadah kat Poji. Overall, aku rasa iklan ni dah ok. Kena dengan situasi semasa macam waktu Mak Jah nak share juadah berbuka, dia gunakan macam-macam cara. Siap guna drone lagi. Part burung yang jadi narrator tu, agak scary kat situ. Burung ni stalker ke apa? Siap boleh nyanyi lagi. Cuma penyampaian nampak macam tak real. Aku rasa kalau iklan ni stick macam style Upin Ipin lagi masuk akal. Still, aku rasa tak puas tengok. Harap tahun depan Petronas kembali buat iklan raya macam biasa, bukan animasi.

66. Digi Raya 2021 - Andaian (6 Mei 2021)


67. #GamudaLand​ Salam Eid-Moji [Raya 2021 Short Film] (6 Mei 2021)


68. Raya Semuanya Baharu bersama Alif Satar | Coway Malaysia (6 Mei 2021)


69. Tune Talk Raya 2021 : Ini Raya Kita (6 Mei 2021)


70. Memori Eidulfitri | Iklan Raya Monsta 2021 (7 Mei 2021)


71. Iklan Raya Celcom 2021 - Hasrat Syawal Tok (8 Mei 2021)


72. BANK RAKYAT RAYA 2021 : RAYA TETAP RAYA (8 Mei 2021)


73. Iklan Raya UMW Toyota 2021 - Umi Pembaris (9 Mei 2021)


74. Grab Iklan Raya 2021: Bukan Sekadar Pesanan (10 Mei 2021)


75. Aku Rahmat (Sebuah Filem Raya) - Iklan Raya Agrobank 2021 (10 Mei 2021)

2 comment (s):

  1. Banyak betul iklan raya yang menusuk kalbu dan ada pengajarananya lagi lagi PKP ni kan. Baru tengok iklan safi dan maxis je yang selalu lalu lalang kat youtube :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Ada masa nanti boleh tengok iklan raya lain pulak.

      Delete

Sila komen, kerana komenmu begitu berharga.