What's up?

  • run

    HOME

Pengalaman guna pencuci mulut Mint Bamboo Charcoal Herbal Mouthwash dari Watsons.


Fuhh panjang namanya!

Masa puasa hari tu aku ada beli mouthwash ni kat Shopee. Waktu tu Watsons buat promo 50% capped RM5. So, cepat-cepat aku check out.


Ikutkan harga asal memang mahal jugak. Kat physical store, harga ni RM7.63 (harga asal RM10.90). Tapi kat Shopee harga jadi RM5.45. Murah kau! Ditambah lagi dengan coins yang aku redeem. Last-last harga jadi RM2.04 je.

Barang yang aku order sampai dalam 3 hari je. Laju berdesup pulak Ninja Van buat kerja. Kotak yang Watsons guna memang lawa. Ala-ala kotak KFC gitu. Sayang pulak nak buang kalau macam ni.



Setakat ni aku baru guna 2 kali. Aku akan tuang cukup separuh penutup botol tu. Rasa mouthwash ni tak tajam pun macam Listerine. Tapi still rasa fresh dalam mulut lepas berkumur. Dan ada sikit rasa chewing gum pudina.

So, OK ke? Bagi aku, aku suka mouthwash ni. Murah dan selesa diguna. Rugi pulak tak beli banyak terus.

6 comment (s):

  1. pernah guna pencuci mulut tapi bila dapat yang rasa pedas tu alamakkkk pedih mulut. tapi bagusla guna ni biar extra bersih..

    jemput join GA di blog :
    https://www.sitiyangmenaip.com/2021/05/nz-souvenirs-giveaway-by-sitiyangmenaip.html

    ReplyDelete
  2. memang murah tu. berbaloi beli. Tak pernah lagi guna pencuci mulut jenama watsons. ohh lagi cepat ye shopping barang watson kat shopee. kalau dari website macam seminggu macam tu rasanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Laju sebab Shopee guna Shopee Express.

      Delete
  3. Senang beli online.. order, tunggu, sampai dah boleh guna.. hehehe..Tak pernah guna jenama nie..

    ReplyDelete

Sila komen, kerana komenmu begitu berharga.