What's up?

  • run

    HOME

Senarai sektor ekonomi yang dibenarkan sepanjang PKP 3.0 (Fasa 1).


Disebabkan peningkatan kes COVID-19 saban hari, kerajaan terpaksa umumkan total lockdown, yakni PKP 3.0 selama 2 minggu bermula 1 Jun 2021 hingga 14 Jun 2021. So, macam biasa, hanya sektor yang dikategorikan sebagai essential atau sektor perlu dibenarkan beroperasi.


Antara sektor yang dibenarkan beroperasi:
  1. Makanan dan minuman termasuk untuk haiwan.
  2. Penjagaan kesihatan dan perubatan termasuk penokok diet, penjagaan dan klinik haiwan serta perkhidmatan veterinar.
  3. Air.
  4. Tenaga.
  5. Keselamatan, pertahanan, kecemasan, kebajikan dan bantuan kemanusiaan.
  6. Pengurusan sisa pepejal, pembersihan awam dan pembetungan.
  7. Pengangkutan melalui darat, air atau udara.
  8. Perkhidmatan dan pengusahaan pelabuhan, limbungan dan lapangan terbang.
  9. Komunikasi termasuk media, telekomunikasi dan internet, pos dan kurier serta penyiaran.
  10. Perbankan, insuran, takaful dan pasaran modal.
  11. Kredit komuniti (pajak gadai dan Ar-rahnu).
  12. E-dagang dan teknologi maklumat.
  13. Pengeluaran, penyulingan, penyimpanan, pembekalan serta pengagihan bahan api dan pelincir.
  14. Hotel dan penginapan (hanya bagi tujuan kuarantin atau pengasingan dan perkhidmatan bagi perkhidmatan perlu serta bukan tujuan pelancongan)
  15. Pembinaan, penyelenggaraan dan pembaikan kritikal.
  16. Perkhidmatan perhutanan (terhad kepada penguatkuasaan) dan hidupan liar.
  17. Logistik yang terhad kepada penyampaian perkhidmatan perlu.

Pengalaman join Putra Green Run 2018. Best ke?


Ni first time aku join acara yang sangat meletihkan. Aku dapat tahu masa tengok kat FB Page UPM. Time tu punya lah semangat nak join.


Aku join kategori 12km. Dalam kategori ni, ada set T-shirt, medal, drawstring bag dan sijil penyertaan yang akan diberi nanti. Untuk student UPM, diorang dapat join free (untung lah) tapi tak dapat T-shirt dan medal. Kalau diorang nak, maybe kena bayar kot.




Set ni sepatutnya kena ambil awal (25 atau 26 September). Tapi aku request nak ambil hari kejadian sebab bazir masa dan duit nak kena ulang-alik.

Belakang bangunan ni lah tempat aku ambil race kit.

Hari kejadian (30 september), aku pergi awal pagi sebab event start pukul 7 pagi dan aku kena pergi collect race kit tu dulu. Bila dah setel collect, aku terus masuk gym kat belakang Kompleks Sukan UPM tu sebab nak salin pakaian.


So, sebelum event start, ada lah aktiviti memanaskan badan apa semua tu. Lepas tu, runner akan dilepaskan ikut kategori.




Track untuk 12km ni memang tak sama macam 5km dan 3km. Lagi advance lah perjalanan. Aku pilih pun sebab aku nak pusing-pusing UPM. Nak tengok keindahan flora dan fauna dalam ladang-ladang UPM tu.


Pintu masuk Ladang 16.

Jauh perjalanan, luas pemandangan.

Sekumpulan lembu yang sedang istirehat di pagi hari.

Tapi tak jumpa rusa pun. Mungkin diorang join berlari sekali.

Tak tahu nama apa tasik ni. Mesti banyak ikan.


Jagung tengah membesar waktu ni.

Pintu masuk Fakulti Pertanian.

Ladang ternakan.



Memang banyak tempat menarik yang dapat tenangkan fikiran dalam UPM ni. Tapi ladang haiwan tu hanya jumpa ladang lembu je. Rusa dan kuda tak sempat sampai. Setiap checkpoint, akan ada orang (student UPM) yang jaga. Ada sesetengah tempat, diorang bagi air manis dan air mineral. Tempat lain, diorang just tunjuk direction takut runner sesat.


Yahoo! Dapat sijil.

Dalam iklan hijau gelap. Bila dapat, hijau cerah.

Lepas habis event, part ni yang aku tak tahan. Kaki aku memang lenguh sangat. Macam rasa urat tegang sampai jalan pun slow-slow. Aku ingatkan 12km tu dekat je. Rupa-rupanya jauh sangat. Panas tu takde lah tapi rasa melecet kat celah kangkang sebab silap aku pakai seluar slack, bukan seluar track. Adoi!

Shopee tak benarkan pilih kurier penghantaran. Berkuatkuasa sepenuhnya pada 17 Jun 2021.


Alamak! Ni yang aku tak berkenan. Sebelum ni aku pernah cerita yang kalau beli barang, aku prefer Shopee berbanding Lazada. Kenapa? Sebab Shopee ada option untuk pilih kurier yang berkenan di hati. Lazada takde.


Patut lah sebelum ni aku tengok tiba-tiba ada sesetengah kedai hanya ada option 'Standard Delivery'. Kurier apa yang akan hantar aku pun tak tahu. Leceh. Sebab? Bila ada kurier yang bermasalah, aku mungkin terpaksa guna servis kurier tu. Tak best weh.

Sebelum implementasi.

Selepas implementasi.

Sekarang Shopee buat secara berperingkat. Dan start 17 Jun nanti, Shopee akan pilih secara automatik kurier untuk kita. Dah lah kat sini J&T memang padu. Aku selalu beli barang pakai J&T. Lagipun J&T dan PosLaju je yang tak call tanya alamat rumah sebab diorang dah tahu rumah aku kat mana. Kalau kurier lain, leceh. Selalu call. Padahal dah pernah datang hantar barang.


So, let's say aku beli barang dalam Malaysia. Akan ada option Standard Delivery atau Economy Delivery atau Others. Standard Delivery ni lah yang merangkumi kurier seperti Shopee Express, J&T dsb.

Tapi bila fikir balik, aku tak faham justifikasi Shopee buat sistem baru ni.

Shopee nak control kurier 100% ke? Sebab dulu waktu ada kurier buat hal, ada sesetengah seller tak galakkan check out guna kurier bermasalah tu. Tapi lain tempat, lain ragam. Entah, apa pun sistem shipping yang baru, harapnya takde lah lagi isu main campak-campak barang customer.

Self lockdown. Elak jangkiti, elak dijangkiti.


Antara cara mudah yang boleh kita praktik. Keluar rumah bila ada urusan penting sahaja. Selain tu, tak payah gedik nak jalan-jalan cari makan bagai. Tak payah keluar bersiar-siar atau joging konon nak hilangkan stress terperuk dalam rumah.

Kat luar sana bertebaran penyakit. Kenapa pilih nak berkawan dengan penyakit tu? Walaupun dah divaksin, tetap kena jaga diri, jaga SOP. Jangan sebab kita, orang lain merana.

Kes tertinggi COVID-19 Malaysia. Mengucap panjang tengok angka!


Dalam seminggu ni, kes baru mencanak-canak naik. Tak nak kalah! Dengan kluster baru yang tak sepatutnya ada, tiba-tiba muncul.


KKM dah usaha sedaya-upaya nak tangani. Dengan uar-uarkan kepentingan SOP. Polis pun buat saman, tapi masih ada yang ambil mudah. Sangat-sangat ambil mudah. Pentingkan diri.


Rindu nak tengok gambar telur. Masa tu memang rasa lega sebab kes memang dah takde. Tapi, makin lama makin naik. Kes kat Sabah, kes merentas daerah salah satu punca angka naik mendadak. Time raya pun sibuk nak ziarah bagai, sibuk nak beli karpet. Pehal?


Hari tu kes LRT berlanggar. Risau pulak ada kluster baru akan datang. Kena tunggu 2 minggu tengok macam mana. Harap-harap jangan lah makin bertambah. Dan yang cedera, semoga kembali pulih seperti biasa.



Wad dah penuh. Ruang simpan jenazah pun dah penuh. Sekarang KKM sampai terpaksa cari sukarelawan nak bantu diorang. Aku kalau ada basic medik, aku nak je jadi sukarelawan tolong diorang. Tapi bukan kepakaran aku.

Alhamdulillah. Terima kasih atas rezeki hari ni. Aku dapat extra set BTS Meal!


Sebelum ni aku ada mention pasal BTS Meal. Waktu nak order tu out of stock. Tapi dekat pukul 5 petang, aku check website McD, dah ada balik stok. Yahoo!


Apa lagi. Aku terus order lah. Aku order sekali dengan Big Mac. Set Crazy Hour. So, akan dapat 2 set Big Mac.


Tunggu punya tunggu, rider pun sampai. Masa dia keluarkan air dari beg, aku pelik kenapa ada 4 botol. Aku tanya dia betul ke tak ni. Sebab patutnya 3 botol je. Dia cek resit. Dia kata mungkin rezeki aku dapat air lebih tu. Aku pun bagi 1 botol air tu kat dia.

Actually takde benda baru pun. Just sos tu je. Nugget tu nugget McD yang biasa. Air pun air coke je. Yang nampak lain sebab packaging purple BTS tu. ARMY mesti simpan punya lepas makan.

Kita makan dulu!

Dalam rumah aku cek balik bungkusan tu. Bukan McD terlebih bagi air, tapi terlebih bagi set BTS ni! Mula-mula aku anggap tu rezeki. Tapi bila fikir balik, tak elok diam. Aku pun call nombor McD kat resit tu. Aku inform dia pasal ni. Aku sebenarnya dah habis makan. So, aku plan nak bayar set yang terlebih tu. Tapi staff tu cakap tak payah bayar. Dia just nak gambar resit untuk cek sebab risau order tu tercampur dengan order orang lain. Kang mengamuk pulak ARMY, order tak sampai-sampai.

Lega. Aku mintak dia halalkan. Risau pulak nanti tak pasal-pasal dapat dosa kering. Berbaloi ke harga RM17.83 satu set? Jawapan aku, tak berbaloi. Boleh beli satu pek 850g nugget Ayamas. Tu pun ada lagi balance duit. Tapi kalau nak buat koleksi set BTS ni, mungkin berbaloi. Annyeong!

The BTS Meal. Dapat sambutan hangat sampai app dan website pun jammed.


Memang dah agak akan jadi macam ni. Aku try bukak app dalam pukul 11 pagi. Jammed. Lepas tu try bukak kat laptop pun jammed. Tapi sekejap je.



Nak try best ke tak. Walaupun set nugget. Bila refresh semula, tiba-tiba dah out of stock! Mak aih! Ramai sangat ke yang beli? Ke McD buat limited stock per day?






Dengan guna hashtag #BTSMeal dan #BTSxMcDonalds, aku tengok kat Twitter, ada branch McD siap decorate kaw-kaw sempena BTS Meal ni. Aku syak diorang ada competition. Bersaing branch siapa buat sales terbanyak gitu.


Tapi kurengnya, set ni takde free gift. Kalau order kat Weverse Shop, katanya siap dapat photocard lagi. Aku pun pelik kenapa McD Malaysia tak buat benda sama.

Nampaknya kalau hari ni memang dah habis stok, terpaksa lah esok menggila order balik. Nak pergi beli direct kat McD, risau ramai orang. Last-last habis jugak.

Perbezaan antara SPP, SPA dan JPA.


Mesti ramai yang keliru dengan ketiga-tiga ni kan? Aku pun dulu memang blur jugak. Tapi bila kaji sikit, boleh nampak memang skop tugas tak sama.

1. SPP (Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan)


SPP merupakan Pihak Berkuasa Melantik (PBM) bagi anggota Perkhidmatan Pendidikan dalam urusan pelantikan, pengesahan dalam perkhidmatan, kemasukan ke dalam perjawatan tetap atau perjawatan berpencen, kenaikan pangkat, pertukaran pelantikan/pertukaran tetap perkhidmatan dan kawalan tatatertib.

Ada 3 jenis jawatan terlibat:

a. Guru - Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG29 dan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 untuk berkhidmat di sekolah-sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

b. Pensyarah - Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT) Gred DH29 dan PPPT Gred DH41 untuk berkhidmat di Politeknik dan Kolej Komuniti di Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)

c. Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP):
  • Pembantu Tadbir (Perkeranian dan Operasi) Gred N19
  • Penyelia Asrama Gred N19
  • Pembantu Pengurusan Murid Gred N19
  • Pegawai Khidmat Pelanggan Gred N19
  • Pembantu Makmal Gred C19
  • Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W19
  • Pembantu Operasi Gred N11
  • Pemandu Kenderaan Gred H11

Semua permohonan jawatan di bawah SPP boleh dilakukan sepanjang tahun. Permohonan boleh dikemukakan melalui Sistem mySPP di https://myspp.spp.gov.my.

So, senang cerita, SPP ni handle perkara yang berkaitan sekolah atau pendidikan. Tapi hal penempatan guru atau pesyarah, SPP tak handle. Yang ni KPM atau KPT yang handle.

2. SPA (Suruhanjaya Perkhidmatan Awam)


Fungsi SPA Malaysia di bawah Perkara 144(1) Perlembagaan Persekutuan meliputi perkara-perkara berikut:
  • Melantik
  • Mengesahkan dalam perkhidmatan
  • Kemasukan ke dalam jawatan berpencen
  • Menaikkan pangkat
  • Menukar
  • Menjalankan kawalan tatatertib

Logo SPA9.

Tugas SPA ni melantik penjawat awam kecuali bidang pendidikan. Sama macam SPP, kelayakan bermula dari PMR hingga PhD. Permohonan boleh dikemukakan melalui Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA9) di https://spa9.spa.gov.my.

Tapi tak semua penjawat awam apply dari SPP atau SPA. Macam universiti awam, diorang buat pengambilan pensyarah dan staf secara terus melalui universiti. Ada sistem e-Recruitment atau e-Pengambilan diorang sendiri.

3. JPA (Jabatan Perkhidmatan Awam)


JPA ialah sebuah jabatan kerajaan Malaysia yang merancang, membangun, dan mengurus sumber manusia untuk perkhidmatan awam. Dengan kata lain, JPA ni HR (Human Resources).

Fungsi:

a. Perancangan
  • Menentukan peranan sektor awam
  • Menentukan saiz dan struktur organisasi agensi awam
  • Menentukan keperluan dan pembangunan sumber manusia
  • Menentukan saraan dan faedah-faedah persaraan
  • Menentukan implikasi penswastaan/pengasingan ke atas sumber manusia sektor awam
  • Membangunkan strategic alliances and networking

b. Pembangunan
  • Menentukan Dasar Pembangunan Organisasi
  • Menentukan Dasar Pembangunan Kerjaya
  • Pembangunan Laluan Kerjaya
  • Membangunkan Pelan Perancangan Penggantian
  • Menentukan Dasar Latihan

c. Pengurusan
  • Menguruskan pengambilan, penempatan, saraan, kenaikan pangkat, faedah persaraan, syarat-syarat perkhidmatan, perhubungan pekerja-majikan, latihan dan latihan sumber manusia
  • Menggubal dan memperjelaskan dasar bagi perkara-perkara yang dinyatakan di atas kepada agensi-agensi pelaksanaan
  • Menguruskan pemantauan dasar
  • Menguruskan penilaian dasar

Kalau nak kerja dalam JPA pun, still kena mohon melalui SPA. Sentiasa alert dengan announcement daripada SPA. Sebab biasanya SPA akan mention jawatan kosong yang dibuka tu untuk jabatan apa.

Sekarang semua kena isi online. Takde manual dah. SPP dan SPA memang kena update setiap tahun. Sebab tempoh sah permohonan dari tarikh mohon adalah 1 tahun je.