What's up?

  • run

    HOME

Jajan raya 2021. Makan sambil tengok cerita raya.


Selamat hari raya semua! Tahun ni tahun kedua beraya dalam PKP. Feel raya memang takde. Tahun lepas still ok lagi sebab COVID-19 waktu tu takde lah seteruk sekarang ni. Ditambah lagi team polis siap buat rondaan. Dan ya, masih ada lagi yang degil tahap cipan tak nak ikut SOP sambutan hari raya.

Waktu kecik dulu, aku kalau hari raya memang akan jalan pusing satu kampung sebab nak kumpul duit raya. Waktu dulu bukan zaman smartphone dan gajet. Yang ada pun game tetris dan telefon rumah yang ada wayar tu. Tapi tu hari raya pertama je. Masuk hari kedua, landing kat rumah je sambil tengok TV. Biskut raya yang penuh dalam balang, aku akan ambik sikit-sikit, makan depan TV. Cukup seminggu, licin balang tu.


Tahun ni macam tu jugak. Memang dah expect orang takkan datang beraya waktu macam ni termasuk lah saudara-mara. Beli biskut raya pun sebagai syarat. At least ada jugak benda yang nak diraikan bersama.


Malam semalam beriya aku tengok cerita raya kat TV Okey. Best jugak cerita ni. Tapi sedih tak tahu ending. Sebab aku ketiduran masa 30 minit terakhir. Dem.

8 comment (s):

  1. Selamat menyambut raya PKP
    Maaf zahir dan batin

    ReplyDelete
  2. hahaha betul2.. siap da jajan n kuih2 smbil layan Netflix. pagi raya je pakai baju amek gmbr lepas tu sambung mengulur..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann. Zaman dah berubah tapi jajan tetap jajan. 🤣

      Delete
  3. Selamat Hari raya maaf zahir batin. Rindu betul nak raya macam dulu beraya rumah ke rumah. kenangan betul raya zaman kanak kanak kumpul duit raya.Macam best cerita tu sebab pelakon best. try carik dalam internet kot ada boleh sambung tengok :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah cari cerita ni tapi takde. Dalam rtmklik pun takde jugak. 😥

      Selamat hari raya!

      Delete

Sila komen, kerana komenmu begitu berharga.