What's up?

  • run

    HOME

Makan roti Gardenia Toast'em Pandan Kelapa.


Akhirnya sampai jugak roti viral ni. Aku beli kat Shopee. Tapi pre-order sebab seller inform kena tunggu bila ada stok. Memang. Kat kedai payah sangat nak jumpa. Kalau ada kedai yang jual pun, cepat je stok habis. Even kakak aku kat Putrajaya pun cari payah nak jumpa.


Lebih enak apabila dibakar.

Aku ikut lah petua tu. Tapi nak cakap, tak payah bakar pun takpe. Sebab memang dah sedap lemak berkrim bila makan macam tu je. Roti ni lebih kurang style roti butterscotch. Memang boleh kenyang makan 3 atau 4 ketul.

Rasanya ni kali pertama tahun ni aku guna toaster. Last guna tahun lepas. Lepas tu simpan dalam kotak. Habis semerbak satu rumah bau roti bakar. Lagipun aku jarang makan roti. Sekali-sekala makan macam ni memang terasa lah nikmatnya tu. 😋

Nyalakan Tekad - Roy


Nyalakan azam membumbung
Padukan tekad dan waja
Songsongi ombak bergulung
Menuju ke pulau cita

Setitis jadikan laut
Sekepal jadikan gunung
Namamu kelak disebut
Jasamu kelak disanjung

Nyalakan tekad di hujung cita
Sama muafakat ke puncak jaya
Sembah setia sepenuh jiwa
Untuk nusa dan negara

Kan megah langit dijunjung
Rela bumi nan dipijak
Kan megah ibu mengandung
Putera puterinya berjasa

Ulang dari awal

**********

Ulasan: Antara lagu favourite aku bila datangnya bulan kemerdekaan. Alunan dan intonasi yang digunakan untuk nyanyi lagu ni memang penuh dengan semangat. Bila kumpulan koir nyanyi kat atas pentas, memang terasa semangat patriotik dalam diri.


Selamat Hari Merdeka ke-64.

Terima kasih pejuang yang telah bertungkus-lumus pertahankan tanah milik kita sehinggakan kita mampu capai kemerdekaan dari penjajah.

Hari Kebangsaan Malaysia 2021. Apa yang perlu tahu?


1. Sambutan kali ke-64

Genap 64 tahun kita bakal menyambut kemerdekaan atau Hari Kebangsaan. Malaysia (dahulunya Persekutuan Tanah Melayu) diisytiharkan bebas dari penjajah pada 31 Ogos 1957.

2. Tema

Malaysia Prihatin: Masih kekal menggunakan tema tahun lepas yang diumumkan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah pada 10 Julai 2021. Pemilihan tema Malaysia Prihatin oleh mantan Perdana Menteri ke-8 iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Kenapa Malaysia Prihatin? Tujuannya untuk menghargai keprihatinan, kesungguhan dan ketabahan warga Malaysia dalam mengharungi cabaran dan dugaan sepanjang pandemik COVID-19.

  • Malaysia: Menggambarkan seluruh rakyat Malaysia turut sama memerangi COVID-19.
  • Prihatin: Inisiatif Kerajaan yang merangkumi aspek ekonomi, kebajikan dan kelangsungan hidup rakyat Malaysia.

3. Logo


Reka bentuk hati yang digunakan pada logo kali ini merupakan kali ke-6 digunakan selepas tahun 1994, 1997, 2015, 2016 dan 2020.

4. Lagu tema (Menang Bersama)



Sekali genggam
Api menjadi bara
Semangat tidak bergoyang
Teguhkan ikatan
Yang tersimpul sekian lama

Gunung didaki
Ke lurah dituruni
Sederap melangkah gagah
Seiring bersatu
Kita jalin tekad berpadu

Menang bersama
Demi negara
Hargai pengorbanan
Di barisan hadapan

Menang bersama
Demi negara
Mari kita kibarkan dengan gagah
Panji kemenangan

Hargai pengorbanan
Di barisan hadapan

Menang bersama
Demi negara
Mari kita kibarkan dengan gagah
Panji kemenangan

5. Acara sambutan kemerdekaan ke-64

Program Tarikh
Sayembara Sajak Merdeka 2021
  • 1 Julai - 31 Ogos 2021
Pertandingan Melukis Mural@Merdeka 2021
  • 1 Ogos - 10 September 2021
Pertandingan Fotografi Klik@Merdeka 2021
  • 1 Ogos - 16 September 2021
Pertandingan Bercerita Kanak-Kanak 2021
  • 1 Ogos - 10 September 2021
Pertandingan Mewarna dan Melukis MyDoodle@Merdeka 2021
  • 10 Ogos - 14 September 2021
Pertandingan Bintang Patriotik Smule
  • Edisi 4: 8 Ogos - 27 Ogos 2021
  • Edisi 5: 8 Oktober - 21 Oktober 2021
Pertandingan Ilham Merdeka Tiktok Challenge
  • 24 Ogos - 16 September 2021
Pertandingan Teka Silang Kata Kenegaraan
  • Siri 1: 16 Ogos - 19 Ogos 2021
  • Siri 2: 19 Ogos - 23 Ogos 2021
  • Siri 3: 23 Ogos - 26 Ogos 2021
  • Siri 4: 26 Ogos - 30 Ogos 2021
  • Siri 5: 30 Ogos - 02 September 2021
  • Siri 6: 02 September - 06 September 2021
  • Siri 7: 06 Ogos - 09 September 2021
Program Keceriaan Antara Kementerian
  • 1 Ogos - 16 September 2021
Info on Wheels Merdeka
  • Ogos - September 2021
Skillbox@Kelab Malaysiaku
  • September - Oktober 2021
Merdeka@Komuniti
  • Ogos - September 2021
Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang
  • 7 Ogos 2021
Album Lagu Patriotik "Nafas Merdeka"
  • Ogos - September 2021
Sambutan Hari Kebangsaan 2021
  • 31 Ogos 2021
Sambutan Hari Malaysia 2021
  • 16 September 2021
Pertandingan Pidato Kenegaraan Peringkat Kebangsaan 2021
  • 3 September 2021

Info pertandingan: Takwin Program – Merdeka360

Sebak tengok iklan merdeka 2021 dari SAJI.


Setakat ni, iklan merdeka dari Saji mampu menyentuh hati sanubari aku. Iklan ni memang buatkan aku touching. Iklan tanpa suara (kecuali voice message dan akhir iklan). Menceritakan kehidupan baru yang dialami oleh mereka yang terkesan disebabkan pandemik. Hilang kerja, sumber pendapatan terjejas hinggakan kereta terpaksa ditarik.

Hanya dapat bluetick


Kisahnya Azli jual laksa. Dia promote laksa dia dalam group WhatsApp ex-classmates dia. Tapi sadis sangat bila dia post gambar tu, hanya dapat bluetick dari kawan-kawan dia. Sedangkan bila kawan-kawan dia post pasal menu santapan tahap kayangan diorang hari tu, ramai yang balas.


Dah lah tak balas, masing-masing tak peka. Sibuk pulak share pasal kes harian COVID-19 makin naik, duk mintak tutup semua kedai, work from home (WFH) lah dsb. Diorang tak tahu, Azli ni antara yang terkesan.

Azli left group


Sebab tak tahan dengan tohmahan dan sikap tak bertimbang rasa kawan dia (Mirul), Azli left group. Ye lah. Orang yang masih bekerja dan ada kerja tetap memang takkan faham masalah macam ni.

Mirul: Memang takkan habis la. Ada bukak lagi. Nak tutup, tutup semua! Ni separuh bukak separuh tutup!
Alex: Betul! Kedai nasi lemak tepi jalan pun bukak. Beratur panjang.

Azli: Sebab tu semua kena vaksin. Kau dah vaksin?
Mirul: Takyah vaksin pun takpe janji tutup semua!

Azli: Tapi kesian jugak kalau tak bukak. Orang tak boleh kerja. Takde gaji.
Rajan: Tutup je semua! WFH boleh je kan?

Azli: Hmm. Kau takleh ingat semua orang sama.
Mirul: Tahan lah sikit. Tak mati lah kalau tak kerja. Kau tu aku tengok OK je WFH.

Azli: Kau jangan main cakap je. Kau apa tau?
Mirul: Kau sorang je yang pandai. Kiteorg semua ni tak reti. Tau la kau keje hebat.

Azli: Lantak kau la.
Mirul: Haa..koyak!? Koyak! Cakap sikit koyak. Lol

*Azli left*

Work from home mungkin boleh diguna pakai oleh segelintir orang. Tapi buat mereka yang berniaga kecil-kecilan? Kalau tak berniaga kat luar, nak cari duit kat mana?

Hilang kerja dan kereta kena tarik


Mujur ada sorang dalam group tu yang tahu masalah Azli. Rupanya company dia kena tutup dan kereta pulak kena tarik. Sebab nak teruskan hidup, Azli jual laksa.

Takkan nak harapkan bantuan kerajaan lagi kan? Selagi ada kudrat dan usaha, insyAllah rezeki tak pernah salah alamat. 

Maafkan dan terus ke depan



Admin group masukkan balik Azli dalam group tu. Kawan-kawan dia yang bermulut lancang dah mintak maaf. Mungkin Azli tak nak panjangkan masalah dan bermusuh, dia pun promote semula laksa dia.

Moral of the story

Moral yang aku dapat dari iklan ni adalah jangan kita mudah bersangka buruk dan pentingkan diri sendiri. Cuba memahami masalah orang lain.

Put yourself in someone's shoes.

Situasi kita semua takkan sama. Kalau kita rasa susah, orang lain kat luar sana lagi double triple susah. Kalau kita rasa WFH tu terbeban dan leceh walaupun dah dapat kerja gomen, ingat lah orang lain kat luar sana masih lagi struggle cari kerja nak bagi sesuap nasi untuk anak-anak dan keluarga.

Harapnya iklan ni mampu bukak hati mereka yang kurang peka untuk lebih memahami situasi orang sekeliling yang betul-betul terkesan dek pandemik COVID-19 ni.

Big Bad Wolf kembali untuk sambut merdeka. Apa yang menarik?


Bermula 28 Ogos hingga 1 September, Big Bad Wolf (BBW) kembali menyerang dengan pelbagai promo. Macam biasa, memang banyak diskaun yang BBW buat termasuk lah diskaun 5% dengan setiap pembelian atas RM80. Tapi aku tak pernah lagi beli buku melebihi RM80 sekali harung. 😂

Senarai perkara menarik BBW merdeka




Melalui program ni, pembeli boleh menderma buku melalui 3 jenis nilai iaitu RM20 (2 buku), RM25 (3 buku) dan RM50 (10 buku). Setiap pembelian, BBW akan tambah satu lagi buku yang akan disalurkan kepada 3 badan NGO iaitu:
  • Dignity for Children Foundation (DIGNITY)
  • Malaysian Relief Agency's (MRA) Penang
  • National Association of Women Entrepreneurs of Malaysia (NAWEM)



BBW tambah satu lagi pilhan bayaran iaitu GrabPay. Setiap pembelian minimum RM50 atau RM150 akan dapat rebate RM20 bila bayar guna GrabPay. Untung kan? Dah lah dapat free shipping, lepas tu dapat lagi diskaun RM20.




BBW pun ada buat collab dengan Maxis. Setiap pembelian minimum RM100 akan dapat diskaun sebanyak 10%. Boleh claim voucher ni dalam app Maxis atau Hotlink.



Kali ni BBW bagi tote bag percuma kepada mereka yang membeli sekurang-kurangnya RM120. Jarang nak ada free gift macam ni. Aku perasan, sekarang BBW kurang jual cenderamata. Dulu masa pergi kat tempat jualan fizikal, siap ada button, bookmark dan macam-macam lagi barang yang boleh dibuat koleksi.

Sales merdeka ni, aku mungkin tak beli kot. Sebab hari tu dah spent banyak. Kali ni just window shopping nak tengok apa promosi yang ada. Kalau nak beli, boleh bukak page BBW:

Emas Paralimpik Tokyo 2020 pertama Malaysia.


Pagi ni, sebiji pingat emas dihadiahkan oleh atlet angkat berat iaitu Bonnie Bunyau Gustin dalam sukan angkat berat kategori lelaki bawah 72 kg. Selain tu, kemenangan emas ni telah pecahkan rekod Paralimpik 228 kg (rekod sebelum ni 227 kg dipegang atlet Iraq dalam Paralimpik 2016 Rio).


Tahniah buat beliau dan team para Malaysia. Semoga kejayaan kali ni akan jadi titik tolak permulaan banyak lagi kemenangan dalam acara sukan kat sana.

#DemiMalaysia #GanbatteMalaysia #KamiLuarBiasa 💪

SPRISE E3 Earphone with Extra Bass Stereo.


Hari tu aku beli earphone baru. Masih earphone bajet. Waktu tu seller buat sales. Harga sebijik pun tak sampai RM15. Earphone ni dari China tapi tak lama pun aku tunggu. 4 hari dah sampai.


Cepat kan? Aku perasan, bila order barang dari Shenzhen, memang cepat sampai. Tapi tempat lain macam Shanghai dan Yiwu memang agak lambat.

Spesifikasi:
  • Model no: SPRISE E3
  • Color: Black/white
  • Wire material: Metal/silicone/TPE
  • Speaker size: 12 mm
  • Plug pin: 3.5 mm
  • Cord length: 120 cm
  • Impedance: 32 Ω ± 15%
  • Frequency range: 20 Hz - 20 kHz

Harga: ★★★★★
Kualiti: ★★★★★
Design: ★★★★★
Keselesaan: ★★★★☆

Stereo: ★★★★★
Bass: ★★★★★
Treble: ★★★☆☆
Neutral sound: ★★★★★


Bagi aku, bass earphone ni memang agak padu. Secukup rasa yang mampu buatkan gegendang telinga bergetar bila dengar lagu. Bunyi yang earphone ni hasilkan pun kuat dan jelas. Tak pecah bila kuatkan volume.


Tapi kurangnya part treble. Terlalu kuat sampai terasa bingit telinga bila ada lagu yang fokus pada treble. Kalau nak tahu pasal bass dan treble, boleh tengok video kat bawah ni.


Lagi satu, aku tak selesa bila pakai earphone pesen cucuk dan tekan dalam telinga. Walaupun mampu hilangkan bunyi bising persekitaran, tapi bila gerak, mesti akan loose dan kena selalu tekan supaya dapat dengar lagu dengan baik. Aku lebih suka pakai earphone jenis tradisional tu. Yang sangkut je kat lubang telinga.

Overall, aku masih rasa sangat berbaloi beli. Bekas letak earphone pun percuma. Lagipun, motif utama aku adalah nak cari earphone bajet yang ada bass padu, sesuai dengan harga.

Jadual harian atlet Malaysia dalam Sukan Paralimpik Tokyo 2020.


24 Ogos 2021
  • Acara pembukaan

25 Ogos 2021
  • Muhammad Nur Syaiful Zulkafli (Renang - gaya bebas 200 meter lelaki)
  • Chee Chaoming (Pingpong - perseorangan lelaki)

26 Ogos 2021
  • Mohamad Yusof Hafizi Shaharuddin (Basikal trek - pursuit individu 3000 meter - MC1)
  • Zuhairie Ahmad Tarmizi (Basikal trek - cubaan masa 1000 meter - MC4 - 5)
  • Muhammad Hafiz Jamali (Basikal trek - cubaan masa 1000 meter - C4 - 5)
  • Muhammad Nur Syaiful Zulkafli (Renang - gaya bebas 100 meter lelaki)
  • Chee Chaoming (Pingpong - perseorangan lelaki)

27 Ogos 2021
  • Wiro Julin (Memanah - kompaun individu lelaki)
  • Bonnie Bunyau Gustin (Angkat berat - bawah 65 kg)
  • Brenda Anellia Larry (Renang - kuak kupu-kupu 50 meter wanita)
  • Jamery Siga (Renang - kuak kupu-kupu 50 meter lelaki)
  • Abu Samah Borhan (Tenis kerusi roda - perseorangan lelaki)

28 Ogos 2021
  • Chew Wei Lun (Boccia - individu campuran - BC1 preliminaries)
  • Mohamad Yusof Hafizi Shaharuddin (Basikal trek - sprint kumpulan campuran C1 - 5)
  • Zuhairie Ahmad Tarmizi (Basikal trek - sprint kumpulan campuran C1 - 5)
  • Muhammad Hafiz Jamali (Basikal trek - sprint kumpulan campuran C1 - 5)
  • Bonnie Bunyau Gustin (Angkat berat - bawah 72 kg final)

29 Ogos 2021
  • Jong Yee Khie (Angkat berat - bawah 97 kg)
  • Muhammad Nur Syaiful Zulkafli (Renang - kuak dada 100 meter lelaki)

30 Ogos 2021
  • Wong Kar Gee (Lompat jauh lelaki - T12 final)
  • Siti Noor Iasah Mohamad Ariffin (Lari 400 m wanita - T20 round 1 heats)
  • Jong Yee Khie (Angkat berat - bawah 10 kg final)

31 Ogos 2021
  • Muhammad Ziyad Zolkefli (Lontar peluru lelaki - F20 final)
  • Mohamad Yusof Hafizi Shaharuddin (Basikal - cubaa masa - MC1)
  • Nur Azlia Syafinaz Mohd Zais & Nurul Suhada Zainal (Basikal - cubaan masa - WB)
  • Brenda Anellia Larry (Renang - gaya bebas 50 meter wanita)

1 September 2021
  • Cheah Liek Hou (Badminton - perseorangan lelaki SU5)
  • Muhammad Nur Syaiful Zulkafli (Renang - gaya bebas 50 meter lelaki)

2 September 2021
  • Didin Terasoh (Badminton - perseorangan lelaki SH6)
  • Mohamad Yusof Hafizi Shaharuddin (Basikal - lumba basikal - MC1)
  • Nur Azlia Syafinaz Mohd Zais & Nurul Suhada Zainal (Basikal - lumba basikal - WB)

3 September 2021
  • S. Suresh (Memanah - recurve individu lelaki)
  • Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi (Lari 100 meter lelaki - T36 round 1 heats)
  • Brenda Anellia Larry (Kuak lentang - 50 meter wanita)

4 September 2021
  • Abdul Latif Romly (Lompat jauh - T20 final)

5 September 2021
  • Acara penutup

Sumber 2: Portal Cikgu

Kali ni, RTM tak tayang atau buat channel khas untuk Sukan Paralimpik ni. Astro pulak ada, melalui channel Astro Arena. Tapi kalau nak tengok online, boleh tengok kat YouTube channel Paralympic Games.


Ayuh kita sama-sama bagi sokongan padu kepada atlet para kita sama macam kita bagi sokongan padu kepada atlet Olimpik beberapa minggu lepas.

Doodle Champion Island kembali! Kali ni ada misi tambahan.


Sempena Sukan Paralimpik 2020 Tokyo yang bermula secara rasmi hari ni, ada beberapa misi yang ditambah dalam game Doodle Champion Island. Dulu memang aku gigih main game ni. Sampai sekarang aku tak clear pun history dan cache sebab risau progress game ni hilang.

Untuk kali ni, ada beberapa misi tambahan yang Lucky kena selesaikan:
  1. Tolong oni kerdil yang kurang keyakinan.
  2. Cari pembeli terakhir buku motivasi.
  3. Tolong rusa untuk jual rumah kosong.
  4. Cari ketam merah.

Dua petak trofi kosong untuk selesaikan misi tambahan.

Walaupun ada 4 misi, tapi perjalan nak setel misi ni panjang jugak. Kali ni senang sikit sebab progress game hari tu ada lagi. Takde lah kalut nak kena mula dari awal.

Bagai belacan dikerat dua: yang pergi busuk, yang tinggal hanyir.


Maksud
  1. Perkara yang mendatangkan aib kepada kedua-dua belah pihak.
  2. Perkara yang memalukan kedua-dua pihak.

Niat tak menghalalkan cara. Walaupun niat kita tu dah elok suci murni berseri, tapi bila cara kita nak capai sesuatu matlamat tu salah, tetap akan jadi salah.

COVID-19, vaksin dan SOP bukan medan untuk kita buat social experiment. Keadaan dah sedia keruh, jangan keruhkan lagi keadaan.

Ini senarai 22 atlet Malaysia dalam Sukan Paralimpik Tokyo 2020.


Sukan Paralimpik Tokyo 2020 bakal membuka tirai pada 24 Ogos 2021 dan akan berakhir pada 5 September 2021. Seramai 22 orang atlet yang akan bertanding dalam 9 acara sukan.

Senarai atlet Malaysia dalam Sukan Paralimpik Tokyo 2020


1. Olahraga
  • Abdul Latif Romly
  • Muhammad Ziyad Zolkefli
  • Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi
  • Wong Kar Gee
  • Siti Noor Iasah Mohamad Ariffin

2. Berbasikal
  • Mohamad Yusof Hafizi Shaharuddin
  • Muhammad Hafiz Jamali
  • Zuhairie Ahmad Tarmizi
  • Nur Azlia Syafinaz Mohd Zais
  • Nurul Suhada Zainal

3. Renang
  • Brenda Anellia Larry
  • Muhammad Nur Syaiful Zulkafli
  • Jamery Siga

4. Memanah
  • S. Suresh
  • Wiro Julin

5. Badminton
  • Cheah Liek Hou
  • Didin Terasoh

6. Boccia
  • Chew Wei Lun

7. Powerlifting
  • Bonnie Bunyau Gustin
  • Jong Yee Khie

8. Pingpong
  • Chee Chaoming

9. Tenis kerusi roda
  • Abu Samah Borhan


Kali ni Malaysia target 3 emas. Masa kat Rio, Malaysia berjaya dapat 3 emas dan satu perak. Memang rezeki Malaysia banyak dapat pingat Olimpik waktu tu. Ingat lagi waktu tu. Atlet yang dapat pingat, siap berarak naik bas double decker. Semoga plan kali ni berjaya dicapai.


Nanti Astro ada tunjuk live pembukaan rasmi Paralimpik ni. Mungkin Astro Arena akan tunjuk acara yang atlet kita bertanding nanti. RTM memang tak buat channel khas macam Olimpik hari tu.

Kalau nak tengok online, boleh tengok kat YouTube channel Paralympic Games. Rasanya kali ni banyak acara yang akan ditayang secara live kat channel tu. Kalau macam ni lagi senang. Tak perlu bergantung 100% kat TV lagi.

URL gambar Blogger berubah dari https://1.bp.blogspot.com kepada https://blogger.googleusercontent.com.

 Update: Masalah sudah selesai (23 Ogos 2021)


Aku perasan start dari 19 Ogos lepas. Bila aku post entri baru, thumbnail gambar entri tak muncul dalam mobile view. Bermula dari entri pasal kek span.

Lama:
  • https://1.bp.blogspot.com/...
  • https://lh3.googleusercontent.com/...

Baru:
  • https://blogger.googleusercontent.com/img/...

Kalau tengok screenshot aku dari mobile view, memang gambar thumbnail 3 entri terbaru tak muncul. Kali terakhir muncul masa aku buat entri pada 16 Ogos.


Bukan tu je, waktu aku blogwalking, aku perasan kat widget Blog List beberapa orang bloggers, entri terbaru yang aku post takde gambar thumbnail. Hanya ada favicon, nama blog, tajuk dan waktu je.

Dari blog Atiqah Najihah.

Lepas tu, paling menyakitkan, bila klik gambar, Lightbox dah tak function. Lightbox ni maksudnya bila kita klik gambar, akan akan ada background separa gelap dan bawah gambar utama tu ada beberapa gambar lain dalam entri yang sama. Macam slideshow tapi versi manual. Ketiadaan Lightbox akan melecehkan sebab bila klik back selepas view gambar, page entri tu akan di refresh.

Contoh Lightbox.

'blogger.googleusercontent.com' ni merupakan subdomain untuk simpan gambar secara sementara (temporary). Yang biasa kita guna adalah '.bp.blogspot.com' atau 'lh3.googleusercontent.com'.

Dalam page Blogger Help, ramai yang alami masalah ni. Ada yang cakap cuba buat blog baru, upload dan copy URL gambar dari sana. Ada yang jadi, ada yang tak. Dan tak semua bloggers terkesan dengan masalah ni. Ada yang maintain elok, ada yang alami masalah ni, macam aku. Jawapan yang diberi pun tak membantu setakat ni.

Jawapan 1.

Jawapan 2.

Jawapan 3.

Bila terjadinya pertukaran URL ni, ada 3 masalah yang dikenal pasti:
  1. Gambar thumbnail entri tak muncul dalam mobile view.
  2. Gambar thumbnail entri tak muncul dalam Blog List.
  3. Lightbox tak berfungsi.

Ada alternatif untuk selesaikan masalah ni?


  1. Drag and drop image - Aku dah try tapi tak jadi. Asyik keluar error. Dan cara ni tak stabil disebabkan gambar mungkin akan hilang dalam jangka masa tertentu.
  2. By URL - Cara ni elok bila gambar tu dari hosting lain macam Flickr dsb. Tapi bila URL tu diambil dari Google Photos, akan jadi tak stabil jugak.
  3. Letak https://imagecdn.app/v2/image/ kat depan URL gambar yang ada https://blogger.googleusercontent.com/img/ - Cara ni pun aku dah buat. Tak jadi jugak. Thumbnail tetap tak muncul.

Jadi, setakat ni memang takde penyelesaian. Harap Blogger cepat lah selesaikan masalah ni. Ramai bloggers yang terkesan. Lagi-lagi bila blog diorang fokuskan kat gambar-gambar yang memerlukan fungsi Lightbox. Bila masalah macam ni berlaku, SEO blog pun akan terkesan.
 
**********
 
Update 1 (22 Ogos 2021, 11.30 PM)
 
Aku jumpa satu solution masa duk godek-godek album dalam Blogger. Harapnya cara ni dapat digunakan, sementara pihak Blogger fix semua masalah yang berlaku.

 Kelemahan: Walaupun cara ni boleh fix masalah thumbnail dan Lightbox, tapi saiz maksimum lebar gambar adalah 2048 pixel. Contohnya kalau upload gambar orginal bersaiz 4160 pixel, gambar lepas di upload akan berkurang jadi 2048 pixel.

Cara atasi masalah gambar thumbnail dan Lightbox
  1. Sign in Google's Album Archive (https://get.google.com/albumarchive).
  2. Klik Photos from Blogger dan cari gambar yang dah di upload.
  3. Right click gambar dan pilih open image in a new tab.
  4. Copy URL gambar bermula dari https://lh3.googleusercontent.com/... sampai sebelum simbol sama dengan iaitu '='.
  5. Bukak entri yang problem dan paste URL tu menggantikan URL asal gambar. Boleh tengok contoh URL yang di highlight (rujuk gambar kat bawah).
  6. Klik Update dan tadaa! Setel masalah.

URL asal.

URL lepas ditukar.


Lightbox dah elok.

Walaupun aku dah jumpa cara nak selesaikan buat sementara, tapi harapnya pihak Blogger tetap boleh fix masalah ni permanently. Tak kuasa nak copy paste URL setiap kali nak post entri baru. 🙄

Update 2 (23 Ogos 2021, 5.30 PM)

Aku cuba cara lain:
  1. Aku delete history, cache dsb dari browser Edge, Firefox dan Opera (sebab aku selalu bukak Blogger dari browser ni).
  2. Aku disable antivirus.
  3. Aku bukak Blogger dan upload gambar dalam Blogger guna Chrome.

Masalah dah selesai. Aku tak tahu ni kebetulan atau memang Blogger dah fix masalah perubahan subdomain gambar Blogger ni. Harapnya lepas ni tak terjadi lagi masalah macam ni. Leceh nak kena update semula setiap entri.

Cara setting ownership verification dalam Google Search Console lepas beli domain.


Bila dah beli domain (dotcom, dotnet dsb) dari mana-mana provider, ada satu setting yang kena buat dalam Google Search Console (GSC) iaitu ownership verification. Kalau takde domain, caranya mudah sikit sebab hanya perlu buat verification antara owner blog dan pihak Google je. Tapi kalau beli domain, lain sikit caranya.

Kenapa kena verify? Tujuannya untuk bagi pihak Google tahu yang blog tu kita punya, bukan orang lain. Nanti kalau tak verify, data-data penting berkaitan performance atau statistik blog kita macam entri apa yang banyak dibaca, negara mana yang selalu lawat blog kita, tak dapat diakses. Data-data tu sangat penting untuk kita tahu perkara berkaitan kelebihan dan kekurangan setiap entri yang kita buat.

Cara setting ownership verification
  1. Sign in GSC (https://search.google.com/search-console).
  2. Untuk property type, pilih Domain.
  3. Masukkan URL domain tanpa http atau www (contohnya domainsaya.com) dan klik butang CONTINUE.
  4. Klik Setting > Ownership verification > Domain name provider. Copy TXT record yang diberi.
  5. Tinggalkan page GSC ni sekejap dan sign in web domain provider. Macam aku, aku beli domain under NetKL. Klik DOMAINS > Domains DNS Manager.

Host name: @
Type: TXT
Value: Paste TXT yang di copy dari GSC tadi

*Jangan usik TTL

  1. Klik Save Changes.
  2. Tunggu dalam 15 - 30 minit. Balik semula ke page GSC dan klik butang VERIFY > DONE.








Lepas dah setel setting, data pasal performance blog tak terus masuk dalam tu. Mungkin akan ambil masa beberapa hari untuk Google proses data blog kita. Pengalaman aku, dalam 3 hari jugak lah baru muncul data dan graf.

Mulanya aku tak pasti cara nak adjust benda alah ni. Aku pun terus emel NetKL. Bila diorang explain, baru lah aku faham. Caranya sama macam nak set DNS masa awal-awal beli domain. Nampak macam rumit tapi senang je sebenarnya. Aku prefer adjust sendiri. Bagi aku, ilmu ni sangat penting bila berblogging. In case ada problem lagi, sekurang-kurangnya kita tahu dan boleh fix apa yang patut.

Harga domain NetKL akan naik bermula 1 September 2021.


Memang dah jangka memandangkan awal tahun ni Verisign ada umumkan yang diorang akan naikkan harga domain bermula September nanti. Verisign ni syarikat yang handle pasa domain registry macam dotcom dan dotnet. Ada perjanjian baru antara Verisign dan ICANN yang bolehkan Verisign naikkan harga.

Berdasarkan pembacaan aku, Verisign dibenarkan naikkan harga domain sebanyak 7% setiap tahun selama 4 tahun berturut-turut. Lepas 4 tahun diorang tak boleh naikkan harga selama 2 tahun. Tapi lepas rehat 2 tahun tu, diorang boleh naikkan lagi harga.

Kenaikan harga domain.

Waktu dapat emel dari NetKL, memang terkejut jugak lah dengan sistem harga baru diorang. Ada yang naik harga RM15, ada yang naik harga hanya RM3. Mungkin harga berbeza mengikut kapasiti pengguna.

Domain Harga asal Harga baru
.com RM45 RM50
.net RM49 RM55
.org RM52 RM55
.biz RM60 RM75

Berdasarkan penerangan NetKL, walaupun domain yang ada sekarang belum lagi expired, kita boleh renew lebih awal untuk dapatkan harga lama.

Jika anda ada mana2 domain yang akan expired pada tahun ini (atau tahun depan), dan ingin renew lebih awal (dengan harga rendah), sila hubungi kami sebelum 1 September 2021 ini, supaya kami boleh keluarkan invois lebih awal.

Contohnya, domain aku bakal expired bulan April 2022. Aku nak jimat, tak nak bayar harga baru. Jadi, aku boleh beli sekarang dan diorang akan buat invoice siap-siap.

Tapi itu lah. Aku tak nak renew sekarang. Sebab masih mengharap penurunan harga atau diskaun yang akan diorang bagi nanti. Entah dapat, entah tidak. Kalau dapat lagi bagus. Kalau tak, terpaksa lah bayar dengan harga baru.