What's up?

  • run

    HOME

Ini senarai 22 atlet Malaysia dalam Sukan Paralimpik Tokyo 2020.


Sukan Paralimpik Tokyo 2020 bakal membuka tirai pada 24 Ogos 2021 dan akan berakhir pada 5 September 2021. Seramai 22 orang atlet yang akan bertanding dalam 9 acara sukan.

Senarai atlet Malaysia dalam Sukan Paralimpik Tokyo 2020


1. Olahraga
  • Abdul Latif Romly
  • Muhammad Ziyad Zolkefli
  • Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi
  • Wong Kar Gee
  • Siti Noor Iasah Mohamad Ariffin

2. Berbasikal
  • Mohamad Yusof Hafizi Shaharuddin
  • Muhammad Hafiz Jamali
  • Zuhairie Ahmad Tarmizi
  • Nur Azlia Syafinaz Mohd Zais
  • Nurul Suhada Zainal

3. Renang
  • Brenda Anellia Larry
  • Muhammad Nur Syaiful Zulkafli
  • Jamery Siga

4. Memanah
  • S. Suresh
  • Wiro Julin

5. Badminton
  • Cheah Liek Hou
  • Didin Terasoh

6. Boccia
  • Chew Wei Lun

7. Powerlifting
  • Bonnie Bunyau Gustin
  • Jong Yee Khie

8. Pingpong
  • Chee Chaoming

9. Tenis kerusi roda
  • Abu Samah Borhan


Kali ni Malaysia target 3 emas. Masa kat Rio, Malaysia berjaya dapat 3 emas dan satu perak. Memang rezeki Malaysia banyak dapat pingat Olimpik waktu tu. Ingat lagi waktu tu. Atlet yang dapat pingat, siap berarak naik bas double decker. Semoga plan kali ni berjaya dicapai.


Nanti Astro ada tunjuk live pembukaan rasmi Paralimpik ni. Mungkin Astro Arena akan tunjuk acara yang atlet kita bertanding nanti. RTM memang tak buat channel khas macam Olimpik hari tu.

Kalau nak tengok online, boleh tengok kat YouTube channel Paralympic Games. Rasanya kali ni banyak acara yang akan ditayang secara live kat channel tu. Kalau macam ni lagi senang. Tak perlu bergantung 100% kat TV lagi.

10 comment (s):

  1. Replies
    1. Untung lah. Mesti bangga junior sekolah dapat masuk Olimpik.

      Delete
  2. Replies
    1. Amin. Semoga urusan diorang dipermudahkan. 🤲

      Delete
  3. Replies
    1. Astro ada buat. Boleh tengok kat Astro Arena esok.

      Delete
  4. Good luck untuk atlit paralimpik Malaysia. Suka tengok semangat diorang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Kesungguhan untuk mengharumkan nama negara. 💪

      Delete
  5. Goodluck untuk semua atlet paralimpik Malaysia! Memang respect dengan diorang sebab walaupun kekurangan, tapi masih berjaya dalam kehidupan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Diorang bersungguh-sungguh main demi negara tercinta. Terbaik lah. 👍

      Delete

Sila komen, kerana komenmu begitu berharga.