What's up?

  • run

    HOME

Harga domain NetKL akan naik bermula 1 September 2021.


Memang dah jangka memandangkan awal tahun ni Verisign ada umumkan yang diorang akan naikkan harga domain bermula September nanti. Verisign ni syarikat yang handle pasa domain registry macam dotcom dan dotnet. Ada perjanjian baru antara Verisign dan ICANN yang bolehkan Verisign naikkan harga.

Berdasarkan pembacaan aku, Verisign dibenarkan naikkan harga domain sebanyak 7% setiap tahun selama 4 tahun berturut-turut. Lepas 4 tahun diorang tak boleh naikkan harga selama 2 tahun. Tapi lepas rehat 2 tahun tu, diorang boleh naikkan lagi harga.

Kenaikan harga domain.

Waktu dapat emel dari NetKL, memang terkejut jugak lah dengan sistem harga baru diorang. Ada yang naik harga RM15, ada yang naik harga hanya RM3. Mungkin harga berbeza mengikut kapasiti pengguna.

Domain Harga asal Harga baru
.com RM45 RM50
.net RM49 RM55
.org RM52 RM55
.biz RM60 RM75

Berdasarkan penerangan NetKL, walaupun domain yang ada sekarang belum lagi expired, kita boleh renew lebih awal untuk dapatkan harga lama.

Jika anda ada mana2 domain yang akan expired pada tahun ini (atau tahun depan), dan ingin renew lebih awal (dengan harga rendah), sila hubungi kami sebelum 1 September 2021 ini, supaya kami boleh keluarkan invois lebih awal.

Contohnya, domain aku bakal expired bulan April 2022. Aku nak jimat, tak nak bayar harga baru. Jadi, aku boleh beli sekarang dan diorang akan buat invoice siap-siap.

Tapi itu lah. Aku tak nak renew sekarang. Sebab masih mengharap penurunan harga atau diskaun yang akan diorang bagi nanti. Entah dapat, entah tidak. Kalau dapat lagi bagus. Kalau tak, terpaksa lah bayar dengan harga baru.

14 comment (s):

  1. Ya. Perasan apabila terima emel dari netKL.

    ReplyDelete
  2. Semua naik harga dah kan. Kena bayar awal lah gitu

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. Takpe Wak. Yang free lagi selamat sebenarnya.

      Delete
  4. Nasib naik 5 hinggit je, bagi saya masih boleh diterima la hahaha. Kalau naik banyak, saya standby blog lain la hahaha >.<

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lah. Jangan dinaikkan tinggi lagi sudah lah.

      Delete
  5. Ada juga dapat email pasal kenaikan ni. Nasib baik tak banyak naiknya.

    ReplyDelete
  6. Mujur naik RM5 saja . Kalau naik berpuluhan ringgit aduhh termenung laa sekejap kan .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lah. Tak daya nak bayar mahal-mahal. 😑

      Delete

Sila komen, kerana komenmu begitu berharga.