What's up?

  • run

    HOME

Hari Kebangsaan Malaysia 2021. Apa yang perlu tahu?


1. Sambutan kali ke-64

Genap 64 tahun kita bakal menyambut kemerdekaan atau Hari Kebangsaan. Malaysia (dahulunya Persekutuan Tanah Melayu) diisytiharkan bebas dari penjajah pada 31 Ogos 1957.

2. Tema

Malaysia Prihatin: Masih kekal menggunakan tema tahun lepas yang diumumkan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah pada 10 Julai 2021. Pemilihan tema Malaysia Prihatin oleh mantan Perdana Menteri ke-8 iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Kenapa Malaysia Prihatin? Tujuannya untuk menghargai keprihatinan, kesungguhan dan ketabahan warga Malaysia dalam mengharungi cabaran dan dugaan sepanjang pandemik COVID-19.

  • Malaysia: Menggambarkan seluruh rakyat Malaysia turut sama memerangi COVID-19.
  • Prihatin: Inisiatif Kerajaan yang merangkumi aspek ekonomi, kebajikan dan kelangsungan hidup rakyat Malaysia.

3. Logo


Reka bentuk hati yang digunakan pada logo kali ini merupakan kali ke-6 digunakan selepas tahun 1994, 1997, 2015, 2016 dan 2020.

4. Lagu tema (Menang Bersama)



Sekali genggam
Api menjadi bara
Semangat tidak bergoyang
Teguhkan ikatan
Yang tersimpul sekian lama

Gunung didaki
Ke lurah dituruni
Sederap melangkah gagah
Seiring bersatu
Kita jalin tekad berpadu

Menang bersama
Demi negara
Hargai pengorbanan
Di barisan hadapan

Menang bersama
Demi negara
Mari kita kibarkan dengan gagah
Panji kemenangan

Hargai pengorbanan
Di barisan hadapan

Menang bersama
Demi negara
Mari kita kibarkan dengan gagah
Panji kemenangan

5. Acara sambutan kemerdekaan ke-64

Program Tarikh
Sayembara Sajak Merdeka 2021
  • 1 Julai - 31 Ogos 2021
Pertandingan Melukis Mural@Merdeka 2021
  • 1 Ogos - 10 September 2021
Pertandingan Fotografi Klik@Merdeka 2021
  • 1 Ogos - 16 September 2021
Pertandingan Bercerita Kanak-Kanak 2021
  • 1 Ogos - 10 September 2021
Pertandingan Mewarna dan Melukis MyDoodle@Merdeka 2021
  • 10 Ogos - 14 September 2021
Pertandingan Bintang Patriotik Smule
  • Edisi 4: 8 Ogos - 27 Ogos 2021
  • Edisi 5: 8 Oktober - 21 Oktober 2021
Pertandingan Ilham Merdeka Tiktok Challenge
  • 24 Ogos - 16 September 2021
Pertandingan Teka Silang Kata Kenegaraan
  • Siri 1: 16 Ogos - 19 Ogos 2021
  • Siri 2: 19 Ogos - 23 Ogos 2021
  • Siri 3: 23 Ogos - 26 Ogos 2021
  • Siri 4: 26 Ogos - 30 Ogos 2021
  • Siri 5: 30 Ogos - 02 September 2021
  • Siri 6: 02 September - 06 September 2021
  • Siri 7: 06 Ogos - 09 September 2021
Program Keceriaan Antara Kementerian
  • 1 Ogos - 16 September 2021
Info on Wheels Merdeka
  • Ogos - September 2021
Skillbox@Kelab Malaysiaku
  • September - Oktober 2021
Merdeka@Komuniti
  • Ogos - September 2021
Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang
  • 7 Ogos 2021
Album Lagu Patriotik "Nafas Merdeka"
  • Ogos - September 2021
Sambutan Hari Kebangsaan 2021
  • 31 Ogos 2021
Sambutan Hari Malaysia 2021
  • 16 September 2021
Pertandingan Pidato Kenegaraan Peringkat Kebangsaan 2021
  • 3 September 2021

Info pertandingan: Takwin Program – Merdeka360

10 comment (s):

  1. Selamat menyambut hari kebangsaan ke-64

    ReplyDelete
  2. Banyak gak program sempena merdeka yang ke - 64 ni, kenapa macam senyap je ek, ke saya yang tak pernah nampak hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun tak tahu banyak program yang sedang berlangsung. Bila bukak page tu, baru lah tahu macam-macam yang ada. 😅

      Delete
  3. Selamat menyambut hari kebangsaan juga . Cantik logo kemerdekaan tu .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann. Memang cantik logo tu. Selamat Hari Merdeka jugak. 👍

      Delete
  4. Selamat menyambut hari Kebangsaan.. Merdeka.. Merdeka..

    ReplyDelete

Sila komen, kerana komenmu begitu berharga.