What's up?

  • run

    HOME

Nyalakan Tekad - Roy


Nyalakan azam membumbung
Padukan tekad dan waja
Songsongi ombak bergulung
Menuju ke pulau cita

Setitis jadikan laut
Sekepal jadikan gunung
Namamu kelak disebut
Jasamu kelak disanjung

Nyalakan tekad di hujung cita
Sama muafakat ke puncak jaya
Sembah setia sepenuh jiwa
Untuk nusa dan negara

Kan megah langit dijunjung
Rela bumi nan dipijak
Kan megah ibu mengandung
Putera puterinya berjasa

Ulang dari awal

**********

Ulasan: Antara lagu favourite aku bila datangnya bulan kemerdekaan. Alunan dan intonasi yang digunakan untuk nyanyi lagu ni memang penuh dengan semangat. Bila kumpulan koir nyanyi kat atas pentas, memang terasa semangat patriotik dalam diri.


Selamat Hari Merdeka ke-64.

Terima kasih pejuang yang telah bertungkus-lumus pertahankan tanah milik kita sehinggakan kita mampu capai kemerdekaan dari penjajah.

6 comment (s):

  1. betul, kalau kump koir yg nyanyi, bangkit rasa semangat..

    ReplyDelete
  2. Selamat Hari Merdeka. Roy dan lagu-lagu patriotik berpisah tiada sebab suara dia memang ngam sungguh dengan lagu genre sebegini, boleh meremang bulu roma mendengarnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Suara yang penuh bersemangat macam ni payah nak jumpa. 😄

      Delete
  3. Setuju dengan kak nohas, kalau kumpulan koir nyanyi lagu semangat gini, boleh meremang bulu roma hahaha. Memang rasa semangat meresap ke dalam jiwa gituuuu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann. Sampai kita yang tengok pun terikut-ikut. 😂

      Delete

Sila komen, kerana komenmu begitu berharga.