What's up?

  • run

    HOME

Pingat ke-2 untuk Malaysia. Terima kasih Azizulhasni Awang.


Tahniah kerana sekali lagi mengharumkan nama Malaysia di hari terakhir Olimpik. Kali ni bukan lagi gangsa dibawa balik, tapi perak. 

2008 Beijing: ke-10
2012 London: ke-6
2016 Rio: Gangsa
2020 Tokyo: Perak

Aku selalu jugak follow vlog dia kat YouTube (link: Azizul Awang). Memang gembira betul dia dapat ke Tokyo. Best tengok persekitaran Olympic Village kat sana.



Semoga kejayaan kali ni akan terus beri inspirasi kepada atlet-atlet lain untuk terus buat yang terbaik dalam setiap acara sukan pada masa akan datang. Bagi emas pulak next Olimpik. 💪


Secara keseluruhan, Malaysia dapat dua pingat (satu perak, satu gangsa). Pingat perak diberi oleh team beregu lelaki badminton, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik. Terget untuk dapat 3 pingat tak tercapai. Tapi dapat masuk Olimpik pun dah kira hebat, apatah lagi dapat pingat.

Olimpik 2020 Tokyo.

Bukan senang nak saingi Jason Kenny yang dah berjaya kumpul 7 pingat emas setakat ni. Dalam Olimpik Rio, diorang berdua pun compete sekali dalam keirin. Tapi waktu tu Azizulhasni dapat gangsa, Jason dapat emas.

Olimpik 2016 Rio.

Hari ni merupakan hari terakhir Olimpik 2020 Tokyo. Jom sama-sama tengok majlis penutup nanti pukul 6.15 petang. Lepas ni Olimpik dibuat kat Paris tahun 2024.


Harapnya waktu tu COVID-19 dah takde. Boleh lah bergambar ramai-ramai kat Eiffel Tower.

8 comment (s):

  1. Tahniah.. memang power.. Emas next Olimpik.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann. Kalau mampu kekalkan prestasi, tak mustahil tu.

      Delete
  2. Alhamdulillah . Tahniah pada Datuk Azizulhasni awang n juga team2 lain yg dh sedaya upaya di olimpk tokyo

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Tahniah buat semua atlet Malaysia dan team.

      Delete
  3. Alhamdulillah, dapat jugak pingat kedua walaupun hanya pingat perak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kejayaan terbaik dia dalam Olimpik. Walaupun Malaysia tak dapat capai target 3 pingat, tapi bertuah betul dia dapat perak.

      Delete

Sila komen, kerana komenmu begitu berharga.