What's up?

  • run

    HOME

SPRISE E3 Earphone with Extra Bass Stereo.


Hari tu aku beli earphone baru. Masih earphone bajet. Waktu tu seller buat sales. Harga sebijik pun tak sampai RM15. Earphone ni dari China tapi tak lama pun aku tunggu. 4 hari dah sampai.


Cepat kan? Aku perasan, bila order barang dari Shenzhen, memang cepat sampai. Tapi tempat lain macam Shanghai dan Yiwu memang agak lambat.

Spesifikasi:
  • Model no: SPRISE E3
  • Color: Black/white
  • Wire material: Metal/silicone/TPE
  • Speaker size: 12 mm
  • Plug pin: 3.5 mm
  • Cord length: 120 cm
  • Impedance: 32 Ω ± 15%
  • Frequency range: 20 Hz - 20 kHz

Harga: ★★★★★
Kualiti: ★★★★★
Design: ★★★★★
Keselesaan: ★★★★☆

Stereo: ★★★★★
Bass: ★★★★★
Treble: ★★★☆☆
Neutral sound: ★★★★★


Bagi aku, bass earphone ni memang agak padu. Secukup rasa yang mampu buatkan gegendang telinga bergetar bila dengar lagu. Bunyi yang earphone ni hasilkan pun kuat dan jelas. Tak pecah bila kuatkan volume.


Tapi kurangnya part treble. Terlalu kuat sampai terasa bingit telinga bila ada lagu yang fokus pada treble. Kalau nak tahu pasal bass dan treble, boleh tengok video kat bawah ni.


Lagi satu, aku tak selesa bila pakai earphone pesen cucuk dan tekan dalam telinga. Walaupun mampu hilangkan bunyi bising persekitaran, tapi bila gerak, mesti akan loose dan kena selalu tekan supaya dapat dengar lagu dengan baik. Aku lebih suka pakai earphone jenis tradisional tu. Yang sangkut je kat lubang telinga.

Overall, aku masih rasa sangat berbaloi beli. Bekas letak earphone pun percuma. Lagipun, motif utama aku adalah nak cari earphone bajet yang ada bass padu, sesuai dengan harga.

18 comment (s):

  1. Cuci mata tengok macam mana rupa earphones.

    ReplyDelete
  2. Minggu lepas CCL pun ada oder barang melalui shopee dtg dari China ..penghantarannya memang pantas ..tak sampai seminggu dah sampai ke malaysia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang laju sekarang. Even laju dari local seller.

      Delete
  3. Sy pon selalu bli brg murah² kt shoppee

    ReplyDelete
  4. ni nak masuk 9:9, agak2 nak beli apa lagi tu kat shopee hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena tengok promo apa dari seller. Baru boleh beli. 😄

      Delete
  5. Tak perasan pulak dari Shenzen ke Yiwu ke Shanghai ke, tapi delivery memang laju la daripada local seller huhuhu. Tak suka pakai earphone yang macam dalam gambar BK tuuu, memang mudah benorrrr tercabut dari lubang telinga. Lagi suka pakai yang keras tu walaupun sakit telinga bila pakai lama lama hehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang saya pun tak suka jenis earphone dalam gambar tu. Nak kena sentiasa tekan bagi kemas dalam lubang telinga. 😢

      Betul, earphone pesen dulu-dulu lagi selesa.

      Delete
  6. Nampaknya produk China dah banyak berada di sekeliling kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann. Produk Malaysia tak jumpa lagi untuk aksesori phone.

      Delete
  7. Saya guna yang free gift je yang dapat masa beli telefon.. Hehe Tak guna sangat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pulak earphone free gift masa beli phone sayang nak guna. Simpan buat koleksi. 😁

      Delete
  8. Haha akak selalu bebel kt anak2..mak cakap apa pun buat tak dengar..rupa2nya telinga dok sumbat earpon

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang. Bila sumbat earphone ni, tak dengar dah bunyi sekeliling. 😄

      Delete
  9. KSarie dan earphone berjodoh tiada. Dah berapa dah earphones KSarie hilang entah ke mana. Macam menarik pula earphone yang E3 ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lepas ni kena letak earphone dalam pouch baru selamat. 😅

      Delete

Sila komen, kerana komenmu begitu berharga.