What's up?

  • run

    HOME

7 barang menarik yang ada di MR. DIY.


Hari tu aku pergi MR. DIY. Kesnya nak beli storage box untuk isi buku. Tak muat pulak tempat nak isi buku yang aku beli dari BBW hari tu.

Alhamdulillah. Masa aku masuk dalam kedai, tak ramai orang lagi. Aku pun naik tingkat atas nak tengok apa yang berkenan sebelum beli storage box tu. Sebab tak ramai orang, lega sikit boleh masuk kat setiap section.

Ada barang menarik yang aku jumpa dalam MR. DIY. Sebelum ni tak perasan pun. Mungkin stok baru sampai atau memang aku tak perasan langsung.




Kecik betul saiz benda alah ni. Aku pernah ada pemarut keju ni tapi saiz lagi besar. Yang ni comel pulak. Rasanya boleh guna letak sekali kat tepi pinggan masa nak makan. Bila nak parut keju, terus boleh guna. Tak perlu guna yang besar gedabak tu.



Yang ni pun memang sangat comel. Siap ada ring keychain lagi tu. Panjang pita ni 1 meter. Sesuai kalau nak ukur kain bila pergi shopping nanti. Kalau perempuan, lagi senang, sangkut je kat handbag.



Sangat bagus digunakan untuk menggantikan straw plastik. Tak silap aku, Putrajaya antara tempat dalam Malaysia yang betul-betul gigih mengharamkan penggunaan straw plastik. Restoran makanan segera kat sana macam KFC dan McD memang tak sediakan straw untuk customer. Sebagai alternatif, boleh guna straw kertas.




Tak sangka pulak MR. DIY ada jual rumpai laut. Terkejut aku tengok. Selalunya aku beli dalam Shopee. Kat sini ada dua jenis. Satu brand Mr.Kim (Korea) dan satu lagi brand Kimnori (USA). Jangan risau, produk ni ada logo halal. Boleh beli tanpa was-was.




Sebelum ni aku pernah buat entri pasal Crispy Seaweed yang aku beli dari Shopee. Rupanya MR. DIY pun ada jual jajan ni. Ada 3 jenis yang dijual: almond hot & spicy, almond original dan popping grains original. Selain rumpai laut, ada banyak jenis kacang yang dijual. Menggugat nafsu betul bila lalu kawasan ni.



Lagi satu produk mini yang aku jumpa. Kenapa lah comel sangat saiz kopi ni? Saiz kopi ni sama panjang dengan saiz kad bank. Ada 4 jenis flavour iaitu cappuccino, latte, mocha dan white coffee. Harga sebiji tu RM2.



Masa beratur nak bayar, aku terpandang kat sekumpulan kek span petak yang cukup comel ni. Diperbuat daripada kulit harimau asli ke? Takde lah. Corak atas kek tu je yang nampak macam kulit harimau. Ada 4 flavour yang aku tengok: coklat, pandan, pisang dan vanila. Aku rembat perisa coklat. Nak cuba dulu best ke tak. Harga RM2.50 untuk sebiji kek ni.


Paling best, aku bayar guna ShopeePay. Ada voucher yang aku beli dengan harga RM0.01. Bila bayar barang MR. DIY guna ShopeePay, setiap pembelian sekurang-kurangnya RM5 akan dapat cashback RM3. Untung betul. Siapa yang saja-saja nak bagi free RM3 kan?


MR. DIY bukan hanya jual barang perkakas je. Makanan pun ada sekali. Walaupun tak sebanyak macam kat kedai runcit, tapi ada makanan yang memang jarang nak nampak kat kedai runcit. Rasa kopi mocha tu memang padu, pekat dan likat tak padan kecik. Kek span tu pulak memang menjadi. Rasa lembut je bila gigit dan manis bila masuk dalam tekak. Ada masa nanti, boleh repeat order.

12 comment (s):

  1. DIY dah jual makanan dan minuman ke? Ke saya yang tak perasan sebab memang jarang pergi.

    ReplyDelete
  2. suka pergi ke mr diy
    lama dah tak pergi ke sini

    ReplyDelete
  3. Lama tak terjah Mr.DIY ni . Salah satu kedai saka jugak . Ranvang nak beli 1 barang .. Bila keluar 10 barang .hahah .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann. Biasa kat tingkat atas paling berhantu. 😄

      Delete
  4. Dah lama tak pergi Mr DIY sejak PKP ni.
    Kek tu nampak menarik. Boleh try beli nanti. Nampak sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann. Saya pun macam nak pergi beli lagi. 😅

      Delete
  5. Pernah beli straw kertas tu. Menarik pemarut mini dengan kopi mini. Sejak pandemik ni tak pergi Mr.DIY. Tak dapat bebas shopping macam dulu. huhu

    ReplyDelete
  6. Suka kalau masuk mr diy ni, macam macam benda ada. Macam kedai eco lah, nak beli 1/2 barang je, sekali keluar penuh tangan ahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Banyak sangat barang yang tak pernah tahu kewujudannya plus semua menarik.

      Delete

Sila komen, kerana komenmu begitu berharga.