What's up?

  • run

    HOME

Sebak tengok iklan merdeka 2021 dari SAJI.


Setakat ni, iklan merdeka dari Saji mampu menyentuh hati sanubari aku. Iklan ni memang buatkan aku touching. Iklan tanpa suara (kecuali voice message dan akhir iklan). Menceritakan kehidupan baru yang dialami oleh mereka yang terkesan disebabkan pandemik. Hilang kerja, sumber pendapatan terjejas hinggakan kereta terpaksa ditarik.

Hanya dapat bluetick


Kisahnya Azli jual laksa. Dia promote laksa dia dalam group WhatsApp ex-classmates dia. Tapi sadis sangat bila dia post gambar tu, hanya dapat bluetick dari kawan-kawan dia. Sedangkan bila kawan-kawan dia post pasal menu santapan tahap kayangan diorang hari tu, ramai yang balas.


Dah lah tak balas, masing-masing tak peka. Sibuk pulak share pasal kes harian COVID-19 makin naik, duk mintak tutup semua kedai, work from home (WFH) lah dsb. Diorang tak tahu, Azli ni antara yang terkesan.

Azli left group


Sebab tak tahan dengan tohmahan dan sikap tak bertimbang rasa kawan dia (Mirul), Azli left group. Ye lah. Orang yang masih bekerja dan ada kerja tetap memang takkan faham masalah macam ni.

Mirul: Memang takkan habis la. Ada bukak lagi. Nak tutup, tutup semua! Ni separuh bukak separuh tutup!
Alex: Betul! Kedai nasi lemak tepi jalan pun bukak. Beratur panjang.

Azli: Sebab tu semua kena vaksin. Kau dah vaksin?
Mirul: Takyah vaksin pun takpe janji tutup semua!

Azli: Tapi kesian jugak kalau tak bukak. Orang tak boleh kerja. Takde gaji.
Rajan: Tutup je semua! WFH boleh je kan?

Azli: Hmm. Kau takleh ingat semua orang sama.
Mirul: Tahan lah sikit. Tak mati lah kalau tak kerja. Kau tu aku tengok OK je WFH.

Azli: Kau jangan main cakap je. Kau apa tau?
Mirul: Kau sorang je yang pandai. Kiteorg semua ni tak reti. Tau la kau keje hebat.

Azli: Lantak kau la.
Mirul: Haa..koyak!? Koyak! Cakap sikit koyak. Lol

*Azli left*

Work from home mungkin boleh diguna pakai oleh segelintir orang. Tapi buat mereka yang berniaga kecil-kecilan? Kalau tak berniaga kat luar, nak cari duit kat mana?

Hilang kerja dan kereta kena tarik


Mujur ada sorang dalam group tu yang tahu masalah Azli. Rupanya company dia kena tutup dan kereta pulak kena tarik. Sebab nak teruskan hidup, Azli jual laksa.

Takkan nak harapkan bantuan kerajaan lagi kan? Selagi ada kudrat dan usaha, insyAllah rezeki tak pernah salah alamat. 

Maafkan dan terus ke depan



Admin group masukkan balik Azli dalam group tu. Kawan-kawan dia yang bermulut lancang dah mintak maaf. Mungkin Azli tak nak panjangkan masalah dan bermusuh, dia pun promote semula laksa dia.

Moral of the story

Moral yang aku dapat dari iklan ni adalah jangan kita mudah bersangka buruk dan pentingkan diri sendiri. Cuba memahami masalah orang lain.

Put yourself in someone's shoes.

Situasi kita semua takkan sama. Kalau kita rasa susah, orang lain kat luar sana lagi double triple susah. Kalau kita rasa WFH tu terbeban dan leceh walaupun dah dapat kerja gomen, ingat lah orang lain kat luar sana masih lagi struggle cari kerja nak bagi sesuap nasi untuk anak-anak dan keluarga.

Harapnya iklan ni mampu bukak hati mereka yang kurang peka untuk lebih memahami situasi orang sekeliling yang betul-betul terkesan dek pandemik COVID-19 ni.

14 comment (s):

  1. Iklan saji makin mantap skrg. Iklan raya dulu sedih gile

    ReplyDelete
  2. ramai terkesan dengan pandemik ni. semoga cepat kembali seperti dulu. ramai peniaga kecil terjejas

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harapnya macam tu lah. Sedih tengok mereka yang struggle waktu macam ni.

      Delete
  3. Haah diam-diam sahaja. Perhati dari jauh sambil fikir.
    Macam saya cakap sebelum ini setiap perkara ada pro dan kontra.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Kena tengok diri. Kalau nak bantu, kita bantu. Kalau nak protes, jangan salah orang.

      Delete
  4. iklan yg sangat bagus dan kena sgt dgn situasi sekarang. patut direnung2kan sebagai pengajaran

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann. Semoga dijadikan teladan buat semua. Ramai yang terkesan kat luar sana. Jadi, kita yang senang sikit ni kena peka untuk tolong mereka.

      Delete
  5. Alamakk, tak tengok video pun, baca perbualan whatsapp tu pun dah rasa sedihh. Betul tu, tak semua orang sama nasib dengan kita. Musim sekarang ni, memang ramai yang terkesan, ramai mana kena buang kerja, takde punca pencarian rezeki dan sebagainya. Memang kena sungguh iklan dari saji ni pada masa sekarang :')

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Ramai yang terkesan. Bagus diorang masih bersungguh-sungguh usaha sendiri. Tak nak meminta-minta. Kita yang tengok ni pun sebak. 😢

      Delete

Sila komen, kerana komenmu begitu berharga.