What's up?

  • run

    HOME

Filem UK: The Bromley Boys (2018).


Sinopsis

Dave (Brenock O'Connor) merupakan peminat kelab bola sepak tempatan tempat dia iaitu Bromley FC. Tapi sadisnya, Bromley FC ni selalu kalah dalam setiap perlawanan. Menggunakan kebijaksaan dan penelitian, Dave buat analisis setiap perlawanan termasuk pemain tu sendiri.

Disebabkan minat sangat kat Bromley FC, Dave mintak kebenaran daripada pengerusi kelab untuk bagi dia urus kelab tu. Disebabkan kurang pengalaman, pengurusan dia payah nak diterima oleh beberapa pemain. Tapi satu ucapan yang dilontarkan Dave sebelum masuk separuh masa ke-2, buatkan Bromley FC menang 2-1.

**********

Filem ni diinspirasi dari sebuah buku yang berdasarkan kisah yang berlaku di Bromley, selepas kemenangan England dalam Piala Dunia 1966. Aku tengok filem ni kat Astro. Mulanya biasa-biasa, tapi bila tengok kesungguhan Dave untuk improve kelab kesayangan dia, aku terus layan sampai habis.


Dave ni budak nerd yang sangat minat bola sepak. Minat dia makin membuak-buak bila England menang Piala Dunia. Kisah bermula bila dia nak tengok perlawanan kelab ternama macam West Ham tapi ayah dia tak setuju.

Penuh dinding pasal bola sepak.

Senyap-senyap, mak dia tolong Dave tanpa pengetahuan ayah dia. Bukan je tak dapat tengok perlawanan kelab ternama, tapi dia terpaksa layan perlawanan kelab bola sepak tercorot kat kawasan rumah dia, Bromley FC.

Stoney (Ross Anderson) ni pemain terbaik dalam kelab tu.

Sepanjang dia jadi peminat fanatik kelab tu, banyak benda yang dia analisis. Kelemahan kelab, pengurusan, pemain dsb. Satu hari, dia terdengar pengerusi kelab tu bersembang pasal kelab bakal bankrap. Dia pun curi-curi masuk pejabat pengerusi tu dan jumpa beberapa nota pasal jual beli pemain ke Manchester United.

Antara maklumat yang dikatakan jual beli pemain.

Dari sini Dave buat andaian yang Stoney terpaksa dijual ke kelab lain disebabkan nak bayar hutang piutang kelab Bromley FC ni.

Masa kat rumah, mak ayah Dave plan nak hantar dia ke sekolah berasrama. Kesnya Dave ni tak fokus dalam kelas dan selalu merepek pasal bola sepak masa cikgu dia mengajar kat depan. Lepas tu, boleh pulak dia buat mogok lapar kat atas bumbung rumah.


Malangnya, Dave terpaksa masuk sekolah berasrama jugak. Kesnya masa kat sekolah lama, Dave ni selalu pergi tengok perlawanan bola sepak. Waktu kat sekolah baru, memang dia takde masa nak tengok perlawanan Bromley FC lagi. Mungkin sebab tu kedudukan Bromley FC makin jatuh dalam ranking.



Disebabkan nak selamatkan Bromley FC, Dave buat keputusan untuk jadi pengurus sementara kelab tu. Mulanya dia tak dapat persetujuan pemain kelab, tapi bila Dave explain dan bagi ucapan yang menyentuh hati, baru lah diorang percaya dan main betul-betul sampai lah Bromley FC menang hari tu.


Akhirnya menang jugak team Bromley FC.

Berdasarkan kisah benar

Filem The Bromley Boys ni adalah berdasarkan kisah benar. Kisah penulis British, Dave Roberts 3 tahun selepas England menang Piala Dunia tahun 1966. Lebih 50 tahun yang lepas. Memang boleh tengok pakaian, bangunan dan prop yang ngam dengan waktu tu.

Jalan cerita ni lebih santai dan lawak style British. Antara filem UK yang aku faham bila tengok kali pertama, selain filem-filem Harry Potter dan Fantastic Beasts.

2 comment (s):

Sila komen, kerana komenmu begitu berharga.