What's up?

  • run

    HOME

Filem USA: An Hour Behind (2017).


Sinopsis

Segalanya bermula dari Trish (Emily Rose) yang lupa nak ubah setting jam bila masuknya Daylight Saving Time (DST). Trish ni pembuat cupcake aka kek cawan.

Disebabkan lupa nak ubah masa pada jam tangan (phone dia masuk air), dia terlepas blind date yang kakak dia aturkan. Trish ni tak tahu pun yang dia dah terlepas blind date pagi tu. Kat restoran tu, dia kenal dengan sorang lelaki yang disangka blind date dia.

Dari situ lah bermulanya kisah baru hidup dia. Disebabkan salah faham, semuanya jadi kucar-kacir.

**********

Filem ni aku layan masa wujudnya channel DIVA kat Astro. Sekarang channel tu dah takde. Banyak filem romantik ringan yang channel ni tayang. Santai je tengok.

Nak dijadikan cerita, bila Trish pergi ke restoran tempat blind date tu, dia ingatkan orang yang kakak dia kenenkan tu ada lagi. Padahal orang tu dah balik sebab lama menunggu. Ye lah. Trish ni lewat sejam. Yang ada depan mata dia tu (Parker), bukan blind date dia, tapi orang lain yang kebetulan pakai baju warna sama.

Trish salah orang, tapi confident je bersembang.

Blind date sebenar Trish.

Parker (Barry Watson) ni tak sempat nak betulkan keadaan sebab tak sampai hati nak tengok Trish malu nanti. Jadi dia pun melayan lah 'blind date' tu. Parker ni memang baik. Kerja sebagai paramedik bomba. Bila lama berbual, Parker ni pun tertarik dengan Trish. Bila Trish dapat tahu yang dia tersalah blind date dan Parker tak betulkan dia, Trish mula bengang dan cuba jauhkan diri dari Parker. Biasa lah kan. Ego perempuan. Semua nak menang.

Parker mintak pendapat kawan-kawan dia.

Diberi peluang ke-2 untuk kenal.

Trish bagi peluang ke-2 kat Parker lepas berkali-kali Parker mengayat dia. Mulanya elok je, tapi masa kat balai bomba, Trish ternampak dalam loker, ada gambar Parker dengan isteri dia. Sebenarnya dia tak tahu yang isteri Parker ni meninggal sebab heart attack 3 tahun lepas.

Isteri Parker.

So, dia pun buat andaian yang Parker main kayu tiga. Konflik pun bermula. Parker tak tahan perangai Trish yang selalu judge tanpa selidik. Sampai lah diorang tak jumpa beberapa bulan.

Bila DST dah tamat, Trish sekali lagi lupa nak set waktu kembali ke asal. Pagi tu dia dah plan nak makan sarapan dengan kakak dia. Tapi dia datang sejam awal kes tak betulkan jam.

Kalau dah jodoh, tak ke mana.

Kat restoran sama, dia jumpa sekali lagi dengan Parker. Jodoh? Mungkin. Situasi awkward waktu tu. Masing-masing cuba elak dan buat macam takde apa-apa yang berlaku sebelum ni. Tapi mungkin sebab rasa bersalah, Trish kejar Parker dan diorang pun mula untuk kenal satu sama lain buat kali ke-3.

Filem macam ni aku level kan sebagai filem santai. Boleh katakan macam level telefilem kat Malaysia. Plot yang tak berat dan straightforward. Kenal, rapat, gaduh dan baik semula. Tipikal plot novel cinta Melayu.

Daylight Saving Time (DST)

Fall back, spring forward.

Daylight Saving Time ni bermaksud penduduk kat US, Kanada, UK dan beberapa negara lain kena ubah waktu kat jam secara manual sebanyak satu jam. Bila masuk musim bunga, kena tambah satu jam dan sebelum tibanya musim sejuk, kena tolak satu jam supaya masa kembali kepada asal.

Senang cerita, DST diwujudkan sebab kehadiran waktu siang yang panjang. So, sayang lah kalau tak gunakan waktu siang ni untuk produktiviti.

DST kat USA bermula pada Ahad terakhir bulan Mac dan tamat pada Ahad pertama bulan November. Waktu Mac tu, rakyat diorang kena tambah 1 jam. Contohnya kalau sekarang pukul 3 pagi, diorang kena jadikan pukul 4 pagi. Bila berakhirnya DST, diorang kena tolak 1 jam supaya waktu kembali kepada asal.

Malaysia tak guna pakai pun DST ni sebab bukannya kat sini ada 4 musim (bunga, panas, luruh dan sejuk). Yang ada musim durian.

4 comment (s):

  1. Alamak boleh pula salah blind date haha.

    ReplyDelete
  2. Saya suka channel Diva tu. Before this ada channel Hallmark. Pun selalu tayang cheesy romantic movie macam ni. thanks rekemen. teringat zaman blind date kenal kat MiRC. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju. Channel ni memang best. Santai je movie.

      Delete

Sila komen, kerana komenmu begitu berharga.