What's up?

  • run

    HOME

Salam Maal Hijrah 1443. Manhaj rabbani ummah berkualiti.


Maal Hijrah sejarah penting,
Kisah perpindahan Nabi Muhammad SAW,
Dari Mekah hingga Madinah,
Lindungi Islam dari ditindas.

Didatangi Jibril di Gua Hira,
Membawa utusan dari Allah SWT,
Baginda diangkat menjadi Rasul,
Buat seluruh umat manusia.

Perintah Allah SWT untuk berdakwah,
Secara terbuka kepada semua,
Namun ancaman terus menerpa,
Bangsa Quraisy datang menghalang.

Strategi dibina penuh teliti,
Keluar ke Madinah dalam diam,
Keluarga kafir dan segala harta,
Ditinggalkan pengikut menuju ke Madinah.

12 tahun baginda berdakwah,
Mengumpul pengikut di Kota Mekah,
Namun Quraisy tiada senang,
Ancaman bunuh dirancang mereka.

Sekali lagi Jibril datang,
Membawa utusan kepada baginda,
Tinggalkan Mekah ketika malam,
Perintah Allah SWT baginda turuti.

Bersama sahabat baginda berhijrah,
Abu Bakar As-Siddiq RA di sisi baginda,
Tak lupa juga Ali bin Abu Talib RA,
Membantu baginda dalam penghijrahan.

Di Gua Thur baginda bersembunyi,
Bagi mengelak ditangkap Quraisy,
Gunung dan gurun tetap diredah,
Tanpa mengenal erti lelah.

Islam di Madinah semakin kukuh,
Gembira mendengar kedatangan baginda,
Hijrah ke Madinah simbol kesatuan,
Negara Islam megah berdiri.

12 comment (s):

Sila komen, kerana komenmu begitu berharga.