What's up?

  • run

    HOME

Makan roti Gardenia Toast'em Pandan Kelapa.


Akhirnya sampai jugak roti viral ni. Aku beli kat Shopee. Tapi pre-order sebab seller inform kena tunggu bila ada stok. Memang. Kat kedai payah sangat nak jumpa. Kalau ada kedai yang jual pun, cepat je stok habis. Even kakak aku kat Putrajaya pun cari payah nak jumpa.


Lebih enak apabila dibakar.

Aku ikut lah petua tu. Tapi nak cakap, tak payah bakar pun takpe. Sebab memang dah sedap lemak berkrim bila makan macam tu je. Roti ni lebih kurang style roti butterscotch. Memang boleh kenyang makan 3 atau 4 ketul.

Rasanya ni kali pertama tahun ni aku guna toaster. Last guna tahun lepas. Lepas tu simpan dalam kotak. Habis semerbak satu rumah bau roti bakar. Lagipun aku jarang makan roti. Sekali-sekala makan macam ni memang terasa lah nikmatnya tu. 😋

18 comment (s):

  1. laku keras stok roti gardenia yang ini..

    ReplyDelete
  2. sungguh sedap dimakan begitu sajaaaa...hahahaa...well x dapat beli lagi roti ni...asal cari je xde..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang payah nak jumpa kat kedai. Tak tahu lah kalau syarikat roti ni buat limited kuantiti atau ramai yang beli dan buat stok banyak-banyak.

      Delete
  3. kena jg gigih mencari ni, ramai kata sedap..

    ReplyDelete
  4. Wah sampai ke shoppe BK oder roti ni ya ni memang betul2 teringin nak makan . Heheh . Memang sangat susah nak dpt kelapa pandan ni . CCL mujur juga dapat merasa kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha. Memang terpaksa beli dalam Shopee. Kedai luar tak jumpa lagi.

      Delete
  5. Betul2 laku yaa sampai kena pre order. Mesti berbaloi tunggu kann

    ReplyDelete
  6. OOooo ini roti yang digembar gemburkan itu ye. Di kedai dekat rumah KSarie ni siap kena pre-order tapi tidak terasa hendak cuba. Lepas baca review di sini terasa macam nak kena rasa la juganya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena cuba ni baru tahu kenapa viral.

      Kat kedai fizikal pun pre-order? Memang dahsyat penangan roti ni. 🤣

      Delete
  7. Laku keras roti ni, duk cari jugak tapi tak jumpa jumpa. Nampak gaya nak kena beli online jugak lah ni hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Better beli online lagi senang. Takde lah nanti rasa kecewa bila pergi kedai, tiba-tiba habis stok.

      Delete
  8. Tak pernah lagi jumpa roti ni dekat mana mana

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kedai jarang nak ada. Kalau ada pun berebut yang beli. 😅

      Delete

Sila komen, kerana komenmu begitu berharga.