What's up?

  • run

    HOME

Antara kemudahan bagi individu yang sudah terima vaksin lengkap.


Sebentar tadi PM umumkan beberapa kemudahan aka kelonggaran untuk mereka yang dah terima dua dos vaksin.


Kita tahu yang Pelan Pemulihan Negara (PPN) ada 4 fasa. Setakat ni, hanya 3 buah negeri yang dah masuk Fasa 3 iaitu Perlis, Sarawak dan Labuan. Belum ada negeri yang capai Fasa 4. Kalau tengok dari statistik kes harian, KL dan Selangor lambat lagi untuk masuk fasa seterusnya.

Kat sini kena faham. Maksud vaksin lengkap tu ada dua:
  1. Vaksin Pfizer, AstraZeneca dan Sinovac: Selepas hari ke-14 dari tarikh suntikan dos ke-2.
  2. Vaksin Janssen dan CanSinoBIO: Selepas hari ke-28 dari tarikh suntikan sebabnya vaksin jenis ni hanya perlu diambil satu dos.

Kemudahan bagi individu yang terima vaksin lengkap

Walaupun keadaan semakin genting dan berisiko, aktiviti ekonomi dan sosial perlu diambil kira. Nak benarkan bebas macam dulu memang tak logik. Jadi, pelan baru untuk memudahkan rakyat bergerak diperkenalkan. Antara kemudahan yang diberikan termasuk lah:
  • Kemudahan kuarantin dan perjalanan (semua fasa)
  • Kemudahan keagamaan (Fasa 1 dan Fasa 2)
  • Kemudahan sektor sosial (Fasa 2 dan seterusnya)
  • Kemudahan rentas daerah (Fasa 2 dan seterusnya)
  • Kemudahan aktiviti dine-in (Fasa 2 dan seterusnya)
  • Kemudahan sukan, riadah dan rekreasi (Fasa 2 dan seterusnya)
  • Kemudahan pelancongan (Fasa 2 dan seterusnya)











Macam mana nak tahu seseorang tu dah lengkap dua dos vaksin? Caranya melalui sijil vaksinasi digital ataupun kad vaksinasi fizikal. Dan disarankan laminate, simpan elok-elok kad fizikal vaksinasi tu in case phone problem dsb. Tak pasal-pasal tak dapat bukak MySejahtera.

Sebab tu lah kena cucuk vaksin jugak. Keadaan dah teruk. Jangan degil dan keruhkan lagi keadaan. Bila jadi macam ni, apa kesan kat anti-vaksin? Diorang kena berkurung dalam rumah ke? Itu aku tak pasti. Nampak gayanya, suatu hari nanti semua rakyat Malaysia diwajibkan cucuk vaksin.

8 comment (s):

  1. Alhamdulillah . Ada juga berita yang mengembirakan tapi part rentas negeri tu macam xberapa nk adil lagi . Kelonggaran hanya untuk pjj dan ibu bapa nk jumpa anak bawah 18tahun . Ank2 nk balik jumpa org tua kt kg bagaimana pula

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagi saya, kalau takde kecemasan, tak perlu balik. Nanti tak pepasal bawak penyakit kat mak ayah pulak.

      Delete
  2. Even dah cucuk vaksin dua dos sekalipun, tak semestinya diri tu dah cukup kebal 😊.Even masa isi consent form dekat PPV pun dah mentioned yang vaksin ni tak dapat beri jaminan sepenuhnya dari jangkitan Covid-19. Nak tak nak segala SOP, 3W & 3S kena dipatuhi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Vaksin ni ibarat antivirus komputer. Hanya sekadar protection. Masih boleh kena virus, tapi risiko tu kurang sikit.

      Delete
  3. Ikut kriteria tu, saya dah layak. Dah 2 dos dan dah lebih 2 minggu. Tapi Melaka masih fasa 1.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harapnya semua negeri masuk Fasa 4 secepat mungkin.

      Delete
  4. Semalam seram sejuk tengok orang dine in masa waktu sarapan. Ramai gila. Memang takde sop langsung :')

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kes naik, tapi masih ramai yang ambil mudah. Diorang ingat virus ni main-main kot.

      Delete

Sila komen, kerana komenmu begitu berharga.