Pengalaman akaun Shopee kena banned atau suspended.


Waktu blogwalking, terbaca nukilan blogger Syuhada Idris pasal akaun Shopee beliau kena banned tanpa sebab yang jelas. Benda ni jadi problem bila akaun tu satu-satunya akaun yang kita guna untuk shopping. Takde back up. Lagi-lagi bila duit dalam ShopeePay plus coins banyak lagi. Tak ke naya.

Bila akaun kena banned atau suspended, jangan panik. Contact Shopee secepat mungkin. Sebab risau nanti kalau biar lama-lama, tak pepasal akaun tu kena buang terus kang.

1. Terus contact Shopee (21 Disember 2020).


Borang untuk contact team Shopee.

Aku pun pernah kena banned dengan Shopee awal tahun ni. Mulanya memang aku tak tahu pasal apa kena banned. Seingat aku, aku tak terima apa-apa emel dari diorang. Masa nak log in akaun Shopee kat phone, memang tak lepas. Terus aku contact diorang kat website Shopee. Kat situ ada form yang boleh guna untuk inform apa-apa masalah.


2. Dapat emel dan isi borang Account Reactivation Request (21 Disember 2020).


Surat cinta pertama dari Shopee.

Borang untuk request akaun Shopee semula.

Tak lama lepas submit, team Shopee hantar emel. Menjawab persoalan aku, diorang kata akaun aku dah kena suspended. Tapi tak tahu lagi sebab apa. Kena isi satu borang lagi iaitu borang Account Reactivation Request. Kena bagi maklumat berkaitan diri kita macam IC dan screenshot problem masa nak log in Shopee tu.


3. Tahu punca akaun kena banned dan buat surat akujanji (6 Januari 2021).


Sebab akaun aku kena banned.

Part ni paling aku tak sangka. Rupanya akaun aku kena banned sebab aku bukak app Shopee guna BlueStacks. BlueStacks ni emulator untuk aplikasi Android. Boleh bukak app Android guna laptop atau PC. Kesnya aku guna BlueStacks sebab aku selalu mengadap laptop. WhatsApp dan Viber pun aku guna laptop. Jadi, senang nak tahu notification masuk kalau bukak dalam laptop. Lagipun aku malas nak kena jenguk phone selalu. Sebab sayang, aku boleh request untuk dapatkan balik akaun tu. Tapi ada syarat:
  • Surat akujanji - Buat ayat atau statement dalam emel tu yang mengatakan yang pemilik akaun (dalam kes ni, aku) takkan guna emulator dah lepas ni.
  • PhotoID - Gambar beserta nama dan alamat. Guna IC boleh tapi kena censor nombor IC tu sebab diorang nak nampak gambar, nama dan alamat je.

Contoh ayat yang aku buat:

Saya menyesal dengan apa yang telah berlaku. Saya ingat boleh guna BlueStacks (emulator) untuk buka aplikasi Shopee kerana ianya dapat memudahkan tugasan harian saya disebabkan saya selalu menggunakan komputer dan dalam masa sama, mahu elak mengecas telefon dengan kerap. Saya tidak tahu larangan ini wujud yang mengatakan saya tidak dibenarkan menggunakan emulator.

Saya berjanji tidak akan menggunakannya lagi. Terima kasih banyak atas pertolongan pihak Tuan/Puan.

Tapi bila fikir balik, lama jugak proses ni makan masa. Ada dalam dua minggu baru dapat semula akaun aku tu. Lepas buat surat akujanji tu, dalam 24 jam akaun aku dah dapat balik. Akaun yang berjasa. Sayang nak lepaskan macam tu je.

Post a Comment

144 Comments

  1. semalam ada terbaca blogger syu idris shopee dia pun kena banned ,, hari ni akaun shopee BK pulak buat hal . mujur dapat balik akaun shopee tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lah. Mujur dapat balik. Kalau tak, merana lah. πŸ˜‚

      Delete
    2. order kita tetap berjalan tak kalau selepas order tu account tetiba kena banned? sblm banned tu order belum lagi ship out

      Delete
    3. Berdasarkan pengalaman user kat sini, barang yang dah dibayar sebelum banned, akan sampai.

      Delete
  2. oh dia boleh banned atas ebab macam tu juga rupanya

    ReplyDelete
  3. Tak perasan masa buka akun shopee ada term eh? Slalu akan miss baca syarat2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada banyak terma dan syarat. Kalau ikutkan memang kena baca dulu sampai habis.

      Delete
  4. Rupanya tidak boleh guna emulator rupanya.

    ReplyDelete
  5. Wah...strict jugak shopee ye...erm betul gak kan..kalau ada banyak lagi baki kat Shopee pay tu sure burn macam tu je kalau kita x dptkan balik..thanks atas perkongsian ye .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Shopee dan Lazada memang strict. Nasib baik customer service diorang bagus.

      Delete
    2. saya baru kne block acc shopee..agak² brg yg kita beli sebelum ni dpt tak

      Delete
    3. Kalau payment dah buat dan seller dah proceed shipping, mungkin takde masalah untuk terima barang tu.

      Delete
  6. Aduh.. Macam tu pun boleh kena banned.. kacau..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Terus dia banned akaun bila bukak guna emulator.

      Delete
  7. Fuhh kalau shopee pay banyak lagi balance memang berderau darah bila tiba tiba tak boleh on. Nangis.. Nasib baik boleh dapatkan balik. Siap kena buat aku janji pula tu. Strict betul..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Memang leceh jugak. Padahal kita tak guna untuk buat benda tak elok pun.

      Delete
    2. selalunya boleh dapat blik x akaun yg kena bend..balance duit bnyk lg dlm akaun

      Delete
    3. Kalau kita bukan scammer, insyAllah boleh dapat. Shopee akan bagi amaran untuk jangan breach mana-mana policy lepas ni.

      Delete
  8. Nasib baikkk dapat balik acc nyaaa. Ini kalau duit dalam shopeepay banyak, tiba tiba kena banned, memang menangis jugak mengenangkan duit tuu hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann. Kalau terpaksa tunggu lama takpe. Ni kalau tak dapat langsung, memang sakit lah.

      Delete
  9. Thanks for sharing. Baru tahu shopee strict begini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama. Mungkin untuk keselamatan kot. 😌

      Delete
  10. Saya pun dah kena banned.. Mula tu banned akaun code F02, sudah reactivate balik acvount, shopeepay pulak kena banned.. X de sebab lain, ada hacker cuba nk masuk acc kita then try guna shopee pay..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bahaya tu. Sebab macam ni lah Shopee terpaksa banned sementara untuk elakkan hacker kacau akaun kita.

      Delete
  11. Alamak..masa saya isi account reactivation request tu,saya hantar gambar ic saya sekali dengan nombor ic..takpe ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maksud saya,saya terbagi sekali dengan nombor ic..takpe ke awak?risau pulak saya takut ic saya diapa apakan

      Delete
    2. Selalunya apa-apa maklumat peribadi kita, diorang ada peraturan yang kena ikut. Contohnya tak boleh salah guna apa-apa maklumat peribadi yang pengguna bagi.

      Delete
    3. Kamu da dapat akaun shopee balik?

      Delete
    4. samalah terbagi pula ic nombor ic tak sensor����

      Delete
  12. saya ni seller on9, jual brg guna shopee , slh sbb saya beli produk yg saya jual dari kwn saya utk hadiah kt kwn yg lain sbb stok x da, dh bg n jwb segala yg dia nk, tunggu tindakbalas shopee 5 hari dh, duit kita tak terjejas kot dlm akaun shopee..sbb payment jualan saya still masuk, cuma x blh urusan jual beli ja, customer tak blh buka link kita,mmg kacau la bisnes kita, nnt customer ingt kita scammer..moga shopee cpt aktifkan akaun, dh dkt seminggu x da sale ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena selalu update dengan Shopee. Kalau lambat terima feedback, cuba live chat atau reply lagi emel supaya dapat tahu status terkini.

      Delete
  13. mcm mna pulak klau acc shopee kita kan dah kena banned nthen barang2 yg kita order tu ? akan sampai jugak ke dgn kita ? sedih ni kena banned tp barang blum smpai kat tangan 😭😭😭

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang ni saya tak pasti macam mana. Kalau kena banned, memang kena contact Shopee untuk setel masalah banned ni dulu. Boleh cuba buat akaun baru (akaun sementara). Dan chat dengan seller kedai pasal barang yang di order tu. Sebab kalau seller dah pos barang tu, sepatutnya takde masalah pun untuk dapat.

      Delete
    2. Mcm kes sy la... Dh beli brg dan dah bayar tetiba kena block..

      Delete
    3. Mcm kes saya juga 😒 so kamu dapat juga barang order kamu?

      Delete
  14. akaun sy pun suspended kali ke dua...dah buat rayuan dia tolak rayuan πŸ₯Ί kene buat mcm mana lgi 😭 adoii dh shopee sy meniaga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau memang salah kita, payah sikit nak setel.

      Macam kes saya pun, sebab saya tak tahu tak boleh guna emulator. Mungkin sistem Shopee dapat detect yang tu pertama kali saya guna emulator. Jadi, dimaafkan bersyarat.

      Delete
  15. Geng acc shopee sy kne ban..tpi baru je terima item yg di order..so xboleh log in untuk tekan order receive..so agak ii ape yg terjadi?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak silap bila dah jadi macam tu, tak perlu tekan 'Order Received' pun. Nanti bila sampai masa, sistem akan auto klik 'Order Received' tu.

      Cuma seller lah kena tunggu lama walaupun barang dah selamat diterima buyer. πŸ˜…

      Delete
  16. Hai nak tanya saya ada order barang dari shoppee tapi account saya kena sekat, kalau macam tu barang yang saya order tu akan hilang ke? Tapi saya belum bayar lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau belum bayar mungkin order tu akan jadi cancelled. Lagipun ada limit untuk buyer buat pembayaran (dalam masa 6 jam lepas order).

      Delete
  17. Aku ada beli barang dan dah bayar. Bagaimana naseb barang2 aku tu? Akan dihantar atau tidak? Pastu dalam Shopee Pay aku ada dalam 1.8k lagi.. macam mana nak dapat balik duit tu? Mmg lepas nie aku x guna dah Shopee. Scammer berlambak diorg tak block. Kita yang betul2 beli nie diorg block. Ngek tul

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau kita takde langgar apa-apa terma dan syarat Shopee, insyAllah dapat balik akaun tu.

      Pasal barang tu pulak, tak pasti belah Seller akan nampak apa bila akaun kita kena block. Sama ada seller boleh proceed macam biasa atau terkesan jugak, saya tak pasti.

      Saya pun tak berapa suka dengan sistem sekuriti Shopee sekarang. Kadang nak guna voucher pun, muncul error. Padahal tak pernah claim pun sebelum ni.

      Delete
    2. Alhamdulillah selesai masalah. Cuma leceh jugak la macam2 dokumen kena bagi. Reason diorang banned pun tak masuk akal. Tapi yela, terima jela. Sebab kita kan pengguna je kat Malaysia nie. Hehehe

      Delete
    3. Alhamdulillah. Lepas ni kena lebih hati-hati. Saya kalau jadi macam ni memang fobia dah nak masuk banyak-banyak duit dalam ShopeePay. 😌

      Delete
  18. Kalau kita beli barang dari kedai yg dh kena banned...brg kita still dpt ker? Barang dah shipped

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau seller dah hantar barang ke kurier, sepatutya takde masalah. Kurier akan proceed hantar barang macam biasa.

      Boleh follow up guna tracking number.

      Delete
  19. Replies
    1. Kalau barang tu seller dah pos sebelum kena banned, sepatutnya akan dapat macam biasa.

      Delete
  20. Sblm kene banned tgk status belum pos lagi.ntah dpt ke tak, byk pupak harganya tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau nak contact Shopee memang makan masa. Mungkin boleh buat 2nd account dan tanya seller pasal barang tu.

      Delete
  21. sesiapa yg tahu , jika shopee kita kna banned , adakah brg yg kita bli tu akan smpai ke takπŸ₯Ί sy bru je bli semalam pstu tgk ii shopee dh kena banned, takthu knpe , help me 😭

    ReplyDelete
  22. Untuk renungan semua.. Saya kena lagi teruk.. shopee kena banned, duit dalam seller wallet ada dalam 1.8k.. alasannya saya ada multiple account sedangkan isteri punya, dah isi form semua, pkl 2pagi tengah tidur shopee email bg tau akaun saya dah ok, bangun pagi tak check, tiba perasan email masuk mengatakan shopee saya di bannned sekali lagi.. sedih la tak sempat nak log in pun withdraw duit sales..
    Alasannya saya ada guna multiple account guna voucer yg sama dalam 1 rumah, "only can used once voucer in house hold", habis keluar list user id isteri dan anak² punya yg dah lapuk.. kini shopee tolak permintaan utk unbanned kali ke 2.. saya cuma tunggu kata putus dari shopee ya atau tidak, kalau tidak saya nak laporkan pada pihak berkuasa utk tuntut duit hasil jualan saya.. kalau ya saya nak withdraw semua duit dan tutup kedai dalam shopee kerana secara peribadinya saya tiada fake account shopee.. itu saja 1 id yg saya ada.. saya akan lawan habis-habisan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aduh. Memang sakit macam ni. Sebab salah satu rules Shopee, tak boleh guna lebih dari satu akaun dalam satu device. Walaupun kita hanya ada 1 akaun, tapi sistem Shopee dapat detect penggunaan multiple accounts dalam device kita.

      Mungkin boleh fight kalau akaun Shopee yang lain tu dah lama tak aktif atau lama tak digunakan.

      Delete
  23. samalah macam saya baru je buat pembayaran akaun shoppe kena banned pula.entah mcm mnlah status barang tu.no tracking apa semua tak sempat ambil lagi.da harga barang di bayar rm250. telefon shoppe malam2 tanya kenapa akaun kena banned. shoppe hantar email macam2 pula diminta no akaun bank stament bank semua.padahal bayar pakai seven eleven.apa pasal pula shoppe minta akaun bank dan stament pula ye??saya buyer bukannya seller.stament apa pula kena bagi???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada kemungkinan lepas kena banned, pembelian tu auto cancel. Mungkin lah. Dan bila dah cancelled, mungkin Shopee akan refund duit tu ke akaun bank buyer.

      Delete
    2. Jangan risau. Barang yang dah dibeli dan dibayar akan sampai. Cuma seksa la sbb kita tak boleh nak trace. Nie pengalaman aku la lepas kena banned.

      Delete
    3. Terima kasih sudi kongsi pengalaman. Semoga berguna untuk mereka yang ada masalah macam ni. πŸ‘

      Delete
  24. shopping online ni nampak je mudah/seronok tekan je hujung jari tapi masih ada terms & regulations sebagai seorang pembeli/penjual di alam maya. kenapa ehh mungkin tak sama kalau kita membeli di luar secara fizikal? terms & regulations nya tak sama agaknya, mungkin lah sebab kita guna teknologi internet untuk seorang pembeli/penjual di 2 dunia berbeza, terms & regulations pulak macam mana tapi barang yg nk dibeli/dijual tu sama yg dijual di luar πŸ€”

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebenarnya, lebih kurang je fizikal vs online. Kalau fizikal, akan ada kad ahli. Setiap ahli boleh guna voucher tertentu. Tak boleh melebihi apa-apa promo yang diberi.

      Cuma bila online ni, user boleh buat banyak akaun. Nak pastikan user tak salah guna voucher, terms & regulations terpaksa dipinda.

      Delete
  25. klau akaun kena band kod f02 boleh dapat semula x

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena isi borang account reactivation request. Boleh tengok link kat point nombor 2 tu. Kalau takde masalah, insyaAllah akan dapat semula akaun tu.

      Delete
  26. Saya baru ja isi email rayuan..agak² berapa lama nak dapat balik account tu?

    ReplyDelete
  27. Bagaimana klau baru saya bayar payment tdi pagi kena block mlm adakah barang sya akan sampai

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ikut pengalaman user kat sini, barang tu sampai macam biasa sebab dah selesai bayar.

      Delete
  28. Kalau akaun kita kena limited tu kan dan tak boleh login..tp kita ada order barang and dah bayar..xpe kee kalau tinggal macam tu jerr akaun kita

    ReplyDelete
  29. kalau kita da order brang then brang tu msi dlam pengemasan seller pstu ttiba account kena banned barang yg di order akan smpai ke ? sbb sya da byr

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kes macam ni, memang kena contact Shoppe supaya diorang unban akaun tu. Kalau tak, agak payah nak setel masalah ni.

      Delete
  30. sama barang yg memang da du postout barang tu akan smpi ke jg klw account kita di banned ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ikut pengalaman user, barang tu tetap sampai.

      Delete
  31. saya pun baru kena limited access 05/11 rupanya.. tapi x tahu.. 09/11 isi shopeepay mau place order baru tahu ada x kena.. cek2 ada dlm noti rupa ya.. silap saya selalu x buka notifikasi.. tapi pelik, akaun tu boleh guna mcm biasa, boleh topup shopeepay, tpi bila mau guna x dpt.. harap dapat la guna balik akaun tu, sayang duit dalam shopeepay tu😭 ada live chat dgn agent, dia blg kena ban, sdh isi form, tgh tggu respond lgi la dan isi form yg aku janji pula tu.. panik juga ptama kali kena bgini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau kena banned, memang kena contact Shopee. InsyaAllah boleh dapat balik akaun tu.

      Delete
  32. account saya baru kene banned tadi , tatau sebab apa . lepastu barang yang saya beli tu guna cara cod , macam brg dah smpai baru bayar . rasa nya barang tu sampai ke tak ye hm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang ni kena tengok lah macam mana. Cuba agak jangka masa kurier yang selalu hantar. Kalau barang tu sampai, maksudnya urusan pembelian tu takde masalah. Tapi better contact Shopee untuk unban akaun tu.

      Delete
  33. hii account saya kena suspended but i underage so leceh nak kena uruskan pasal shopee ni but i baru beli barang but COD payment and baru malam tadi tup tup pagi acc kena banned so barang seller tak ship lagi but agak agak barang saya tu boleh dapat ke tak eh 😭 if you know please hmu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kes COD ni, memang kena contact Shopee jugak untuk tahu status.

      Melainkan kalau seller dah approved COD tu, barang tu mungkin tetap akan dapat. Sebab kalau kita order guna COD, akan naik notification 'COD Request Confirmed' bila seller dah approved dan proceed untuk pos barang tu.

      Delete
  34. Barang2 Shopee sale 11.11 dah dibeli dan dibayar esoknya bukak akaun dah di banned...first time guna shopee..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dah dibayar, insyaAllah barang sampai macam biasa. Tapi untuk selamat, kena terus contact Shopee.

      Delete
  35. Perkongsian yang membuka mata Mrs. A tak mau dah kot top-up shopee pay berlebih-lebihan. naya pak karim kalau kena banned pastu tak dapat balik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama lah. Tak berani nak top up banyak-banyak. Kalau top up pun, akan terus guna.

      Delete
  36. berapa lama nak dapatkan account shopee tuk lepas submit ? lama tak ? sebab saya pun kena banned dan saya dah bayar rm200 barang tu , duit tu saya tak tau pegi mana sebab bila contact seller tu cakap dah cancel barang tu hm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kes saya ni hampir 3 minggu jugak baru dapat balik akaun. Tapi tak tahu lah sekarang macam mana kelajuan team diorang buat kerja.

      Delete
  37. Shopee skg makin strict. Kena hati² nak ubah atau buat apa². Semua ni untuk kebaikan pengguna juga sebab Shopee semakin banyak fake acc/scammer. Msg chat saya hari² masuk scammer. Cepat² buat report kalau dpt mcmtu (nasihat team shopee)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu saya pun banyak terima komen spam. Sekarang macam dah takde pulak.

      Semoga siapa yang kena banned tanpa sebab munasabah, dapat semula akaun tu.

      Delete
  38. Nk kongsi skit psal acc kena banned ni .. untk yg merasa panik sbb ada order yg tngah ongoing tp acc kena banned .. jngn risau .. order tetap jalan .. yg pnting korg dh bt payment .. klau korg place order tp x bt payment .. order tu akn automatically cancelled .. 1 je masalah .. korg x leh check tracking number unless dh bt backup dlam notebook .. pastu duit kat shopee pay tu .. aku suggest hnya topup bila dh nk bt payment .. x yah nk simpan² duit kat shopee pay wallet .. shopee pay hnya sekadar wallet .. bkn tmpt untk investment .. duit x bertambah biarpun simpan 10k kat dlam tu .. nnti acc dh kena ban baru nk mngadu kat smua org psal duit yg ada kat shopee pay tu .. org pun x leh tlong unless dia staff shopee .. tu pun x psti klau dia bleh tlong .. jd .. sebelum bt sesuatu .. fkir dlu ..
    X guna mnyesal kemudian

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atas perkongsian. Harap info ni dapat tolong mana-mana user yang ada masalah macam ni. πŸ‘

      Delete
    2. Nak tanya macam mana kalau dah buat payment lepastu sebelum kena banned tu dia ada bagi notification yg mengesahkan barang tu dicancel, saya bayar guna shopeepay

      Delete
    3. Kalau order tu di cancel, sepatutnya duit akan refund semula ke dalam ShopeePay.

      Tapi bila ShopeePay pulak dah kena banned, kena contact Shopee untuk diorang aktifkan akaun tu.

      Delete
  39. Izinkan saya hendak bertanya , saya beli barang guna shopeepay dlm shopeepay ada lah 260 dah pakai beli 2 barang jadi jadi ada sikit lagi lah duit dalam shopeepay tu , persoalannya barang dibeli pukul 1/2 petang macam tu dpt notification daripada shopee acc kena band pukul 7 lebih adakah duit tu terus masuk balik acc atau macam mana ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setiap kali barang di cancel, duit akan di refund masuk ShopeePay (kalau ada ShopeePay) terus. Tak makan masa lama pun. Selalunya tak sampai 15 minit.

      Kena contact Shopee untuk diorang aktifkan akaun tu.

      Delete
  40. klu shopee pay saya kena deactive sebab masukkan pin salah banyak kali, mcm mana step dia ye?sebab banyak yg terlupa misal kata nombor telefon yg didaftarkan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang ni tak pasti. Tapi bukan ke ShopeePay disekat hanya 30 minit bila masukkan pin yang salah berulang kali? Boleh cuba solusi kat bawah:

      1. Kalau hanya ShopeePay problem tapi akaun Shopee masih boleh log in, kena contact Shopee kat live chat. Inform diorang pasal ShopeePay disekat.
      2. Kalau akaun Shopee tak boleh log in langsung, kena contact Shopee guna borang Shopee Customer Service Team yang saya bagi link dalam entri atas.

      Delete
  41. Dalam ni sapa seller pernah kena banned dan xsempat withdrawl duit..adakah duit akan masuk ke akaun kita..sebab dh sebulan xdpt lagi..sorry tumpang tanya kat sini

    ReplyDelete
  42. Kalau beli barang guna cod barang sampai tak ? Sbb lepas tu acc login fail , seller dah confirm kan dah cod tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau COD dah confirmed sepatutnya barang akan sampai. Mohon share kat sini bila barang tu sampai atau tak nanti.

      Delete
  43. Sy pun akaun kena banned.. Tak tahu kenapa.. Siang tadi byk gila buat payment.. Makan nk buka shopee alih2 dah kena banned.. Kalau dah bayar tapi seller belum pos, adakah barang tu kita akan dapat juga... Ataupun auto cancel ya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau berdasarkan pengalaman buyer yang komen kat entri ni, barang yang kita dah bayar tu tetap akan dapat. Auto cancel bila barang belum bayar.

      Tapi saya tak boleh nak confirm sebab saya tak alami situasi ni sendiri.

      Delete
  44. Dah chat seller tadi guna akaun kakak... katanya auto cancel.. dia xde waybill utk post out tu.. huhuhu... kena tggu shopee reply email lah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak. Memang kena contact Shopee jugak tu. Nanti tak pepasal burn duit.

      Delete
    2. Kalau akaun kita kena banned xsampai ke barang yg kita order ? Sbb barang tu dh bayar cuma seller belum ship out

      Delete
    3. Saya tak pasti sekarang macam mana. Ada user yang kata barang still dapat sebab dah bayar. Ada yang kata sistem akan auto cancel sebab akaun kena banned.

      Delete
  45. mcm mna nak tau tracking number bang klo dh kena block .. :((

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena contact Shopee. Atau kalau ada akaun famili/kawan, boleh cuba contact seller melalui akaun tu untuk dapatkan nombor tracking.

      Delete
  46. Saya baru je kene banned, tapi ada beli barang pre order. Dh bayar semua tu. Rasa² dapat tak😭 tengah gelabah ni. Tak buat apa² pun kt shopee tu.... Kat shopeepay ada banyak duit. Macam mana ye😭😭

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena contact Shopee jugak kalau kes macam ni. Sayang duit dalam ShopeePay tu. Nanti burn macam tu je.

      Delete
  47. kalau dh bayar tapi blom ship out. barang tu agknya akan sampai tak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tak pasti sekarang macam mana. Ada user yang kata barang still dapat sebab dah bayar. Ada yang kata sistem akan auto cancel sebab akaun kena banned.

      Delete
  48. hello acc saya pun kena banned tktau sbb apa tpi kat shopeepay masih ada 18 ringgit lebih 😭 tkpa lah klau duit tu duit saya, tpi duit mak dan kakak sepupu 😭 and barang harap² sampai lah. dah lah jam 1 pagi kena banned, tk dpt tidur

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena contact Shopee untuk aktifkan akaun.

      Pasal barang tu, untuk kepastian dengan pantas, boleh bukak kat phone lain guna akaun famili kalau ada. Chat dengan seller pasal barang tu.

      Delete
  49. Account sy kena sekat 11/12 aritu...mmg kita x boleh beli dekat kawan,lebih2 lagi usik voucher kedai tu...chat semua shopee mmg pantau...sudah buat rayuan,dia ckp tunggu 3hingga 5 hari...sedih sebab tidak boleh buat bisnes 12.12...hope dapat balik akaun dan boleh niaga mcm biasa...duit pon ada dlm tu belom whithrow...tapi alhamdulillah shipping untuk customer still jalan mcm biasa ..hope ini dijadikan pengalaman x boleh dilupakan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak faham. Kenapa tak boleh beli dengan kawan?

      Delete
  50. Kawan sy ada jual perfume sama dengan sy...selain itu kawan ada junk food..sy pula ada jual tudung dan baju..kawan pula suka beli tudung dan bj kat shop sy..kemudian shopee detect yg dia kawan sy...mlm 11/12 tu sy ada beli barang kat kawan,auto shopee cancel belian sy dan msuk dlm wallet balik...sy ada guna voucher kat shop kawan tu mlm tu...dia syak aktiviti abnormal dikesan...tak boleh beli sesama rakan,family mcm tulah...tp sy xde tipu apa,support bisnes sesama rakan...sy pon beli benda lain kat shop kawan...dah call dia ckp 3 hari hingga 5 hari baru jawapan mcm ne ..hope akaun sy boleh aktif...sbb apa2 urusan pon xleh buat ..termasuk beli shopee food...tapi barang customer still shipping mcm biasa..mcm linktree sy tutup sementara...sbb sy kalau org luar masuk link,nmpk buruk sikit la alaun kita...dia tulis kedai ini dipadam/disekat/dibekukan oleh shopee...sy xnak orang ingat sy scammer...lepas ni ada peluang sy hati2 dah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Faham. Leceh bila jadi macam ni. Semua tak boleh kan?

      Tapi bukan ke kalau kita jadi seller, kita tak boleh jadi buyer (buka app) dalam satu phone yang sama? Pernah jugak tengok video pasal masalah akaun seller/buyer dalam YouTube.

      Delete
  51. Pasal seller,kemudian jadi buyer buka apss dlm phone sama sy x tahu.Sy cuma tahu kalo dalam phone ada 2 apss shopee juga menjadi 1 kesalahan..Banyak lagi rules shopee sy kena ambil tahu lepas ni..cuma nasib sekarang,x pasti account shopee sy mcm mana...mengenang nasib x sudah,sebab kurangnya pengetahuan.Bila jumpa link ni,byk share boleh dapat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada dua app Shopee katanya boleh dengan syarat hanya boleh guna voucher dari salah satu akaun tu. Contohnya akaun ada dua (akaun A dan akaun B). Jadi, hanya boleh guna dari salah satu akaun je.

      Sebab kes banned atau blocked ni mostly daripada voucher. Diorang tak nak bagi user abuse voucher tu.

      Harap Shopee tak banned terus sebab ni baru kesalahan pertama. Saya dulu pun diorang bagi warning jangan buat lagi.

      Delete
  52. Saya pon Tiber kena banned..tapi log in with fb blh masok Lps bkn nama akaun lama.. mcm kena register Baru plk..tak paham plk..kalau buat akaun Baru akaun lama tu blh dpt balik ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau akaun lama memang kena contact Shopee untuk aktifkan balik.

      Delete
  53. okay so akaun saya dah dapat balik alhamdulillah, tapi masalahnya skrng ni shopeepay plk kena sekat, padahal saya tkda guna lagi, dikatanya salah pin, saya tkda order apa apa lagipun adeh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dah dapat log in Shopee, takde masalah dah tu. Pasal ShopeePay tu, boleh live chat terus dengan Shopee. Mungkin sistem problem lepas akaun tu diaktifkan balik.

      Delete
  54. Pelik la...saya pun kene banned tapi saye bukan masalah macamni...idk la why...I dah isi borg customer service shopee tu...Dia pun dah jawab...tpi kene tunggu dulu...boleh log ini ke masa2 gini ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maksudnya? Shopee tak bagi log in dulu ke? Setahu saya, nak log in boleh tapi kalau tak dapat, diorang belum aktifkan lagi lah tu.

      Delete
  55. Salam admin..Akaun saya dan suami kene banned tanpa sebab..macam mana dengan segala transaksi jual beli yang saya dan suami dah buat..Baru je semalam, masing2 membuat pembayaran dalam akaun shopee masing2.Dan masih ada duit dalam ShopeePay..Harap dapat bantu saya.Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena contact Shopee ikut steps yang saya buat kat atas.

      Delete
  56. .Risau pulak saya esok ada sale 25/12 sebab payday sale.Nak beli barang guna akaun tu sebab ada baki rm20+.Kejadian berlaku pukul 8.51pm 23/12.Isi form 1 pada 23/12.Isi form 2 pada 24/11.Saya isi form reactivation 2 kali sebab khuawatir shopee tidak terima form tu pada waktu malam

    Soalan 1)Agak2nya bila shopee akan email kita buyer selepas isi reactivation form ?
    Soalan 2)Adakah kita kena email Surat Aku janji itu atau shopee akan bagi link untuk isi surat aku janji?
    Soalan 4)Berapa hari shopee akan ambil untuk unfreeze akaun yang kena restricted?
    Soalan 5)Boleh tak cik/encik bagi contoh ayat lengkap untuk surat aku janji bagi buyer yang tidak gunakan emulator?
    Soalan 6)saya new user dan shopee akan bagi eduit selepas activate shopeepay .Adakah saya akan terima eduit itu semasa akaun masih di ban(restricted)?

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1. Ikut pengalaman saya, bila dah isi borang Reactivation tu, Shopee balas dalam masa 24 jam.

      2. Pasal surat tu, nanti diorang akan reply dalam emel je. Takde link.

      4. Untuk aktifkan balik akaun tu, saya tak pasti sekarang berapa lama masa. Saya hari tu lama jugak. 21 Disember 2020 request, 6 Januari 2021 baru dapat balik akaun. Hampir 3 minggu.

      5. Ayat tu bukan macam karangan formal panjang-panjang. Just ayat biasa yang mengatakan kita takkan ulang lagi kesalahan sama. Contoh: Saya mohon maaf atas kesilapan saya. Saya berjanji selepas ini, saya tidak akan ulangi kesilapan sama bagi mengelakkan akaun saya kena banned.

      6. Kalau takde ShopeePay, diorang akan transfer ke dalam akaun bank. Boleh tambah akaun bank dalam Shopee. Account Settings > Bank Accounts/Card > Add Bank Account.

      Delete
    2. terima kasih admin kerana sudi balas komen .

      Dalam email shopee ada tulis ni,
      "We will now proceed to un-ban your ShopeePay. It will be done within 1-2 working days."
      Kemudian saya dah buat surat aku janji.
      Adakah shopee akan hantar email yang akaun sudah unban atau selepas 1-2 hari tunggu kita boleh terus login akaun?

      Delete
    3. Betul. Kena tunggu diorang balas. Saya punya diorang balas macam ni: Please take note that your account has been reactivated and you may now reaccess your account.

      Delete
  57. Aku baru je kena x tahu pasal apa error f02.. untuk korang yg curious yg dah beli barang siap payment pastu akaun kena banned, order korang akan shopee auto cancel apabila barang tu seller belum ship out, tpi kalau seller dah ship out pastu baru kene banned, barang tu akan tetap sampai tpi akaun x boleh.. tetap kena contact shopee isi form yg dia bagi untuk dapatkan balik akaun tu.. tpi bang nak tnya berapa lama shopee nk balas kita punya request nk aktifkan balik akaun tu.. pastu duit yg dah bayar tu akan dapat balik tak.. sebab saya baru kene je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila dah contact Shopee, selalunya diorang balas dalam masa 24 jam (hari bekerja).

      Untuk aktifkan balik akaun tu, pengalaman saya, hampir 3 minggu baru dapat balik akaun.

      Pasal duit tu, saya tak pasti sebab tak pernah kena lagi. Tapi kalau ikut logik, lepas kena banned > order auto cancel > duit akan masuk semula dalam akaun (ShopeePay/bank).

      Delete
  58. Assalamualaikum admin terima kasih kerana sudi membantu kami yang ada masalah sama macam admin.Saya sudah berjaya dapat akaun shopee dan shopeepay sudah di unban tapi sampai sekarang saya masih tidak dapat rm60 voucher dan rm25 eDuit dari Shopee.Saya buat akaun pada 23/12.Akaun di ban pada hari sama beberapa minit selepas saya selesai bayar barang di akaum tersebut.
    Contact shopee,pihak mereka reply pada 30/12 dan akan ambil masa lebih kurang 1-2 minggu untuk kes saya.

    Soalan saya pada admin : Adakah saya tidak akan dapat New User eDuit selepas akaun kena ban?Walaupun saya sudah dapat semula akaun?

    Dalam shopee,dia kata user will not be eligible to earn referal reward if there is any fraudelent activity detected by shopee.

    Situasi 2:saya guna username kenalan saya untuk register tapi dia pun tidak dapat rm10.Soalan:Adakah dia tidak akan dapat eDuit rm10 walaupun saya gunakan username dia semasa register?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam. Sama-sama. Semoga dapat membantu sedikit sebanyak.

      RM60 voucher tu apa ya?

      Pasal new user ni saya pun masih confius jugak. Sebab terma dari Shopee banyak berubah. Tak sama macam dulu.

      Kalau satu pihak kena banned, kemungkinan besar satu pihak lagi tu takkan dapat eDuit. Tapi pasal ni, better terus live chat dengan Shopee untuk maklumat lebih jelas.

      Delete
  59. masalah saya sama mcm encik hairi...jadi betul ke dlm satu rumah hanya boleh guna satu account shopee? pelik betul? guna hp lain2..xda log in log out..mcm mana diorg detect multiple account tu ye? mmg ada ke t&c ni sblm ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin Shopee detect berdasarkan alamat rumah?

      Satu rumah satu akaun tu saya tak pasti. Setakat yang saya tahu, seorang boleh ada banyak akaun. Tapi syaratnya satu akaun satu device.

      Nak guna device yang sama untuk dua atau lebih akaun mungkin boleh, tapi akan ada masalah bila nak check out sekali dengan voucher.

      Delete