Dapat kad Khairulaming versi Sambal Nyet Bilis.


Hari tu kan KA ni launch produk baru yakni Sambal Nyet Bilis kat TikTok dan Shopee. Waktu tu meriah lah kedua-dua platform tu. Aku tak sempat beli walaupun berkali-kali duk tekan check out.

Tak pasti kenapa waktu tu. Padahal dah laju aku tekan check out. Mungkin app Shopee kat phone aku bengong kejap kot. 😂

Kecewa lah sikit. Sebab aku nak beli kes nak kumpul kad percuma tu je. Sambal tu aku tak beriya pun nak makan. Sebab nanti mesti KA tambah stok macam produk-produk lain sebelum ni.

Aku nak beli produk lain seketul. Tapi risau takde kad baru. Sebab kad baru ni wujud sempena launch sambal baru ni.

Masa godek kedai KA kat TiktTok minggu lepas, aku tengok ada diskaun Sambal Nyet Berapi. Harga asal RM13.99. Lepas tolak diskaun, dapat harga RM10.07 seketul. Aku pun laju lah check out.

Harapnya dapat lah kad versi baru tu.

Alhamdulillah. Masa bukak parcel, terkeluar seketul kad KA yang baru. Gumbira betul. Maknanya sekarang kad ni boleh dapat bila beli mana-mana produk KA. Tak semestinya Sambal Nyet Bilis je.


Sambal yang aku dapat ni, aku pun cuba try test. Bukan apa, aku pernah baca review. Katanya setiap production, rasa akan berubah-ubah.


Betul. Sambal kali ni lain sikit rasanya. Rasa tawar sikit dari sebelum ni. Pedas tu dah ngam. Sampai bersin beberapa kali bila makan. 😄

Kalau ada rezeki nanti, nak cuba try test Sambal Nyet Bilis pulak.

Total damage: RM10.07

Post a Comment

1 Comments

  1. Rajin betul mengumpul kad tu. Dapat juga akhirnya kan. Asal beli produk apa-apa je pun boleh dapat lah kan, bukan produk terbaru je. Untung ada diskaun tu. Semoga ada rezeki dapat cuba sambal nyet bilis pulak nanti.

    ReplyDelete