Sebelum balik rumah, aku singgah KFC kejap. Nak order set Chicky Meal. Ada sticker baru sempena Merdeka tahun ni.
![]() |
| Promo Alpha Fries kembali. |
Ramai betul orang malam ni. Sebelum order, aku tanya staff dulu. Ada ke tak sticker baru. Dia kata takde. Yang lama je ada. Aku pelik bin ajaib sebab kalau ikutkan, KFC dah mula bagi sticker tu.
Sebab suspicious, aku mintak staff tu tunjuk sticker lama tu. Alahai. Rupanya sticker lama tu sticker baru. Mungkin staff tu tak perasan ada bendera Malaysia kat situ.
Tak boleh nak salahkan dia. Sebab sticker KFC sebelum ni lebih kurang sama je dengan sticker baru ni. Mungkin jugak sebab tu dia tak perasan.
Aku beli 2 set terus kes nak collect 2 ketul sticker. Lama jugak tunggu. Ramai orang. Ada yang order kat kiosk, app KFC, GrabFood, Foodpanda dan ShopeeFood.
Tak kisah pun lama tunggu. Asalkan aku dapat apa yang aku order. 😂





0 Comments