What's up?

  • run

    HOME

Kempen kibarkan bendera putih. Ayuh bantu mereka!


Riuh kat medsos pasal kempen bendera putih ni. Aku tertanya-tanya dari mana asalnya kempen ni? Bila debut? Siapa yang buat?


Setakat kajian aku, kempen ni dicetuskan oleh rakyat kita sendiri, bukan ahli politik. Harapnya jangan lah ada pihak yang nak mempolitikkan isu ni.

Tujuan kempen ni nak bantu mereka yang terputus bekalan makanan waktu PKP.

Ada yang hilang punca pendapatan, ada yang kena buang kerja, ada yang jualan tak menguntungkan sampai kena gulung tikar. Paling sadis, ada yang sampai ambil keputusan cabut nyawa sendiri sebab tertekan.

Kerja? Sekarang memang payah nak dapat kerja. Boleh katakan kita kembali semula pada tahun 1997, waktu krisis ekonomi melanda. Gomen pun banyak hold pengambilan baru. Kerja ada, tapi tak semua yang mampu. Tetap ada kekangan. Contohnya kes rider makanan dulu tu. Terpaksa guna basikal sebab kuota motosikal dah penuh.

Kempen ni memang aku rasa sangat diperlukan. Bukannya untuk menunjukkan kelemahan sistem pemerintahan negara kita, tapi untuk kenal pasti dan bagi bantuan secepat mungkin kepada mereka yang sangat memerlukan. Kerajaan ada banyak bagi bantuan. Sekarang ni pun program baru iaitu PEMULIH dah start. Bantuan tambahan dah mula dapat semalam. Harap takde lah yang tercicir bantuan ni. Risau pulak.







Bila jadi macam ni, aku 200% nak sangat bukan YB je yang turun padang, tapi JKKK atau penggawa yang berkaitan dapat contact secara terus penduduk kawasan diorang. Tanya jiran-jiran, siapa yang memang perlukan bantuan secepat mungkin.

Rindu pulak Ebit Lew. Harapnya segala urusan dia kat Palestin selesai cepat. Kehadiran dia kat negara kita semula sangat diperlukan. Masa dia ada dulu, cepat je bantuan dari NGO berbentuk fizikal dihulurkan.

Sektor pekerjaan banyak tutup. Gaji tak dapat. Kerja baru tak banyak. Nak tak nak, terpaksa harapkan bantuan kerajaan. Selagi kita mampu tolong, kita tolong. Kadang-kadang kita rasa kita dah cukup susah, tapi rupanya ada lagi kat luar sana yang betul-betul susah. Yang hidup kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Semoga segala usaha yang kita buat, dapat ringankan beban mereka untuk terus survive dalam era pandemik ni.

Widget Top Commentator di page khas.


Aku memang dah lama nak letak widget ni kat sidebar blog. Tapi widget ni memang bagi masalah kat blog aku. Loading memanjang. Sampai mengganggu fokus nak buat entri baru, preview dsb.

Atas inisiatif, aku pun create satu static page khas untuk widget ni. Serious aku cakap, sampai sekarang aku tak jumpa lagi widget top commentator yang betul-betul stabil. Semua widget yang aku cari kat merata tempat, tetap pesen sama. Asyik loading dan memang memberatkan blog.

Bila aku bukak guna Firefox, loading tu takde lah lama. Bila guna Edge dan Opera, lama yang amat. Jenuh menunggu. Padahal line internet aku laju macam biasa.

Mungkin salah satu sebab, template blog aku ni tak ngam dengan widget tu. Atau widget tu sendiri tak ngam dengan template blog ni. Setahu aku, widget ni dah lama ada. Mungkin developer widget ni tak update certain code dalam widget tu?


Lepas ni, kalau nak tengok top 10 pengomen terbanyak, boleh tengok kat page yang aku masukkan dalam menu bar kat atas header tu. Harap lepas ni, ramai lah sudi komen atau bagi pendapat. Dan mana tahu kot lepas ni aku tergerak hari nak buat giveaway untuk pengomen terbanyak pulak.

Masih keliru nak pilih pelan Jaringan Prihatin mana satu?


Dipendekkan cerita, ada dua jenis kategori rebat bagi Program Jaringan Prihatin untuk golongan M40 dan B40:

Untuk isi rumah
  • Rebat RM300 pembelian telefon, atau
  • Rebat RM180 pelan internet

Untuk individu
  • Rebat RM180 pembelian telefon, atau
  • Rebat RM180 pelan internet

Pendaftaran dah start 5 Mei 2021 hari tu dan tarikh last adalah 31 Julai 2021. Tapi sampai sekarang aku keliru nak pilih telco mana satu.

Aku ada 3 nombor. Satu Hotlink, satu Celcom dan satu lagi YES. Tapi YES aku jarang sangat pakai. Tunggu masa nak expired. Aku memang pakai prepaid je bila nak langgan internet. Bil memang aku tak pakai. Kes aku pernah ada pengalaman buruk pakai bil. Lepas kejadian tu, sampai sekarang aku pakai prepaid je. Aku dah check, memang aku layak untuk dapat mana-mana subsidi dari telco-telco ni.



Celcom:
  • RM20 (30 hari) untuk internet dan call unlimited
  • Free 3GB hotspot

Hotlink:
  • RM20 (30 hari) untuk internet dan call unlimited
  • RM5 untuk unlimited hotspot

Kalau bandingkan, kedua-dua telco berbaloi. Tapi line internet Celcom pulak yang tak bagusnya kat sini. Line Hotlink kat sini laju. So, sekarang aku dalam dilema nak pilih mana satu. Rugi kalau tak claim rebat RM180 ni.

Dulu zaman Celcom ada promo burung hantu, aku memang setia dengan Celcom. Telco lain aku tak pandang dah. Tapi lepas promo tu dimansuhkan, terus aku rasa Celcom ni macam dah takde kelebihan istimewa berbanding telco lain.


Nak tak nak, aku rasa aku kena pilih pelan Hotlink jugak. Tak dapat free hotspot pun takpe asalkan line stabil. Geram jugak bila tengah layan cerita, tiba-tiba line sangkut.

Happy hypoxia. Pembunuh dalam senyap.


Definisi
Hypoxia: Keadaan di mana seseorang pesakit mempunyai kandungan oksigen dalam darah yang rendah.
Happy hypoxia: Keadaan di mana seseorang pesakit mempunyai kandungan oksigen dalam darah yang rendah namun mereka tidak merasa kesakitan atau kesulitan untuk bernafas atau sebarang simptom.


Happy hypoxia (atau hypoxemia) ni termasuk dalam senarai simptom COVID-19. Mereka yang dijangkiti COVID-19 ni mempunyai kandungan oksigen dalam darah yang rendah, tapi mampu buat aktiviti harian macam biasa. Seolah-olah takde apa-apa yang berlaku.

Kandungan oksigen bagi individu normal yang sihat adalah 95% manakala untuk mereka yang dijangkiti COVID-19, kandungan oksigen boleh berkurang hingga 40%. Sepatutnya, bila seseorang tu kena hypoxia, dia akan rasa macam simptom seperti pening kepala, batuk, jantung berdegup kencang dsb. Tapi happy hypoxia ni tak.

Kenal pasti simpton happy hypoxia

Happy hypoxia ni memang agak payah nak detect. Sebab? Doktor akan tahu bila pesakit yang kena happy hypoxia ni datang hospital. Dan bila periksa, baru tahu yang diorang dah kena happy hypoxia. Tapi time tu mungkin dah terlambat untuk sesetengah orang sebab kandungan oksigen dah menjunam sampai 20% - 30% dah.

Antara mild simptom happy hypoxia ni ialah:
  • Perubahan warna bibir daripada warna asal kepada tona biru.
  • Perubahan warna kulit daripada ton merah kepada tona ungu.
  • Berpeluh tanpa lakukan aktiviti fizikal yang berat.

Apa yang perlu buat?

Selain kita boleh detect sendiri berdasarkan simptom yang mungkin dialami, ada jugak tools lain yang boleh detect kadar oksigen ni.

1. Oximeter.



Oximeter ni alat ukur kadar oksigen dalam darah. Boleh beli kat farmasi atau dalam Shopee.

2. Smart watch.



Boleh pilih smart watch yang ada fungsi mengira denyutan jantung dan mengukur kadar oksigen dalam badan.

Jangan ambil mudah pasal happy hypoxia ni. Cegah sebelum terlambat.

Nak free shipping? Tebus voucher di Shopee setiap hari.


Sejak 2 minggu lepas lagi, Shopee dah start kempen free shipping RM0. Ramai yang memang menanti waktu ni termasuk aku. Free shipping ni sempena jualan pertengahan tahun (mid year sale) 7 Julai 2021 nanti. Tiap tahun memang akan ada kempen macam ni. Dari 1 Januari (1.1) sampai lah 12 Disember (12.12). Biasanya 3 minggu sebelum bermulanya tarikh keramat tu, diorang akan start kempen.


Paling best, Shopee akan bagi voucher free shipping RM0. Maksudnya kalau beli barang, tak payah bayar kos penghantaran walaupun harga barang tu 10 sen.


Semua barang ke boleh beli? Tak. Ada syaratnya:
  • Barang tu mesti ada label RM15 free shipping, atau
  • Barang tu mesti ada label RM40 free shipping

Waktu boleh guna voucher RM0 ni ada dua sesi iaitu:
  • Sesi malam (12AM - 2AM)
  • Sesi siang (12PM - 2PM)



Voucher baru akan diberi setiap hari dan boleh guna voucher tu pada waktu yang ditetapkan je. Tapi nak cakap, memang kena betul-betul pantas dan tangkas. Sebab kuantiti voucher ni memang sangat limited. Selalunya dalam masa 10 saat dah fully redeemed. Aku tak tahu lah berapa ribu voucher yang Shopee sediakan setiap sesi. Tapi untuk kempen kali ni, aku yakin lebih banyak dari kempen bulan puasa hari tu. Aku ingat lagi, masa tu tak sampai 5 saat dah fully redeemed.

Whole day RM0 free shipping voucher

Tapi paling best, setiap kali tarikh keramat tu (kali ni 7.7), Shopee akan bagi RM0 free shipping untuk keseluruhan hari. Ya, keseluruhan hari. Memang takde sesi siang atau malam. The whole day akan dapat RM0 free shipping, dengan syarat voucher RM15 dan RM40 tu ada lagi. Sebab voucher tu akan auto bertukar jadi RM0 free shipping.


Tapi tak semua barang lah yang boleh guna voucher RM0 tu. Macam aku cakap tadi, hanya barang yang ada label RM15 dan RM40 free shipping je yang boleh dapat RM0 free shipping. Ada banyak je kedai kat Shopee yang tak join program free shipping ni. Sebab tu takde label kat barang tu. Biasanya kedai-kedai baru memang belum join lagi program free shipping.

Untung kalau beli barang yang bawah RM15. Sebab boleh guna voucher ni dan bila check out, kos penghantaran tak perlu bayar dah.

Beza ke kos shipping sekarang vs dulu?

Kos shipping dulu (RM4.66).

Kos shipping dulu (RM5.04).

Kos shipping sekarang (RM4.60).

Memang berbeza. Mahal ke sekarang? Tak. Kos shipping makin murah (sikit). Dulu kalau perasan, kos shipping ada RM4.66 dan RM5.04 tapi sekarang, kos shipping jadi RM4.60 je. Yang ni terpakai untuk semua kurier yang berdaftar bawah Shopee. Tapi kos shipping tetap akan bertambah sekiranya berat sesuatu barang melebihi had yang ditetapkan untuk RM4.60 tu.

Menu simple lockdown. Sambal Ijo. Kecil-kecil cili padi.


Sambal Ijo ni aku beli kat Shopee hari tu. Ada dijual yang botol besar tapi aku beli yang paket ni sebab nak try dulu. Harga aku beli RM0.78 sepaket. Sebenarnya, aku bukan jenis yang suka sangat makan sambal. Kalau nak makan pedas, biasanya aku akan buat masak merah atau tabur serbuk cili atas makanan.

Menu aku masak simple je. Nasi putih dengan ayam goreng kunyit. Masa goreng ayam tu tak ingat pun yang aku ada beli sambal ni. Kes aku simpan dalam fridge lepas bukak parcel.


Last aku makan sambal masa makan ayam gepuk Pak Gembus. Sambal cili tu memang pedas. Ada 3 level yang kita boleh pilih: biasa, pedas dan extra pedas. Aku selalu order yang extra pedas. Bila makan, memang mencurah-curah peluh kat muka. Dulu makan kat kedai. Sekarang dah boleh order online.


Berbalik kepada sambal yang aku beli, sepaket sambal ni aku rasa boleh dua kali makan. Berbaloi lah dengan harga tu. Nak lebih, kena beli yang botol terus. Aku malas nak simpan semula bila dah bukak. Maka aku guna semua sambal ni.

Rasa? Bagi aku, memang pedas. Tapi bukan pedas melampau. Pedas yang mampu makan lagi tanpa berpeluh. Takde rasa yang terlalu masin masa makan tu. Kiranya takde masalah lah dari segi rasa sambal ni.

Tapi aku silap. Sambal ni ada belacan. Masa aku beli, aku tak perasan pun ada belacan. Aku tak tahu maksud terasi tu apa. Bila search, rupanya maksud terasi tu belacan. Terasi ni dalam Bahasa Indonesia. Adoi. Nak buang sayang, nak simpan macam tak berbaloi, nak makan nanti bersin tak berhenti.


Aku memang alergi dengan belacan dari kecik lagi. Mungkin sebab aku ada resdung. Tiap kali aku makan makanan yang ada belacan, kalau tak bersin, mesti akan tumbuh jewarat kat muka. Memandangkan aku banyak stay kat rumah minggu ni, aku tawakal je. Sambal ni kuat jugak bau belacan. Tapi rasa sedap. Mungkin sebab belacan? Atau memang sambal ni best?

Beli earphone bajet dari Shopee. Best ke sound tu?


Hari tu aku order earphone kat Shopee. Brand TOPK. TOPK ni biasanya jual aksesori phone macam powerbank, charger, cable dsb. Masa aku order tu, diorang tengah buat promo. Off RM5. Aku pun cari lah benda yang boleh aku beli kat kedai tu. TOPK ni kedai asalnya dari China. Tapi kedai kat Malaysia pun ada jugak. Kiranya diorang bukak cawangan kat sini.



Aku pun jumpa lah satu earphone yang lawa. TOPK model F37 warna dark grey. Harga asal RM12.99 dan tolak voucher dan coins, harga jadi RM7.77 untuk satu earphone tu. Bukan tu je, aku dapat free gift cable iPhone sebijik.

Spesifikasi:
  • Name: F37 3.5 mm wired in-ear stereo earphone
  • Color: Silver, blue, red
  • Microphone: Yes
  • Volume control: Yes
  • Bluetooth: No
  • Wear: In-ear
  • Material: Aluminum alloy + TPE + ABS
  • Length: 1.2 m
  • Sound resistance: 16 Ω + 15% 


Aku test kualiti sound earphone ni dengan dengar bunyi dari video kat YouTube. Lepas tu aku dengar pulak lagu dari playlist muzik aku kat laptop.


Aku pecahkan kualiti earphone ni kepada beberapa kategori:

Harga: ★★★★★
Kualiti: ★★★★★
Design: ★★★★☆
Keselesaan: ★★★★☆

Stereo: ★★★★☆
Bass: ★★☆☆☆
Treble: ★★★★☆
Neutral sound: ★★☆☆☆

Dari segi harga tu, memang kena dengan kualiti. Barang bajet kan. Tak boleh nak expect lebih. Design tu tak nampak macam murah. Aku tengok lebih kepada design premium. Body earphone ni pun macam ada gabungan besi atau aluminium. So, bila pakai, tak rasa macam earphone murah. Setakat aku guna letak kat telinga, memang selesa walaupun aku gerak-gerak kepala.


Dari segi kualiti bunyi, aku rasa biasa-biasa je. Takde apa yang hebat. Stereo? Bunyi stereo tu ada. Bass tu nak kata best tak jugak. Sebab bila aku dengar lagu yang ada bass tinggi, bunyi yang earphone ni keluarkan macam tak deep pun. Bass yang normal. Tapi still lagi dapat rasa hentaman bass kat gegendang telinga.

Paling tak best, bunyi treble tu terlalu menonjol sampai tenggelamkan bunyi bass. Memang boleh sakit telinga kalau dengar lagu lama-lama. Bunyi lagu pun macam tak natural. Kadang-kadang ada part bunyi macam dalam gua.

Overall, aku rasa berbaloi beli. Earphone bajet dengan sound yang baik. Cuma aku tak test lagi guna mic. Selalunya kalau earphone bajet, mic memang tak jalan sangat. Dengar tak dengar je bila cakap guna mic tu. Tapi tak kisah lah. Aku selalu pakai earphone bila dengar lagu je. Jarang sangat guna bila call atau video call.

Laptop aku support Windows 11 tak? Ini cara nak semak.

Update: 27 Jun 2021


Antara spesifikasi minimum yang mampu support Windows 11 (W11) ni adalah:
  • Cip pemprosesan: 1 gigahertz (GHz) atau lebih pantas, menggunakan binaan 64-bit
  • Memori: 4GB RAM
  • Storan: 64GB atau lebih tinggi
  • Firmware: UEFI, Secure Boot
  • Kad grafik: DirectX 12
  • TPM: TPM versi 2.0
  • Paparan: Skrin 9-inci dan lebih tinggi dengan resolusi 720p dan ke atas


Macam mana nak check sama ada laptop aku ni compatible ke tak untuk dapatkan W11 ni? Caranya senang je. Download software daripada Microsoft iaitu PC Health Check.


Lepas siap download, install dan aku klik 'Check now'.


Lepas klik tu, akan keluar pop-up yang mengatakan laptop aku compatible ke tak untuk guna W11.

This PC can't run Windows 11.

Tadaa! Laptop aku tak support W11. Kecewa rasanya. Kena beli laptop baru kot ni. Tapi ada yang kata ramai je check dan tak support jugak walaupun spec dah lepas. Mungkin benda ni baru lagi. Lepas W11 start diedarkan, aku rasa Microsoft akan fix masalah ni.

Selain PC Health Check, ada software lain untuk check laptop aku ni support ke tak W11. Software ni dibangunkan oleh pembangun bebas (independent developer).



Sekali lagi laptop aku tak mampu support W11. Kenapa? Sebab CPU aku ni Intel 7th Gen. Syarat nak dapat W11, kena CPU Intel 8th Gen dan ke atas.

Syarat W11 support untuk Intel:
  • Intel 8th Gen (Coffee Lake)
  • Intel 9th Gen (Coffee Lake Refresh)
  • Intel 10th Gen (Comet Lake)
  • Intel 10th Gen (Ice Lake)
  • Intel 11th Gen (Rocket Lake)
  • Intel 11th Gen (Tiger Lake)
  • Intel Xeon Skylake-SP
  • Intel Xeon Cascade Lake-SP
  • Intel Xeon Cooper Lake-SP
  • Intel Xeon Ice Lake-SP

Syarat W11 support untuk AMD:
  • AMD Ryzen 2000
  • AMD Ryzen 3000
  • AMD Ryzen 4000
  • AMD Ryzen 5000
  • AMD Ryzen Threadripper 2000
  • AMD Ryzen Threadripper 3000
  • AMD Ryzen Threadripper Pro 3000
  • AMD EPYC 2nd Gen
  • AMD EPYC 3rd Gen

Takpe lah kalau tak dapat pun. Mungkin kalau ada rezeki, aku harap aku mampu beli PC atau laptop yang ada CPU terkini. Sekarang rasanya takde kepentingan lagi untuk aku beli yang baru. Guna laptop pun untuk online dan bila buat kerja, aku pakai software biasa je.

Windows 11 diperkenalkan. Apa yang menarik?


Semalam, Windows 11 (W11) debut dan diperkenalkan kepada umum. Banyak improvement dalam W11 ni terutamanya dari segi design dan UI. Apa yang menarik dalam W11?




Kedudukan Start menu kini ada kat tengah-tengah dan taskbar icon pun ada kat bahagian tengah. Nampak lebih tersusun. Design Start menu pulak nampak lebih kemas dan moden berbanding Windows 10 (W10). Bucu kat bahagian tepi pun dah dibuang.

Start menu ni dah takde Live Tiles. Mungkin sebab nak bagi nampak kemas dan statik, maka Live Tiles terpaksa dibuang.



Salah satu elemen yang dinantikan. Last aku pakai Widget ni kat Windows 7. Bila guna W10, Widget dah dibuang.

Widget ni sangat penting bila kita duk mengadap PC/laptop atau buat kerja dalam masa yang lama. Macam-macam jenis yang ada contohnya cuaca, kalendar, to-do list dan berita semasa. Mungkin jugak fungsi Live Tiles akan diintegrasikan dalam Windows Widget ni.



Mereka yang bekerja dalam bidang enterprise mesti biasa guna fungsi ni. Dalam W11, fungsi Microsoft Teams ni akan lebih padu katanya.



Fungsinya macam split screen dalam smartphone. Tapi Snap Layout ni lagi better. Kegunaanya untuk jalankan dua atau lebih aplikasi dalam satu paparan.



W11 perkenalkan Windows Store yang baru dari segi design. Design Windows Store baru ni lebih polished dan kemas. Selain tu, aplikasi Android jugak diintegrasikan dalam Windows Store ni. Yang ni salah satu berita mengejutkan. Ciri baru ni membolehkan pengguna jalankan aplikasi Android dalam W11. Lepas ni, tak perlu lagi guna BlueStacks bila nak bukak aplikasi Android.



Teknologi dari Microsoft mampu tukarkan game daripada SDR kepada HDR secara automatik. Kelebihan HDR ni mampu jelaskan lagi imej dan details dalam game tu.

Bila boleh dapat W11 ni? Katanya akan start diberikan hujung tahun ni paling awal. Tapi untuk Insiders, diorang akan dapat bermula minggu depan.

Cara mudah tukar domain blogspot ke dotcom 2021.


Ceritanya macam ni. Tadi aku ada beli domain kat NetKL. Niatnya memang nak tukar domain ke dotcom. Sebelum ni ada baca tutorial mereka yang dah tukar sendiri tanpa bantuan staf NetKL. Bila dah confident, aku pun beli. Harga tanpa servis adalah RM45 setahun. Kalau nak mintak NetKL pasang domain, kena bayar servis RM10. Aku pun fikir, kenapa nak bazirkan RM10. Why not try buat dulu jadi ke tak?

Lepas settle bayar, aku pun log in NetKL tu. Bila bukak kat bahagian setting domain, alamak! UI lain. Tak sama macam tutorial yang aku tengok. Masa ni dah nervous. Nak je aku contact NetKL mintak diorang pasangkan. Tapi aku try dulu godek-godek. Sebab? Kalau ada problem, baru aku akan contact NetKL.

UI lama.

UI baru.

Lepas beberapa minit, aku mula faham. UI baru ni lagi mudah. Tak serabut sangat macam UI lama. Kat bawah ni 8 langkah macam mana aku berjaya tukar domain blogspot ke dotcom.

Langkah 1: Buka setting domain



  • Log in NetKL.
  • Klik tab 'DOMAINS'.
  • Klik anak panah hujung kanan tu dan pilih 'Domain DNS Manager'.

Langkah 2: Delete DNS yang tak perlu



  • Klik 'Yes, Create' tab warna merah tu.
  • Kat sini NetKL akan auto create beberapa DNS.
  • Delete semua DNS tu (klik tanda pangkah).

Langkah 3: Setting A-record



Kat bahagian 'Add a new DNS record' tu, masukkan senarai Google IP address ni:
  • 216.239.32.21
  • 216.239.34.21
  • 216.239.36.21
  • 216.239.38.21

Host Name: @
Type: A
Value: 216.239.32.21

*Jangan usik TTL

  • Lepas tu klik 'Save Changes'.
  • Ulang lagi dengan masukkan Google IP address seterusnya.


Langkah 4: Setting CNAME record pertama


Host Name: www
Type: CNAME
Value: ghs.google.com

*Jangan usik TTL

  • Lepas tu klik 'Save Changes'.

Sekarang dah ada 4 A-record dan satu CNAME record. Kita kena tambah satu lagi CNAME record. Tapi part ni kena log in Blogger. Sebab dalam tu ada data CNAME record blog kita. Lain blog, lain CNAME record dan ianya adalah sulit. Jangan gatal tangan nak tunjuk kat orang kod tu. 

Langkah 5: Setting CNAME record Blogger


  • Log in Blogger.
  • Klik 'Settings'.
  • Pergi kat bahagian 'Publishing'.
  • Klik 'Custom domain' dan masukkan URL domain kita. Dalam kes aku, aku masukkan URL aku (www.bolakatok.com).
  • Klik 'SAVE'.


Akan muncul pop-up tulisan warna merah. Ada dua CNAME diberi kat situ. CNAME pertama tu kita dah masukkan tadi dalam Langkah 4. Sekarang ni kita nak ambil CNAME ke-2 tu untuk masukkan dalam NetKL.

Langkah 6: Setting CNAME record ke-2

  • Copy 'Name' dan 'Destination' yang diberi tu. Contohnya:
Name: dsgdssdgsds9
Destination: ks-fekl4hfi6opa7g.dv.googlehosted.com

  • Jangan close pop-up tu. Biarkan macam tu.
  • Masuk balik kat page NetKL.
  • Masukkan kod yang kita copy tadi. Contohnya:
Host Name: dsgdssdgsds9 (yang ni korang ikut kod korang copy tadi).
Type: CNAME
Value: ks-fekl4hfi6opa7g.dv.googlehosted.com (yang ni korang ikut kod kedua-2 korang copy tadi).

*Jangan usik TTL

  • Klik 'Save Changes'.


Sekarang kita dah ada 4 A-record dan dua CNAME record. Dah boleh log out NetKL. Sebab nanti kita hanya fokus setting kat Blogger je.

Langkah 7: Setting domain Blogger

  • Balik semula ke Blogger.
  • Kat pop-up tu, klik 'SAVE'.
  • Kalau takde masalah, pop-up tu akan auto tutup dan bahagian 'Publising' akan jadi macam ni:



  • Klik on 'Redirect domain'. Sebab kalau followers atau sesiapa yang klik URL lama blog kita, diorang akan dapat masuk ke URL baru kita yang ada dotcom ni.

Langkah 8: Setting HTTPS (optional)


Kalau belum lagi on bahagian HTTPS ni, disarankan on sebab nak yakinkan orang bahawa blog kita ni secure.
  • Klik on 'HTTPS availability' dan 'HTTPS redirect'.
  • Refresh page anda.



HTTPS ni bukan terus jadi ya. Ambil masa dalam beberapa minit. Macam kes aku, dalam 20 minit baru berjaya. Sambil tu, boleh lah korang buat air kat dapur atau makan jajan dulu.


Bila dan berjaya on HTTPS ni, maka siap lah semuanya. Tahniah kerana berjaya tukar sendiri domain blog anda! Jimat RM10. Boleh beli megi 2 bungkus. Makan sambil layan bola. Yahoo!