What's up?

  • HOME
  • REVIEW ▾
  • SHOPPING ▾
  • BUDDY ▾
  • ABOUT ▾

Penangan Big Bad Wolf! Si Gala dah nak balik!


Lepas beberapa minggu, Big Bad Wolf (BBW) kembali buat promo. Dulu aku antara fan BBW ni. Takde lah sampai kipas-susah-mati. Tapi tiap kali BBW ni buat kat kawasan tempat aku, memang aku pergi walaupun tengah malam. Ada tu pukul 2 pagi duk pilih buku. Ya. BBW ni bukak 24 jam. Tapi tu sebelum PKP lah. Aku pernah pergi kat The Zenith Hotel (Pahang) dan The Mines (Selangor).

Masa kat Kuantan.

Masa kat Selangor.

Memang banyak sangat buku. Tak terkira. Sampai kau pening lalat nak pilih buku mana satu. Harga pun mostly RM5 je. Dulu sempat lah rembat beberapa buah. Tak banyak pun.

Beli 7 tahun lepas. Masih simpan lagi.

Hari tu, BBW ni ada je bukak kat Johor. Tapi jauh sangat nak ke sana. Baik beli online je. Lagipun senang nak pilih buku dan dah disusun ikut kategori.

Sebelum puasa, aku ada beli buku online kat BBW ni. Waktu tu memang meriah. Siap ada promo 1 sen sebuah buku. Caj penghantaran RM5.75 sekali hantar.







Banyak jugak aku beli time tu sebab banyak buku murah. Sampai seringgit pun ada. Tak kisah lah buku apa, asalkan ilmu. Mungkin diorang nak habiskan stok. Sebab aku ada terbaca berita yang industri buku ni cukup terkesan dek COVID-19.






Kali ni, BBW start season baru bermula 11 Jun 2021 hari tu. Aku try godek-godek website BBW nak tengok promo apa yang menarik. Ada yang menarik, ada yang tak. Tak banyak offer yang ada walaupun untuk buku-buku lama.

Kalau nak beli, sempat lagi. Hari ni last day.

6 comment (s):

  1. Yang online, tak pernah beli, walaupun selalu nampak iklan dia. Dulu best, kan, sebelum covid, boleh berjam-jam pilih buku. Itu kita sorang. Kalau bawa suami dan anak-anak, masing-masing amik 10, berapa banyak daaa... borong. Hehe.. rindu zaman tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Dulu best. Ibarat ada dalam gedung buku yang sangat besar. 😄

      Delete
  2. Replies
    1. Kann. Harap cepat lah berakhir pandemik ni. 😟

      Delete
  3. Selamat membaca dan semoga bermanfaat.

    ReplyDelete

Sila komen, kerana komenmu begitu berharga.