What's up?

  • run

    HOME

Mencuba Listerine Sakura & Peach. Best ke?


Macam biasa, aku beli kat Shopee waktu promo. Seller bagi off RM5. Gila kau tak beli.


Katanya limited edition. Aku pun cuba lah. Sebelum ni aku guna brand Watsons (Mint Bamboo Charcoal Herbal). Kali ni aku nak try brand Listerine.


Luaran nampak sangat cantik. Peminat bunga sakura mesti buat koleksi ni. Bila aku masukkan dalam mulut dan berkumur, memang rasa peach tu ada. Even kelembutan aroma sakura pun ada sekali.


Tapi untuk orang yang suka mint atau rasa pedas, memang kesian. Sebab Sakura & Peach ni rasa light dan memang takde mint pun. Bagi aku, untuk guna santai-santai dalam rumah waktu cuti atau selepas makan malam, sangat best.


Time virus merebak ni, lebih baik biasakan diri dengan berkumur guna benda ni. Tak kisah brand apa. Setahu aku, salah satu tempat merebaknya COVID-19 ni adalah bermula dari kerongkong kita. So, tak salah guna cara alternatif sebelum divaksinkan.

12 comment (s):

  1. Listerine pon da ada perisa Sakura jugak ek. Heheh

    ReplyDelete
  2. Menarik untuk dicuba ini. Kat rumah ini biasa guna Listerine jenis mint

    ReplyDelete
  3. Wak pakai listerin yang original wara biru tu

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. Digalakkan pakai. Tambahan kepada gosok gigi. 😀

      Delete
  5. Replies
    1. Memang selalu ada diskaun. Especially Mall punya seller.

      Delete

Sila komen, kerana komenmu begitu berharga.