What's up?

  • HOME
  • REVIEW ▾
  • SHOPPING ▾
  • BUDDY ▾
  • ABOUT ▾

Mamee Monster perisa keju dan karipap. Misteri kehilangan belum terjawab!


Setakat hari ni, Mamee Monster hasilkan pelbagai perisa. Antaranya:
  • Perisa ayam
  • Perisa BBQ
  • Perisa pedas
  • Perisa keju
  • Perisa karipap
  • Perisa ghost pepper
  • Perisa nasi ayam Hainan
  • Perisa surprising (pink)
  • Perisa BBQ Boom Xtra Krunchy
  • Perisa bawang Xtra Krunchy

Tapi sekarang yang menghilang adalah perisa keju dan perisa karipap. Mana perginya? Adakah sebab kurangnya sambutan dan syarikat Mamee (Mamee Double-Decker (M) Sdn. Bhd.) terpaksa keluarkan dua perisa ni dari senarai jualan? Even aku cari dalam internet pun tak jumpa perisa keju. Pelik bin ajaib.

Jujur aku cakap, perisa keju dan karipap tu antara kesukaan aku berbanding perisa ayam atau BBQ. Last aku tengok perisa keju dan karipap kat kedai tahun 2017 tak silap. Sekarang kalau cari kat kedai atau online, memang takkan jumpa. Musykil aku ke mana perginya.

Perisa ayam.

Perisa BBQ.

Perisa pedas.

Perisa ghost pepper.

Perisa nasi ayam Hainan.

Perisa surprising.

Perisa BBQ Boom Xtra Krunchy.

Perisa bawang Xtra Krunchy.

Perisa surprising tu aku tak pernah makan lagi. Ada yang kata perisa udang. Ada yang kata pedas-pedas keju. Perisa nasi ayam Hainan pulak memang tak kena dengan tekak aku. Rasa pelik teramat. Perisa ghost pepper pun best tapi mahal. Nak cari pun susah sekarang.

So, berbalik kepada persoalan utama. Ke mana menghilang perisa keju dan perisa karipap? Adakah perisa-perisa tu edisi terhad yang hanya dijual dalam tempoh tertentu?

12 comment (s):

  1. Wow. baru tahu ada byk perisa.. Tau ada perisa bbq n ayam je. tak pernah perasan pun ada perisa lain. hehe..

    ReplyDelete
  2. Macam² perisa Rupa-rupanya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada lagi perisa yang belum masuk Malaysia. 👍

      Delete
  3. Rasa gabungan perisa keju dan karipap ke ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak. Perisa lain-lain. Tapi dua-dua perisa ni tak dijual dah. Tak tahu kenapa.

      Delete
  4. Makk aii x tau pun ada perisa karipap?? Nmpk sgt dh lama x makan mameee ni

    ReplyDelete
  5. wak pun kadang2 ratah jugak jajan mamee nih., hehehe

    ReplyDelete
  6. Last time beli mamee monster perisa keju masa zaman budak-budak dulu, mungkin dalam tahun 2000-2005 camtu, sekarang dah takde, lama dah takde, aku carik makanan nostalgia macam maggi sup tulang (bukan macam sup tulang berempah sekarang, tak sedap!) Dan makanan2 nostalgia yg lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sup tulang label biru tu kan? Memang lama dah takde.

      Perisa keju tu yang best. Tapi sayang dah takde. Harap Mamee wujudkan lah balik semua ni.

      Delete

Sila komen, kerana komenmu begitu berharga.