What's up?

  • HOME
  • REVIEW ▾
  • SHOPPING ▾
  • BUDDY ▾
  • ABOUT ▾

3 Idiots. Filem paling famous bagi budak engineering.


First aku tengok filem 3 Idiots ni tahun 2010. Masa tu kakak aku yang belajar kat universiti info kat aku pasal filem ni. Boleh katakan tahun tu memang 3 Idiots selalu jadi sebutan. Filem ni pecah panggung dan merupakan salah satu filem India dengan pendapatan kasar tertinggi.

Sinopsis

Diadaptasi dari sebuah novel (Five Point Someone), 3 Idiots berkisarkan kehidupan pelajar kejuruteraan India di sebuah kolej kejuruteraan, ICE (Imperial College of Engineering). Watak utama, Rancho bersama kawan-kawan baik dia, Farhan dan Raju. Isu utama filem ni adalah mengenai tekanan sosial dalam sistem pendidikan kat India.


Masing-masing ada perangai yang berbeza. Rancho memang dari kecik minat pasal engineering. Farhan pulak masuk ICE atas desakan ayahnya walaupun dia minat bidang fotografi. Manakala Raju masuk ICE dan belajar engineering sebab nak ubah taraf hidup keluarga dia dan untuk keluar dari kempompong kemiskinan.


Rancho ni memang genius. Ada passion belajar dan apply semua berkaitan engineering. Tapi satu je yang dia anti iaitu sistem pendidikan kat situ. Bagi dia, institusi pendidikan bukannya makmal eksperimen dan student bukannya tikus makmal.


Rancho memang seorang sahabat yang sangat baik. Dia tak suka tengok kawan-kawan dia dan orang sekeliling dipergunakan oleh sistem yang salah. Dia lantang bersuara untuk ubah sistem ni sampai direktor kolej dia dah naik fed up dengan dia.

Setakat ni dah ada beberapa remake filem 3 Idiots:

Bagi aku, jalan cerita 3 Idiots ni cukup perfect. Kalau kau pernah jadi student kat IPT, bila tengok filem ni, kau akan cakap kat Rancho: I feel you, bro.


Aku tak tahu dah berapa kali aku ulang tengok filem ni. Memang tak bosan. Setiap scene lagu pun memang kau takkan bosan. Majoriti filem Bollywood yang aku tengok, bila bab nyanyi, memang aku akan masuk dapur buat air dsb. Tapi dalam 3 Idiots, setiap scene sangat bermakna.


Nak ubah sistem pendidikan yang sedia ada memang nampak mustahil. Sebab kita berdepan dengan manusia, bukan robot. Bila kita ubah sini, orang sana tak puas hati. Bila kita ubah sana pulak, orang sini tak puas hati. Bagusnya ada filem macam ni. Sekurang-kurangnya dapat buka mata dan hati pihak tertentu pasal sistem pendidikan. Nak apply benda baru senang, tapi nak ubah benda lama memang payah.

18 comment (s):

  1. boleh tengok la nanti... maklumla bekas budak kejut

    ReplyDelete
  2. Hahaha cite ni mmg x bosak repeat tgk... Pestime tgk dl igtkan rancho ni bdk bodo bodo alang.. 2nd time tgk br la tgk smp abs haha br paham jln cite nya ��

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann. Rupanya cerdik dari orang lain. 😂

      Delete
  3. Tengok banyak kali pun tak bosan tau kalau 3 idiots ni hahaha. Nampak je bodo bodo, nahhh sekali baru ternganga tengok aamir khan dekat ending filem hahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Filem Aamir Khan banyak yang best dari dulu lagi. Selalu top kat box office.

      Delete
  4. Cerita lama ni kan.. macam pernah tengok dulu.

    ReplyDelete
  5. Cerita yg paling best walaupun dah lama X lapuk pon

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Sampai sekarang masih relevan. 😀

      Delete
  6. Replies
    1. Saya rasanya dah lebih 10 kali tengok. Tetap nak tengok jugak lepas tu. 🤣

      Delete
  7. Berulang kali pun CCL tetap akan tengok memang best cerita ni

    ReplyDelete
  8. Peminat hindustan hadir!!hi3
    Memang akak paling suka cerita ni.
    Jalan ceritanya memang best!!Ulang banyak kali pun tak jemu👍🏼

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wow. Mesti dah banyak kali khatam tengok ni. 😁

      Delete

Sila komen, kerana komenmu begitu berharga.