What's up?

  • run

    HOME

Resepi takoyaki lockdown.


Sekarang, payah nak cari tempat jual takoyaki. Gerai-gerai tepi jalan pun banyak dah yang tutup. Nak tak nak, terpaksa buat sendiri kat rumah. Senang ke susah? Bagi aku senang je. Asalkan cukup bahan.

Kuali pan takoyaki tu boleh beli kat Shopee. Banyak je seller jual. Pilih mana yang berkenan di hati. Bahan pulak ada yang dijual dalam bentuk set. Senang. Campak-campak je.

Bahan-bahan
  • 300g tepung campuran takoyaki
  • Beberapa ekor sotong (dipotong kecil dan direbus)
  • 1 biji lada merah besar (dipotong kecil)
  • Segenggam hirisan kobis
  • 2 biji telur ayam
  • 700ml air masak
  • Sedikit minyak masak
  • Segenggam kepingan bonito
  • Sedikit kepingan rumpai laut
  • Sos mayonis Kewpie
  • Sos takoyaki
  • Chopsticks

Langkah-langkah
  1. Dalam satu bekas, masukkan telur, air masak dan tepung takoyaki. Kacau sebati.
  2. Panaskan kuali.
  3. Sapu permukaan kuali dengan minyak masak.
  4. Bila kuali dah panas, masukkan campuran tepung tadi ke dalam setiap ruang kuali.
  5. Taruk sedikit sotong kat setiap lekuk kuali.
  6. Taburkan lada merah besar dan kobis. Tambahkan lagi campuran tepung supaya memenuhi ruang kuali.
  7. Bila dah separuh masak, menggunakan chopsticks, tekan bahagian lekuk kuali supaya takoyaki jadi bentuk bulat (klik sini untuk tutorial).
  8. Takoyaki masak bila warna jadi keperangan dan permukaan luar garing.
  9. Bila dah siap, hidang dengan sos mayonis, sos takoyaki, kepingan bonito dan kepingan rumpai laut.






Set ni boleh buat dalam 30-40 biji takoyaki. Kalau nak buat dalam kuantiti yang sikit, boleh kurangkan separuh penggunaan bahan. Guna sotong biasa pun boleh kalau takde sotong kurita.

9 comment (s):

  1. Wah best.. mana beli set premix takoyaki tu?? Betullah ada seller jual pn cuti lg sbb pkp.. aeon pn x dpt pegi skrg

    ReplyDelete
  2. good post 😊 would you like to follow each other? if the answer is yes, please follow me on my blog & i'll follow you back. https://camdandusler.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. Macam-macam makanan sekarang yang boleh dimasak di rumah. Saya biasa nampak orang jual takoyaki, tapi tak pernah merasa.

    ReplyDelete
  4. feveret ni. lebihkan bonito tu.
    tapi tak pernah buat sendiri. sebab xde kuali bulat-bulat tu. beli aje. kebetulan, area ofis asben ada yg menjual (dulu la sebelum PKP). sedap ya Allah. tiap hari Rabu sure mr.asben beli. ok la, seminggu sekali merasa beberapa ketul :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best. Sebiji makan tak cukup. Saya sekali makan 6-8 biji baru cukup. Tu pun belum puas lagi. 🤣

      Delete
  5. cantik kejadian takoyaki nya..
    Sha tak boleh terima makanan ini.. hehehe.. pernah cuba sekali je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Try makan kedai lain. Sebab ada kedai yang memang best, ada kedai biasa-biasa je. 😥

      Delete

Sila komen, kerana komenmu begitu berharga.