What's up?

  • run

    HOME

Mencuba Spicy Mi Boba dari Mamee. Best ke?


Masa promo hari tu, sempat aku rembat produk dari Mamee ni kat Shoppe. Kalau ikutkan harga total RM12.71, tapi sebab ada voucher dan coins, harga turun jadi RM3.82 je.


So, bila barang dah sampai, aku pun cuba lah mi tu. Penyediaan macam mi segera biasa. Just tambah air dan tunggu beberapa minit.

Cara penyediaan ada tulis sekali.

Seasoning (merah), creamer (purple), boba, garfu dan straw.

Boba secoit.

Serius aku cakap. Ni first dan last time aku beli. Rasa sup tu sebijik air milk tea TeaLive. Overall, ibarat campur mi dalam air milk tea. Dan paling sadis, rasa cili tu ibarat air cili yang dimasukkan dalam air milk tea. Boleh bayangkan tak macam mana? Takde rasa ayam or kari. Memang rasa air milk tea yang pedas. Tapi sangat tak menyenangkan. Aku makan separuh je. Tak sanggup nak habiskan. Even sup tu memang aku tak daya nak hirup. Tobat tak makan dah lepas ni kalau diberi free sekalipun. Never.

Aku suggest Mamee patut asingkan cili tu. Letak dalam satu paket lain. Option untuk sesiapa yang tak nak pedas. Dan aku pasti, kalau takde rasa cili, memang rasa akan jadi better. Tapi sebab cili tu ada, overall rasa jadi meloyakan.

20 comment (s):

  1. Ok klu dh rs milk tea makan celup mi hehe kita dpt bygkan.. Hahaa mmg x lalu rsnya kot πŸ˜…πŸ˜…

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya. Memang tak lalu nak makan. Pelik yang amat. πŸ˜‘

      Delete
  2. Peliknya mee campur air teh boba. Haha punyalah resipi kuat biasa.

    ReplyDelete
  3. Baca review pun dah boleh bayangkan. Nasib baik beli murah ye. Pedas dan bersusu memang akan cancel each other. Harap takdelah produk aneh macam ni lagi. Huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Patut ditarik balik jualan. Tapi tak tahu lah kot ada peminat. πŸ˜‚

      Delete
  4. Pernah tengok azfarheri review, ya allah sorry to say, macam nak muntah tengok dia makan. Tak kena langsung kombinasi antara dua tuuuu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Menyesal betul beli. Memang tak ngam pun. πŸ˜•

      Delete
  5. erk...x dapat la bayangkan rasa dia cemana..baik makan maggi kari je...selera gak habiskan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Megi kari 200% better dari boba ni. 😣

      Delete
  6. Nampak iklan ni lama dh tp mesti rasa pelik. Nasib xbeli hehe

    ReplyDelete
  7. Haha.. kalau saya, memang tak makan le..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya suka boba milk tea, tapi tak suka megi boba ni. 🀣

      Delete
  8. pernah tengok review azfar heri makan mi ni. eee tak terbayang lah kuah dia betul2 rasa milk tea........

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang kuah tu rasa milk tea. Maha dahsyat rasa sampai serik dah nak makan lepas ni. πŸ˜…

      Delete
  9. Tengok dia punya packaging pun seram.. hehehe..

    ReplyDelete
  10. Bila dia tulis mamee cross tealive tu dah terbayang rasa2 teh😡.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh try sendiri sebelum beli ni. πŸ˜‚

      Delete

Sila komen, kerana komenmu begitu berharga.