What's up?

  • run

    HOME

Seminggu selepas Shopee tetapkan penghantaran secara automatik.


Bermula 17 Jun 2021 yakni minggu lepas, tiada lagi option bagi buyer untuk pilih kurier. Segala pemilihan kurier akan ditentukan oleh Shopee secara automatik. Keputusan Shopee buat sistem yang seakan autonomi ni memang mengundang kesan negatif sama ada dari seller mahupun buyer. Sampai sekarang, masih belum ada justifikasi yang jelas kenapa Shopee tukar sistem penghantaran ni.

Ada beberapa persoalan yang masih belum terjawab dalam benak otak aku ni:
  1. Adakah sistem baru ni menguntungkan kedua-dua belah pihak (seller dan buyer)?
  2. Adakah sistem baru ni menguntungkan syarikat kurier kat luar sana?
  3. Adakah sistem baru ni hanya menguntungkan Shopee?
  4. Adakah Shopee nak galakkan buyer guna Shopee Express?
  5. Adakah Shopee cuba monopoli bisnes kurier?
  6. Adakah tujuan sistem baru ni nak bagi adil dan saksama kepada semua syarikat kurier?

Cara sistem penghantaran baru berfungsi

Ada yang kata Shopee akan auto select kurier yang paling dekat dengan rumah kita. Contohnya, seller set PosLaju dan J&T sebagai kurier pilihan dia. Antara dua kurier ni, J&T paling dekat dengan rumah buyer. So, Shopee akan select J&T untuk seller hantar kepada buyer.

Dari belah seller pulak, aku tak pasti macam mana Shopee decide. In case seller set PosLaju dan J&T sebagai shipping option, dan PosLaju tu paling dekat dengan rumah seller. Adakah Shopee akan select PosLaju untuk seller hantar barang? Dengan niat untuk mudahkan seller?

Tapi kalau rumah buyer dekat dengan J&T dan rumah seller dekat dengan PosLaju, macam mana Shopee akan select? Nampak macam tak logik. Kat sini timbul persoalan baru. Dalam kes ni, siapa yang Shopee akan utamakan? Buyer atau seller?

Entah. Setakat hari ni, barang yang aku order sampai macam biasa. J&T dan PosLaju memang dekat dengan tempat tinggal aku. DHL, Ninja Van, City-Link dan Shopee Express agak jauh. Adakah lepas ni setiap kali aku beli barang, J&t dan PosLaju yang akan hantar?

Seller bagi spek 3D extra. Yahoo!

Aku ada beli komik APO? dari kedai kat Shopee dan selalunya aku aku akan pilih PosLaju. Lepas aku order, bukan PosLaju yang tertera kat situ, tapi J&T. Bab buku ni aku memang risau nak beli guna J&T sebab kan dah pernah viral kes dulu. Nanti tak pasal-pasal kemik komik tu. Tapi tadi baru sampai. Alhamdulillah. Takde rosak apa-apa.

Bukan apa, bila kau dah terbiasa pakai kurier yang kau percaya, tiba-tiba Shopee memandai pilih kurier lain dengan alasan kurier tu lagi dekat. Bagi aku, bukan dekat atau jauh yang jadi isu, tapi servis yang diberikan kurier tu yang diutamakan. Kesian kat buyer bila kawasan diorang ada kurier yang buat hal. Jangan pulak Shopee pilih kurier tu walaupun dekat.

Penyelesaian? Aku harap Shopee akan buat satu option khas untuk buyer atau seller buat aduan bila ada masalah berkaitan kurier. Dengan cara ni, at least Shopee dapat elak menggunakan kurier yang bermasalah tu.

14 comment (s):

  1. Nasib-nasib juga tuan. Kadang-kadang pos laju ok, kadangkala JNT ok.. Saya baru cuba guna JNT ok pulak, laju pun laju.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Nasib tak baik, dapat kurier buat hal.

      Tapi setakat ni J&T memang padu kat sini.

      Delete
  2. J&T problemlah sekarang... kdg² ok kdg² x ok

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bergantung kat kawasan jugak tu. Ada yang laju, ada yang slow sangat.

      Delete
  3. Patutlah smlm mama beli kat shopee nampak pelik bahagian postage Tu. Baru mama tau

    ReplyDelete
  4. Mmg xsuka j&t tp tulah tak ada pilihan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann. Takde pilihan dah sekarang. Melainkan deal dengan seller.

      Delete
  5. Akak dah kurang sikit bershopee skrg hehe..dah insaf..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama lah. Kurang beli, tak macam dulu sejak PKP beterusan ni.

      Delete
  6. Ramai seller merungut sebab terpaksa pergi banyak tempat untuk pos barang. Kalau macam saya, lagi suka J&T. Memang lajuuuu. Sehari boleh sampai. Poslaju suka perammm huhuhu. Tapi itulah, bergantung tempat masing masing kannnn.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. PosLaju ni kalau barang besar, cepat je sampai. Kalau barang kecik, mereput tunggu.

      Delete
  7. Dah xboleh decide sendiri kurier . So lepas ni tertunggu2 je lah kurier mana pilihan shopee . Selalu CCL pilih j&t dan poslaju mudah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Keburukan sistem baru ni. Apakan daya. 😌

      Delete

Sila komen, kerana komenmu begitu berharga.