What's up?

  • run

    HOME

Widget Top Commentator di page khas.


Aku memang dah lama nak letak widget ni kat sidebar blog. Tapi widget ni memang bagi masalah kat blog aku. Loading memanjang. Sampai mengganggu fokus nak buat entri baru, preview dsb.

Atas inisiatif, aku pun create satu static page khas untuk widget ni. Serious aku cakap, sampai sekarang aku tak jumpa lagi widget top commentator yang betul-betul stabil. Semua widget yang aku cari kat merata tempat, tetap pesen sama. Asyik loading dan memang memberatkan blog.

Bila aku bukak guna Firefox, loading tu takde lah lama. Bila guna Edge dan Opera, lama yang amat. Jenuh menunggu. Padahal line internet aku laju macam biasa.

Mungkin salah satu sebab, template blog aku ni tak ngam dengan widget tu. Atau widget tu sendiri tak ngam dengan template blog ni. Setahu aku, widget ni dah lama ada. Mungkin developer widget ni tak update certain code dalam widget tu?


Lepas ni, kalau nak tengok top 10 pengomen terbanyak, boleh tengok kat page yang aku masukkan dalam menu bar kat atas header tu. Harap lepas ni, ramai lah sudi komen atau bagi pendapat. Dan mana tahu kot lepas ni aku tergerak hari nak buat giveaway untuk pengomen terbanyak pulak.

22 comment (s):

  1. mungkin ada masalah dengan coding mana2 di template agaknya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin kot. Tapi saya dah try buat kat test blog, masih sama. Slow jugak.

      Delete
  2. memang kat semua blog, ciksun tengok kalo ada widget ni, ia akan ambil masa lama untuk loading..sebab dia nak kira berapa komen dulu kan...kalo yang jenis letak komen setahun, lagi lama dia loading..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Patut lah. Kena buat komen sebulan je lepas ni. Baru cepat sikit. Terima kasih atas info. 👍

      Delete
  3. Setuju dengan pendapat Sunah Sakura di atas. Saya pun letak kat page lain, bukan main page. Btw, saya rasa cute template blog Bola Katok ni. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann kak nur, template blog bola katok ni unikkkk. Tak biasa jumpa di blog lainnn hehehe.

      Delete
    2. Tu lah. Kena letak kat page lain baru sesuai.

      Hahaha. Comel ngan unik. 😅😅😅

      Delete
  4. Macam kenal je yang nombor satu tu. Dia menang rajin mengomen eh.. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. tergelakkk pulak terbaca komen ni.. dia memang rajin ni xD

      Delete
  5. singgah baca dan komen juga lah.

    ReplyDelete
  6. mungkin btul jgk tu, template x ngam ngan widget tu atau sebalik nya... tp ok la tu dah letak kat atas, at least bole jgk jenguk2

    ReplyDelete
  7. kena letak widget nii gak dalam blog lepasnii. asyik lupa jaa nak letak -.-'

    ReplyDelete
  8. Wah.. dh ada top pengomen.. lama dh nama sy x msk carta kt blog kengkawan..hihihi

    ReplyDelete

Sila komen, kerana komenmu begitu berharga.