What's up?

  • run

    HOME

Cara mudah tukar domain blogspot ke dotcom 2021.


Ceritanya macam ni. Tadi aku ada beli domain kat NetKL. Niatnya memang nak tukar domain ke dotcom. Sebelum ni ada baca tutorial mereka yang dah tukar sendiri tanpa bantuan staf NetKL. Bila dah confident, aku pun beli. Harga tanpa servis adalah RM45 setahun. Kalau nak mintak NetKL pasang domain, kena bayar servis RM10. Aku pun fikir, kenapa nak bazirkan RM10. Why not try buat dulu jadi ke tak?

Lepas settle bayar, aku pun log in NetKL tu. Bila bukak kat bahagian setting domain, alamak! UI lain. Tak sama macam tutorial yang aku tengok. Masa ni dah nervous. Nak je aku contact NetKL mintak diorang pasangkan. Tapi aku try dulu godek-godek. Sebab? Kalau ada problem, baru aku akan contact NetKL.

UI lama.

UI baru.

Lepas beberapa minit, aku mula faham. UI baru ni lagi mudah. Tak serabut sangat macam UI lama. Kat bawah ni 8 langkah macam mana aku berjaya tukar domain blogspot ke dotcom.

Langkah 1: Buka setting domain



  • Log in NetKL.
  • Klik tab 'DOMAINS'.
  • Klik anak panah hujung kanan tu dan pilih 'Domain DNS Manager'.

Langkah 2: Delete DNS yang tak perlu



  • Klik 'Yes, Create' tab warna merah tu.
  • Kat sini NetKL akan auto create beberapa DNS.
  • Delete semua DNS tu (klik tanda pangkah).

Langkah 3: Setting A-record



Kat bahagian 'Add a new DNS record' tu, masukkan senarai Google IP address ni:
  • 216.239.32.21
  • 216.239.34.21
  • 216.239.36.21
  • 216.239.38.21

Host Name: @
Type: A
Value: 216.239.32.21

*Jangan usik TTL

  • Lepas tu klik 'Save Changes'.
  • Ulang lagi dengan masukkan Google IP address seterusnya.


Langkah 4: Setting CNAME record pertama


Host Name: www
Type: CNAME
Value: ghs.google.com

*Jangan usik TTL

  • Lepas tu klik 'Save Changes'.

Sekarang dah ada 4 A-record dan satu CNAME record. Kita kena tambah satu lagi CNAME record. Tapi part ni kena log in Blogger. Sebab dalam tu ada data CNAME record blog kita. Lain blog, lain CNAME record dan ianya adalah sulit. Jangan gatal tangan nak tunjuk kat orang kod tu. 

Langkah 5: Setting CNAME record Blogger


  • Log in Blogger.
  • Klik 'Settings'.
  • Pergi kat bahagian 'Publishing'.
  • Klik 'Custom domain' dan masukkan URL domain kita. Dalam kes aku, aku masukkan URL aku (www.bolakatok.com).
  • Klik 'SAVE'.


Akan muncul pop-up tulisan warna merah. Ada dua CNAME diberi kat situ. CNAME pertama tu kita dah masukkan tadi dalam Langkah 4. Sekarang ni kita nak ambil CNAME ke-2 tu untuk masukkan dalam NetKL.

Langkah 6: Setting CNAME record ke-2

  • Copy 'Name' dan 'Destination' yang diberi tu. Contohnya:
Name: dsgdssdgsds9
Destination: ks-fekl4hfi6opa7g.dv.googlehosted.com

  • Jangan close pop-up tu. Biarkan macam tu.
  • Masuk balik kat page NetKL.
  • Masukkan kod yang kita copy tadi. Contohnya:
Host Name: dsgdssdgsds9 (yang ni korang ikut kod korang copy tadi).
Type: CNAME
Value: ks-fekl4hfi6opa7g.dv.googlehosted.com (yang ni korang ikut kod kedua-2 korang copy tadi).

*Jangan usik TTL

  • Klik 'Save Changes'.


Sekarang kita dah ada 4 A-record dan dua CNAME record. Dah boleh log out NetKL. Sebab nanti kita hanya fokus setting kat Blogger je.

Langkah 7: Setting domain Blogger

  • Balik semula ke Blogger.
  • Kat pop-up tu, klik 'SAVE'.
  • Kalau takde masalah, pop-up tu akan auto tutup dan bahagian 'Publising' akan jadi macam ni:



  • Klik on 'Redirect domain'. Sebab kalau followers atau sesiapa yang klik URL lama blog kita, diorang akan dapat masuk ke URL baru kita yang ada dotcom ni.

Langkah 8: Setting HTTPS (optional)


Kalau belum lagi on bahagian HTTPS ni, disarankan on sebab nak yakinkan orang bahawa blog kita ni secure.
  • Klik on 'HTTPS availability' dan 'HTTPS redirect'.
  • Refresh page anda.



HTTPS ni bukan terus jadi ya. Ambil masa dalam beberapa minit. Macam kes aku, dalam 20 minit baru berjaya. Sambil tu, boleh lah korang buat air kat dapur atau makan jajan dulu.


Bila dan berjaya on HTTPS ni, maka siap lah semuanya. Tahniah kerana berjaya tukar sendiri domain blog anda! Jimat RM10. Boleh beli megi 2 bungkus. Makan sambil layan bola. Yahoo!

20 comment (s):

  1. wah dah ada domain sendiri. tahniah :)

    ReplyDelete
  2. Bagus la, ada tutorial macam ini boleh menjadi rujukan rakan-rakan yang lain. :)

    ReplyDelete
  3. Tahniah dah ada domain sendiri! Kita upah je NetKL harituu hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih.

      Saya buat trial and error dulu. Nasib baik jadi. 😅

      Delete
  4. saya upah blogger hasrul hassan yg settingkan... dah tua2 ni malas dah nak godek godek coding la ..hapa la...hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Kadang ada hari kita nak cepat buat sesuatu.

      Delete
  5. Terima kasih atas perkongsian. Saya pun guna NetKl

    ReplyDelete
  6. tahniah ada domain sendiri ni nampak confident tu tinggi sikit nak blogging hii

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah m tapi banyak jugak step dia yer . CCL pun ada juga teringin nak pakai domain sendiri .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Step nampak banyak, tapi senang je nak buat. 😄

      Delete
  8. teringin jugak mau tukar tapi sebab malas so sampai sekranglah pakai blogspot ja hehehe

    ReplyDelete

Sila komen, kerana komenmu begitu berharga.