What's up?

  • run

    HOME

PdPR kini kembali! Suka tak? Antara cabaran online learning.


Pagi tadi, Menteri Pendidikan, Dr. Radzi Jidin announce pasal PdPR (Pengajaran dan Pembelajaran di rumah). Banyak reaksi daripada netizen. Ada yang setuju, ada yang mengeluh sekali lagi.


Kenapa? Sebenarnya belajar online ni banyak contra daripada pro. Tapi keadaan sekarang memaksa untuk buat kelas online. Ini cara terbaik. Kalau buat kelas fizikal, pergi sekolah, COVID-19 pasti akan melompat gembira! Selagi kita tak capai imuniti kelompok, selagi tu pembelajaran secara online terpaksa diteruskan.

Aku pun belajar online. Based on pengalaman aku (point of view aku sebagai student), antara kekurangan kelas online ni:

1. Capaian internet.


Yang ini paling obvious. Syarikat telco banyak buat promosi dan gomen dah banyak bagi inisiatif dengan bagi data percuma dsb. Tapi line internet tak semua tempat sama kan? Kat bandar tu takpe lah tapi kat kampung yang bermasalah. Bila kelas pagi atau petang, line internet aku ok. Laju. Line agak jahanam bila masuk waktu malam. Dah lah kelas banyak waktu malam. So, in out Zoom atau Google Meet, lost connection tu benda normal. Tapi benda ni mengganggu. Banyak point penting terlepas. Nasib baik lecturer record kelas tu. Ada jugak yang tak record. Terpaksa lah hadap blur sepanjang kelas.

2. Susah nak faham topik yang diajar.


Dalam kelas fizikal, kalau aku tak faham lecturer ajar, aku terus tanya dan lecturer akan explain bagi faham. Dengan lenggok tubuh tu yang buatkan aku senang nak faham. Tapi bila kelas online, even aku bertanya pun, still lagi tak faham 100%. Lecturer semua duduk, takde yang berdiri. Penerangan daripada lecturer tu sangat limited. Ibarat belajar memasak daripada YouTube. Tahu cara tapi sedap belum tentu.

3. Gangguan daripada anasir-anasir yang tak diingini.


Bukan makhluk halus tau. Ni makhluk kasar. Aku baca review dan komen student lain. Bila yang tak dapat stay kat kampus dan terpaksa balik rumah, terpaksa hadap gangguan daripada famili. Baru nak start kelas, ada je adik-adik nakal yang kacau, mak ayah bergaduh dsb.

4. Telefon pintar.


Ada kes adik-beradik yang terpaksa kongsi telefon. Nak beli baru tak mampu. Gomen ada bagi bantuan telefon pintar kepada golongan B40. Harapnya semua yang memerlukan, dapat lah bantuan ni. Jangan ada yang terlepas pandang.

5. Output tak sampai dan kerja rumah yang membebankan.


Penerangan daripada cikgu tak mudah untuk ditelan pelajar. Bila jadi macam ni, akan drag masa. Last-last banyak topik tergantung. Tapi setahu aku, gomen ada buat penjajaran kurikulum.

Penjajaran kurikulum adalah penyusunan semula kandungan pedagogi serta pentaksiran berdasarkan hasil pembelajaran yang dihasratkan bagi memenuhi keperluan khusus mata pelajaran dalam apa jua keadaan. 

Sesetengah cikgu bagi kerja rumah dan pelajar kena print sendiri. What if kalau pelajar tu takde printer? Nak keluar rumah tak boleh. In the end, terpaksa beli sendiri printer. Terbang duit lagi.

Bukan nak kata yang PdPR ni tak bagus. Bagi aku ada je kelebihan. Salah satunya dapat elak virus ni. Ini yang penting! Selain tu, jimat masa dan tenaga. Takde lah terpaksa bangun awal pagi gosok baju, basuh kasut, kemas beg untuk pergi kelas. Lagi satu, dapat elakkan gejala buli kat sekolah. Kalau gomen buat kajian pasal buli ni, percaya lah, mesti graf menurun punya.

Pokok pangkalnya, bergantung kepada penerimaan individu. Kalau elok, kita ambil. Kalau tak elok, kita improve. Aku percaya, gomen pun sebolehnya tak nak pun buat PdPR ni. Tapi macam aku cakap, keadaan yang memaksa. Ilmu tu penting. Belajar tetap belajar.

20 comment (s):

  1. Betul itu terpaksa buat PdPR.
    Cabaran pelajar untuk adaptasi perubahan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang tercabar betul. Harapnya perubahan ni mampu kekalkan kualiti pencapaian pelajar.

      Delete
  2. Terpaksa hadap sebagai parents dan sebagai pengajar juak... tp xpe la janji anak² selamat.. kira 2020-2021 ni kira burn lah.. anak² lebih byk belajar sendiri dpd belajar dgn cikgu.. apa boleh buat kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Terpaksa. Nak ke sekolah, memang tak logik. Mungkin waktu ni lah boleh implement 'kemenjadian murid'.

      Delete
  3. Bila PDPR mak-mak kat rumah terpaksa transform jadi singa. Bukan apa, masa online class satu window bukak zoom satu window lagi bukak YTube.Mana taknya mak-mak jadi singa 😂.Ni adik ipar yang bagitau.Sebab dia yang hadap benda ni hari2.Ki3.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpe. Asalkan anak-anak faham apa yang diajar.

      Budak sekarang kan multitasking. 😁

      Delete
  4. Tu lah.. anak-anak di rumah ni, memang saya jadi tukang perhatikan kerja-kerja sekolah mereka. Pening. Ada kalanya, kita pun tak tahu nak terangkan macam mana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Still kena ambil tahu. Mungkin lepas ni parents sekali-sekala boleh join kelas online anak-anak.

      Delete
  5. Memang banyak cabarannya. Yang ada anak ramai mesti pening nak perhati anak satu-satu. Nak terangkan lagi, tengokkan kerja sekolah lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang meletihkan. Tapi kena buat jugak. Cikgu-cikgu payah dah nak bantu didik anak-anak. Hanya mampu mengajar subjek je sekarang.

      Delete
  6. Ada kebaikan dan keburukan. Susah nak puaskan hati semua pihak. Since saya tak ada anak, takut nak komen lebih-lebih nanti netizen kecam

    ReplyDelete
  7. Memang banyak kena tolong anak masa pdpr ni. Tolong yang anak bongsu la. Yang kena print dan sebagainya. Apa nak buat, sabor je la, supaya anak boleh belajar.

    ReplyDelete
  8. pdpr niii kalau line laju okay jaa sebenarnyaa.. kalau slow nii. alahaiii

    ReplyDelete
  9. No 2 dengan no 5 tu paling stress.. dah lah tak faham, kerja sekolah banyak.. pening nak menguruskan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Bila tak faham, memang payah nak communicate dengan cikgu.

      Delete
  10. aida, ibu kpd 3 org anak. hmmmm tak tau la nak komen camne :(
    dgn kerja ofis (wfh). berebut-rebut nak guna laptop dgn anak-anak. sib baik capaian internet takde masalah.
    doa agar pandemik covid 19 segera hilang. kita semua boleh hidup normal, dgn norma baharu. in shaa Allah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang PdPR sambung lagi. Harap diorang dapat biasakan diri dengan keadaan ni. 💪

      Delete

Sila komen, kerana komenmu begitu berharga.