What's up?

  • run

    HOME

Yantzen terkandas di suku akhir? Aku dah agak dari awal konsert.


Be real. Dalam banyak-banyak peserta malam tadi, boleh nampak yang persembahan Yantzen paling kurang wow. Bukan tu je, siap ada yang komen online Yantzen nyanyi pitching problem.

Bila giliran Yantzen buat persembahan, aku pun boleh agak yang dia akan tersingkir. Bukan sebab dulu dia skip 1 konsert (sebab tak sihat), tapi memang persembahan dia malam tadi, bagi aku paling teruk berbanding persembahan dia sebelum ni.

Noraniza Idris dengan busananya.

Tapi boleh nampak Yantzen cuba sedaya upaya nak kasi wow kat persembahan dia. Tetap tak mampu. Lagi-lagi bila Mus start nyanyi. Seriously, konsert Gegar Vaganza minggu 8 malam tadi, Mus lah yang paling menyerlah. Walaupun aku support Kak Ani, tapi Mus memang all-out malam tadi.

Aku pun thrilled tengok Mus nyanyi walaupun bukan genre pilihan aku.

Sekarang, hanya tinggal 7 peserta yang mara ke separuh akhir. Agak-agak siapa pulak yang akan tersingkir lepas ni?

Pertama kali bela ikan neon tetra dan GloFish.


Ingat tak aku ada mention aku pergi Marang dalam entri lepas? Aku lupa nak bagitau. Kat kedai ikan tu, aku sempat lah beli beberapa ekor ikan neon tetra dan GloFish. Tak banyak pun. Risau tak muat akuarium aku yang secoit ni.


Ikan neon tetra ni aku tak pasti jantan atau betina. Aku tanya penjual ikan tu, dia pun tak pasti. Ikan GloFish pulak aku beli warna oren, hijau dan kuning. Warna lain dah habis.

Banyak jugak aku spent duit beli barang-barang akuarium termasuk lah pam oksigen, aquarium soil, benih pokok akuatik dan brand Aquadine seperti anti-white spot dan anti-chlorine.



Aku beli akuarium style lego ni dalam Shopee. Murah je. Tapi lampu tu LED tu tak tahan lama. Dalam seminggu dah rosak sebab terkena percikan air. Kebanyakan aksesori dan barang-barang lain aku beli dalam Shopee jugak.



Untuk pengetahuan, ikan GloFish ni dihasilkan daripada kejuruteraan genetik dan dah dipatenkan siap-siap. Maksudnya ikan ni tak boleh dijual sesuka hati. Kena ada lesen baru boleh jual.

Leceh ke nak jaga ikan kecik ni? Bagi aku, memang leceh. Nak kena bagi makan on time, kena pastikan suhu air tu stabil sebab rumah aku ni kalau panas memang terasa bahang. Kalau tukar air, kena taruk anti-chlorine sebab air kat dapur memang banyak klorin.

Locapure Mosquito Repellent Gel boleh halau nyamuk. Berkesan ke?


Memandangkan kat rumah aku ni asyik hujan, jadi kawasan sekitar memang jadi tempat pembiakan nyamuk lah. Pantang ada takungan air sikit. Mula lah puak-puak diorang beranak pinak.

Mula-mula aku guna ubat nyamuk old school. Ubat nyamuk lingkar yang bersasap tu. Tapi bau asap tu kuat sangat, aku letak kat luar rumah tepi tingkap.


Masa aku scroll Shopee, aku jumpa lah satu ubat nyamuk ni. Jenis gel. Bedasarkan description, ubat nyamuk jenis ni tak merbahayakan kesihatan even untuk bayi. 100% natural product. Betul ke?



Aku pun beli lah sebijik. Nak test. Bau gel tu wangi macam bau serai. Bila tengok ramuan, memang ada serai pun. Tekstur gel ni macam Ambi Pur. Aku letak dalam bilik dan memang boleh tengok keberkesanannya. Nyamuk dah kurang masuk dalam bilik.



Bila waktu siang, botol gel ni boleh tutup dan aku buka semula penutup bila waktu malam. Dapat jimat. Aku guna tak sampai sebulan. Tapi bagi aku, gel ni memang mujarab untuk kurangkan kehadiran nyamuk dalam bilik.

Air Bud. Filem Disney paling best pernah aku tengok.


Ni kali kedua aku layan filem Air Bud. Aku sebenarnya tak terfikir pun nak tengok cerita ni. Sebab baca sinopsis, pasal anjing. Hurmm. Tapi disebabkan ni cerita tahun 90-an, aku pun layan. Memang aku tahu. Kebanyakan filem kanak-kanak tahun 90-an mesti best.

Lepas je habis tengok, jujur aku kata cerita ni memang best! Aku ingat cerita biasa-biasa je. Tapi bukan. Sampai bergenang air mata aku. Ada part sedih, ada part happy.

Untuk yang tak pernah tengok filem ni, meh aku story sikit. Filem ni berkisarkan tentang sorang budak lelaki, Josh Framm yang baru pindah rumah. Ayah dia baru meninggal dunia dalam kemalangan pandu uji jet. Walaupun Josh masih ada mak dan adik perempuan tapi dia masih rasa sunyi. Mungkin dia sangat rapat dengan ayah dia.

Josh dan ayah dia.

Masa hari pertama kat sekolah.

Josh suka main bola keranjang dengan ayah dia dulu. Tapi lepas ayah dia dah takde, takde siapa yang dia boleh main sekali. Kat sekolah, dia sanggup jadi water boy atau budak suruhan team bola keranjang. Padahal boleh je dia apply join team bola keranjang tu.

Gelanggang bola keranjang lama.

Dia siap bagi Buddy puding.

Suatu hari masa dalam perjalanan balik dari sekolah ke rumah, Josh singgah kat sebuah rumah usang ni. Kat sini dia nampak ada gelanggang bola keranjang yang dah buruk. Kat sini lah dia jumpa Buddy, anjing aka best friend dia.

Waktu ni Josh tahu yang Buddy pandai main bola keranjang.

Happy bebenor diorang.

Start dari situ lah kekosongan jiwa Josh ni terubat. Dia dan Buddy memang rapat. Sampai satu hari tu, tuan Buddy ni nak ambil semula Buddy.

Josh sedih sebab tuan Buddy nak ambil semula Buddy.

Antara scene paling menyentuh jiwa sanubari.

Part ni aku sedih. Josh pergi cari Buddy kat rumah tuan dia dan bawak Buddy ke satu tempat yang aku rasa macam pulau kecik. Niat dia nak bagi Buddy ni bebas dari tuan dia dan dengan harapan Buddy akan dapat tuan baru yang lebih baik.

Meleleh hingus dia nangis.

Akhirnya Buddy kembali cari Josh!

Hari tu jugak Josh ada match bola keranjang. Masa ni Josh dah join team bola keranjang. Team Josh hampir kalah. Tanpa disangka-sangka, Buddy muncul masa match tu. Mungkin sebab dia tahu Josh perlukan dia waktu tu.

Bagi aku, cerita macam ni memang best. Dengan skor muzik yang memang mendayu-dayu bila dengar. Kalau ikutkan, 23 tahun dah berlalu. Filem ni tahun 1997. Tapi sampai sekarang masih releven.

Aku rasa bersalah shopping di Shopee musim tengkujuh ni.


Dari minggu lepas hujan asyik turun tak henti. Dalam masa 24 jam, boleh kira berapa lama je tak hujan. Panas terik dah kurang. Masa awal November haritu, asyik panas je. Bukan panas biasa-biasa. Waktu tengah hari memang terasa bahang haba dari matahari.

Waktu tu, bila aku order barang dari Shopee atau Lazada, aku kesian kat posmen sebab bawak motor dalam panas terik. Kalau posmen yang naik van atau kereta tu, takde masalah, boleh duduk dalam aircond.

Earphone jack extension. Aku beli waktu promo RM3.52 daripada harga asal RM10.29.

Sekarang dah masuk musim tengkujuh. Hujan takde lah lebat macam ribut tapi bukan jugak hujan rintik-rintik. Hujan yang turun masih dikategori sebagai hujan lebat. Aku kesian tengok posmen atau rider yang hantar barang. Basah lencun walaupun dah pakai baju hujan. Terpaksa redah hujan sebab nak hantar barang customer. Bagi yang dapat gaji tetap tu tak terasa. Tapi bagi yang dapat commission tu, memang terasa. Nak tak nak, kena hantar. Kalau tak hantar, commission tak dapat, customer pun confirm complain barang lambat sampai.

Aku kat sini serba salah. Beli barang online, niat nak support sellers yang terkesan waktu PKP ni. Dalam masa yang sama, kesian pulak kat posmen yang hantar dalam keadaan basah kuyup. Aku doakan semoga diorang dimurahkan rezeki selalu.

Pernah beli barang di Shopee? Siapa tu Mr. Hu?


Aku perasan benda ni dah lama dah. Tapi tak terfikir pulak aku nak cari info pasal benda ni. Aku ada terbaca satu artikel di portal The Vocket. Kecoh jugak kat Twitter. Bukan apa, kalau aku order dan dapat barang dari China, aku buang terus plastik atau bungkusan tu. Nak simpan buat apa kan?

Mr. Hu the Power!

Jadi, siapa Mr. Hu? Ada yang kata Mr. Hu ni person in charge kat China. Kat warehouse. Kalau ikut pemahaman aku, seller dari China pos barang yang kita order. Dia hantar mungkin guna courier macam PosLaju dan J&T tu. Kemudian courier ni lah yang akan hantar barang tu ke warehouse, di mana Mr. Hu yang akan take charge untuk ship ke Malaysia.

Tapi tu hanya teori aku je. Info sahih masih belum ditemui. Memang misteri betul Mr. Hu ni.

Aku layan Lizzie McGuire sampai habis.


Masa sekolah rendah boleh katakan aku selalu jugak tengok cerita ni kat ntv7. Waktu tu ntv7 ni baru nak up. Banyak rancangan atau cerita English yang diorang tayang. Antaranya Malcolm in the Middle, Sabrina the Teenage Witch, Charmed, Are You Afraid of the Dark?, Survivor, CSI dan banyak lagi. Seriously, memang banyak lagi.

Heaven giler waktu tu. Mostly tiap-tiap malam melekat kat depan TV sambil siapkan homework. Bagi aku secara keseluruhan, rancangan kat ntv7 tu sesuai untuk seisi keluarga tengok. Jarang nak ada adegan yang kureng sesuai. Kalau ada pun, akan ditapis siap-siap.

Antara cerita paling best aku tengok waktu tu adalah Lizzie McGuire. Memang nampak girly sangat sebab watak utama tu perempuan, Hilary Duff. Tapi peduli apa zaman sekolah rendah dulu. Asalkan cerita best, aku layan.

Gordo, Lizzie, Miranda.

Aku baru lepas habis tengok online. Ada dua seasons. Sepanjang aku tengok cerita Lizzie McGuire ni, terkenang kembali zaman sekolah rendah dulu. Ada beberapa episod tu aku memang ingat sangat. Cuba bayangkan hampir 20 tahun tapi aku masih ingat lagi beberapa scenes. Oh.. sungguh nostalgic!

Lizzie McGuire ni pasal sorang budak perempuan sekolah rendah (junior high) yang low profile kat sekolah. Selalu kelam-kabut tapi jenis yang peka keadaan sekeliling. Lizzie ada dua orang BFF, Miranda dan Gordo. Diorang bertiga ni memang tak boleh dipisahkan. Ada je masalah yang diorang kena hadap setiap hari.

Diorang kalau call, akan join bertiga sekali.

Kalau bukan kat sekolah, Lizzie mesti akan ada masalah kat rumah. Adik lelaki dia, Matt, selalu menyakitkan hati dia. Tapi in a good way lah.

Matt dan Lanny.

Kartun yang akan muncul bila Lizzie bermonolog.

Antara plot yang aku ingat, ada sorang budak lelaki yang tak pernah bercakap (Lanny). Tak pernah keluarkan suara. Tapi kawan dia (Matt) faham apa yang dia cakap. Lepas tu, yang menariknya cerita ni, akan ada kartun Lizzie tu sendiri. Bila Lizzie bermonolog, kartun tu akan muncul.

Mak Lizzie, Matt, Lizzie, ayah Lizzie.

Lizzie dan Gordo.

Masa diorang buat live.

Tak sangka dah hampir 20 tahun. Masing-masing dah besar, dah jadi mak bapak orang siap. Rindu weh zaman tu. Zaman best ntv7. Kalau nak tengok cerita English, mesti akan bukak ntv7. Walaupun TV2 dan TV3 pun ada cerita English, tapi tak boleh lawan ntv7 punya kualiti. Best dan up-to-date.

Dashing di hati. Dari dulu sampai sekarang aku pakai.


Sebut je Dashing, pasti semua kenal. Dulu bedak atau talkum ni paling jadi sebutan dalam kalangan belia lelaki. Aku ingat lagi akhir tahun 90-an. Waktu tu kiranya sesiapa yang pakai brand Dashing ni boleh dikatakan seorang yang loaded. Mampu beli barang-barang Dashing.

Aku paling suka bedak Dashing waktu tu sebelum wujudnya banyak variant macam Cool, Active dan sebagainya. Aku ingat lagi setiap kali balik rumah sepupu aku, semerbak bau bedak Dashing. Aku masih sekolah rendah. Dia memang suka pakai. Bau bedak waktu tu memang best. Aku tak tahu nak explain macam mana. Bau yang tak kuat sangat tapi menenangkan. Botol tu warna hitam. Mungkin bau harum tu hanya terhasil bila dia pakai kot. Sebab sesetengah orang bila pakai wangian akan hasilkan kesan yang berbeza.

Sekarang ni aku cari kat kedai memang tak jumpa bedak tu. Semua bedak Dashing aku hidu. Tapi masih tak sama dengan waktu dulu.

Aku start pakai Dashing tak silap aku masa sekolah menengah. Deodorant dan bedak. Waktu tu rasanya dah ada variant baru yang macam aku sebut tadi. Aku suka variant Cool sebab bau tu tak kuat sangat tapi tahan lama. Dan aku prefer jenis stick. Deodorant ni ada 3 jenis: stick, roll-on dan spray. Aku suka guna stick sebab tahan lama kat ketiak. Bila berpeluh pun masih tahan lagi. Kalau jenis roll-on dan spray, kalau pakai pagi, tak sampai tengah hari dah hilang kesan.

Deodorant spray. Jenis stick takde.

Perfume EDT. Tapi bau memang tahan lama.

Yang ni anytime EDT. Boleh bawak bila keluar rumah.

Sekarang Dashing keluarkan aroma baru. Juventus. Ada 2 variant: 7 dan 10. Ada deodorant, perfume dan anytime EDT. Aku try beli dua-dua variant. Kononnya nak tahu aroma mana yang paling best. Last-last aku prefer yang nombor 7 tu. Aku suka bau 7 sebab lagi wangi dan tak sakit hidung bila hidu. Nombor 10 tu bau kuat sikit. Untuk orang yang aktif bersukan memang sesuai.

Aku rasa berbaloi beli brand Dashing ni. Bau best dan harga pun tak mahal sangat. Dari segi ketahanan bau tu, aku rasa ok je. Aku pakai dari pagi, boleh tahan sampai petang even aku guna deodorant jenis spray.

The Masked Singer Malaysia: Vokal Aina Abdul yang cukup memukau!


Sejak PKP dari awal tahun hari tu, aku memang jarang tengok TV. Walaupun terpaksa terperuk dalam rumah, aku just tengok TV bila perlu. Macam haritu, waktu 7 Hari Mencintaiku tengah tayang kat TV3. Aku tengok sekerat jalan je. Beberapa episod terakhir, aku just tengok online. Malas nak menghadap depan TV lama-lama. Dan malas pulak aku nak komen pasal jalan ceritanya sebab aku pasti semua yang pernah tengok musim satu akan tahu macam mana.

Memandangkan aku kurang tengok TV dan hanya online depan laptop, aku memang tak pernah tengok walau satu episod The Masked Singer Malaysia (TMSM). Kalau sesiapa peminat variety show Korea macam Running Man, 2 Days 1 Night dan Family Outing, mesti tahu pasal The Masked Singer ni. Asal-usulnya memang dari Korea dan title asal King of Mask Singer. Bukan Malaysia je yang ada, tapi US dan Thailand pun ada buat The Masked Singer versi negara diorang.

Apa yang aku terkejut, viral kat Twitter pasal video nyanyian Aina Abdul. Siapa dia? Kalau sesiapa yang tengok AJL34 tahun lepas, mesti tahu siapa dia. Ala yang nyanyi pakai baju putih berlumuran darah masa final tu.


Aku tak tahu pun Aina Abdul ni masuk TMSM. Suara dia memang power. Kalau level macam ni, aku rasa dia memang boleh pergi jauh. Cumanya kena ada lagu yang catchy dan sesuai dengan vokal dia. Ada yang kata dia ni underrated. Bagi aku, takde underrated sangat pun. Orang kenal je dia cuma dia kurang keluarkan single baru.

Aku rasa antara penyanyi Malaysia yang mampu nyanyi macam dia adalah tak lain tak bukan, Jaclyn Victor. Aku suka bila dengar Jac nyanyi. Padu dan bertenaga. Boleh check out lagu Sebelah Jiwaku. Lagu ni memang ngam dengan suara dia.


Bebalik kepada Aina Abdul, dia ni masih lagi dikategorikan sebagai BBNU (Budak Baru Nak Up). Masih banyak masa lagi untuk dia kembangkan karier dia. Muda lagi kan. Dia baru 27 tahun kot. Mungkin dia comeback tak kena waktu. Waktu PKP. Banyak halangan dan kekangan bila nak keluarkan lagu baru. Kalau nak buat promosi pun, terpaksa buat online, kena ikut SOP. Adeh.

BonChili yang pedas berapi! Pedas sangat ke?


Kali pertama aku dengar jenama BonChili ni. Aku kalau masak spaghetti, mi atau telur goreng, memang jarang tabur chili flakes ni. Contohnya makan mi sup kat kedai. Atas meja ada chili flakes, aku jarang ambil sebab memang tak pedas pun. Cili hidup lagi pedas.

Tapi lain pulak dengan BonChili ni. Asalnya dari BonCabe, produk keluaran Indonesia. Tak silap aku, untuk pasaran Malaysia, nama ditukar kepada BonChili. Kang tak pasal-pasal orang kita tak tahu apa tu cabe.

BonChili ni ada 5 level kepedasan. Dari level 2, 3, 10, 15 sampai lah 30. Aku try beli level 15 sebotol. Memang pedas. Bila letak kat lidah kosong macam tu memang akan rasa pedas. Aku tabur atas ayam goreng celup tepung, memang rasa pedas.

Ni bukan cekodok ye. Ni ayam goreng celup tepung.

Kalau nak dibandingkan dengan pedas Samyang atau Mamee Ghost Pepper tu, memang jauh beza. Lagipun kegunaan chili flakes ni hanya ditabur di permukaan atas makanan. Nanti bila suap makanan dalam mulut, akan rasa hawa pedas tu.

Promo kat Shopee.

Bagi aku, sangat unik bila ada produk macam ni. Jarang sekali kita dengar orang Malaysia guna chili flakes di rumah. Sebab kalau masak, makanan tu memang selalu pedas. Cili kisar banyak digunakan dalam masakan. Mi segera pun banyak yang pedas. Sebab tu chili flakes ni kurang digunakan.

Tapi bila dah macam-macam level pedas ada, aku yakin BonChili ni akan viral, setanding dengan Samyang dan Mamee Ghost Pepper.