ZUS bagi sticker ube 2.0 pulak.


Start Khamis lepas, ZUS Coffee buat promo baru. Kali ni diorang buat air ube. Sebelum ni dah pernah ada air ni. Tapi versi baru ni ada beberapa ketul air ube baru.


Sabtu tu, aku pun pergi lah kedai tu. Promo ni pelik sikit. So far masa aku pergi, hanya ada sticker. Cup sleeve, paper bag dan merch lain takde.


Macam biasa, kalau nak dapat sticker promo, kena beli air promo yakni mana-mana air dalam Ube Series. Harga paling murah RM10.20.

Mulanya aku beli air Iced Ube Cha Cha. Air ni unik. Sebab katanya ada elemen bubur cha cha. Memang betul pun. 'Bubur cha cha' tu ada kat dasar cup air.


Air kedua aku beli (sebab nak collect sticker lebih), air Iced Ube Tiramisu Cafe Latté. Air baru jugak ni. Rasa air ni berkopi. Rasa tiramisu tapi versi air.


Aku beli jugak seketul Ubi-Misu In A Cup. Nama macam fancy tapi benda ni tiramisu perisa ube je. Sedap. Rasa berlemak. Ngam betul gabungan ube dan tiramisu ni.




Air ube lain aku tak pasti nak beli ke tak lain kali. Kalau rasa nak beli, beli lah kan?

Post a Comment

0 Comments