Pertama kali duit AdSense masuk.


Rezeki raya. Tak sangka betul-betul masuk. Dan mudah pulak tu. Aku ingat lagi masa mula-mula nak apply AdSense. Punya lah payah. Berkali-kali kena reject. Lepas tukar domain, tup! Terus Google bagi lulus.

22 Mei 2022, Ahad


Aku perasan transactions dah mula. Masa godek-godek page AdSense, terperasan yang ada satu remark mengatakan Automatic payment pending: Wire transfer to bank account *** for *** kat situ.


Ada dua pilihan untuk dapat duit AdSense. Satu, melalui wire transfer iaitu duit masuk ke akaun bank secara online. Kedua, melalui cek. Google akan hantar cek fizikal kepada kita. Aku pernah terbaca yang kalau buat pilihan wire transfer, dalam masa seminggu, duit AdSense akan masuk dalam akaun bank. Kalau pilih bayar pakai cek, duit lambat masuk sebab nak kena terima cek tu dulu baru boleh cash out.


Petang tu, dapat emel dari Google. Katanya diorang dah mula proses untuk masukkan duit ke dalam akaun bank. Duit sepatutnya masuk dalam masa 5 hari bekerja.

24 Mei 2022, Selasa


Pak cik kayo! Duit AdSense masuk. Buat pertama kalinya. Terasa kaya kejap. Ye lah. Bukan senang nak dapat duit macam ni. Lagipun, siapa nak bagi free kan? Terasa usaha berblogging membuahkan hasil.


PV aku sehari-hari takde lah banyak. Cukup-cukup makan je. Maklum lah, bukan blogger famous. Bersyukur sangat teman-teman bloggers sekalian yang sudi jenguk dan dapat tinggalkan jejak kat entri. Harap lepas ni, aku akan lebih bersemangat untuk terus menulis dalam dunia maya ni.

Post a Comment

26 Comments

  1. wah alhamdulillah. tahniah duit dah masuk :)

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah selamat menerima hasil.

    ReplyDelete
  3. alhmadulillah tahniah...sekarang mata wang Dollar besar...jadi tukar kepada ringgit memang masuk juga hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. πŸ˜€

      Betul. USD besar. Alhamdulillah rezeki raya.

      Delete
  4. wahhh sama timing kita dapat duit raya ek. tahniahhhhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lah. Perasan jugak hari tu. Mungkin Google dah tetapkan waktu yang akan masuk.

      Delete
  5. wahh tahniah.. syu tak bleh cashout lg

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. πŸ˜€

      Takpe. Pelan-pelan kayuh.

      Delete
  6. Tahniah. Saya masih setia menunggu. Harap takdelah sampai 5 tahun lagi baru dapat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. πŸ˜€

      Saya pun harap macam tu jugak lepas ni. Jenuh menunggu.

      Delete
  7. wah.. alhamdulillah... rezeki duit raya ni

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah...rezeki bulan Syawal..

    ReplyDelete
  9. tahniah bk, mesti seronok kan.. mama dah lama cerai dgn GA

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. πŸ˜€

      Kena rujuk balik tu.

      Delete
  10. Alhamdulillah.. Tahniah dah dapat duit adsense..

    ReplyDelete
  11. Salam... Sy dpt payment 28nov2022(kelmarin) bru check d acc google adsense td... Tpi bila check acc bnk online payment tu blm masuk... Biasanya brapa hari proses dia baru msuk dlm acc bank ya? Smoga dibalas....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam. Tahniah dah berjaya dapat duit AdSense!

      Ada terima emel dari Google tak? Ikut pengalaman saya, dalam emel tu, Google info yang duit akan masuk ke bank dalam 5 hari bekerja.

      Saya terima emel 22 Mei dan duit masuk dalam bank 24 Mei.

      Delete