Fistlogic: Budak gemuk bangkit dari dibuli.


Karya terbaru Zint. Baru bulan lepas diterbitkan secara rasmi. Lepas siri Speeder tamat, terus Zint hasilkan naskhah baru. Ada 4 jilid kesemuanya. Antara koleksi yang berbaloi untuk dibaca dan dikumpul.

Tajuk: Fistlogic 01
Karya: Zint
Harga: RM12.00 / RM13.00 (SS)
ISBN: 9789672790662
Muka surat: 144
Tarikh terbit: April 2022
Penerbit: Kadokawa Gempak Starz Sdn Bhd

Sinopsis


Kisah Rev, pelajar sekolah berbadan gempal yang dibuli disebabkan sikapnya yang lemah. Walaupun berbadan besar, dia selalu dibuli dan dipinggirkan oleh rakan sekelas.


Hidup Rev mula berubah mendadak bila jumpa Julia, gadis yang hebat berlawan. Atas ajakan (paksaan) Julia, Rev join Fistlogic Tournament, iaitu pertempuran satu lawan satu untuk dapatkan title juara.

Ulasan


Komik ni sempoi je. Baca memang tak bosan. Takde scene yang boring. Setiap muka surat diisi dengan lukisan yang kemas dan terselit lawak yang bagi aku, secukup rasa.


Macam karya Zint sebelum ni, Fistlogic jugak tekankan elemen aksi dan terbaru, seni bela diri. Jadi, boleh layan aksi dan pertarungan yang ada dalam komik ni.


Komik ni rasanya lebih sesuai untuk bacaan remaja dan dewasa. Kanak-kanak, aku rasa macam tak patut baca. Bukan apa. Ada scene bertarung dan elemen seksi yang ada dalam komik ni yang tak sesuai untuk bacaan kanak-kanak bawah umur. Tak elok untuk perkembangan minda diorang. ❌


Berbaki 3 lagi jilid yang akan diterbitkan. Tak sabar nak baca komik seterusnya. Aku prefer beli online. Selalu ada diskaun dan kalau team Gempakstarz baik, diorang akan bagi free gift.

Post a Comment

12 Comments

  1. bagi peminat komik..memang mereka suka dan tak jemu unbtuk layan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Kadang dapat release stress layan komik.

      Delete
  2. salunya beli komik online kt mana BK? anak² sy peminat komik... tiap bulan beli kt popular/mph, nasib baik ada member card

    ReplyDelete
    Replies
    1. Online saya beli kat Shopee dan Lazada. Banyak kedai dalam ni yang jual komik: Gempakstarz, Sasbadi, Syarikat Adam, Gallery Bookstore, Hasanibooks, Comicholic, BukuPTS, komikm, Pustaka Rakyat dan banyak lagi.

      Delete
  3. wahhhh makin menjadi2 zint ni! dah keluar karya baru!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lah. Lukisan dia kemas. Plot cerita pun senang nak faham.

      Delete
    2. zint yg sy kenal mmg kemas kerjanya... senang bekerjasama juga dgn dia...

      Delete
    3. Untung dapat kenal Zint. Antara pelukis kesukaan ramai ni.

      Delete
  4. Wah komik baru.. Menarik juga..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Menarik. Recommended untuk bacaan ringan dan santai.

      Delete
  5. Replies
    1. Betul. Dulu-dulu lagi best. Dalam tahun 2005 - 2015. Zaman kegemilangan Gempakstarz yang terbitkan macam-macam komik bersiri yang best.

      Delete