Superhero Malaysia Keluang Man bakal difilemkan.


Mereka yang membesar zaman 90-an pasti kenal Keluang Man kan? Watak superhero Malaysia yang jadi kegilaan ramai. Keluang Man jugak antara kartun animasi Malaysia generasi pertama yang sebaris dengan Usop Sontorian, Kampung Boy, Sang Wira, Yokies dan Anak-anak Sidek.

Penerbit dan peneraju industri perfileman tanah air, Astro Shaw telah menandatangani lesen hak cipta adaptasi ke filem bersama pemegang IP (Harta Intelek) Keluang Man, Iconic Animation Studio Sdn Bhd baru-baru ini bagi menerbitkan filem aksi pertama Keluang Man. - Gempak

Barisan yang terlibat dalam filem Keluang Man.

Tadi baru dapat tahu yang Keluang Man akan dijadikan filem. Tapi takde pula info lanjut sama ada filem ni berbentuk animasi atau live-action. Setakat yang aku baca kat portal, diorang hanya mentioned yang Keluang Man akan diadaptasi ke bentuk filem.

 Info: Kisah Borhan (Keluang Man), yang merupakan pesakit di sebuah hospital mental kat Tampoi. Dengan ditemani partner dia, Samad (Tiong Man), diorang berdua menyelinap keluar dari hospital pada waktu malam untuk membanteras jenayah yang berlaku.

Dulu masa kecik ingat lagi. Waktu berbuka puasa, duk depan TV sebab nak tengok Keluang Man. Zaman tu mana ada lagi anime aksi macam Naruto atau One Piece. Jadi, kalau nak tengok kartun aksi, Keluang Man lah yang ada.


Siapa yang layan Batman, mesti akan tahu ada beberapa persamaan. Kalau Batman ada Robin sebagai partner dia, Keluang Man pulak ada Tiong Man untuk bersama-sama banteras jenayah di waktu malam.

Trivia Keluang Man

  • Animasi superhero pertama Malaysia.
  • Ilham Kamn Ismail (Allahyarham Haji Kamarudin Ismail) daripada keluang (keluarga kelawar).
  • Pertama kali disiarkan di TV1 pada tahun 1998.
  • Ada 7 musim (melebihi 140 episod).

Amacam? Excited ke tak? Ke masih ragu-ragu dengan filem Keluang Man nanti? Risau tak capai expectation? Entah. Diorang kerjasama dengan Astro. Harus lah kualiti elok kan?

Sumber 2: Gempak

Post a Comment

8 Comments

  1. Jauh lagi perjalanan karya rare ini. Tak tahu nak cakap bagaimana. Kena amik pelakon yang betul2 hayati @ menjiwai karya rare ini haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann. Kalau live-action, pelakon satu hal, CGI satu hal. Kena buat teliti biar boleh dijadikan naskah negara yang berharga.

      Delete
  2. dulu masa mama kecil tgk kluang man ni.. mmg lawak sgt

    ReplyDelete
  3. kalau animasi ok lah since filem-filem animasi kat Malaysia sedang berkembang pesat. kalau live action takut jadi cam Badang alip sukri tu. sesak nafas dibuatnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harapnya buat animasi. Bagi up kualiti setanding dengan Upin & Ipin atau Boboiboy. Nak buat live-action boleh. Tapi risau tak kena pelakon dan jalan cerita merapu.

      Delete
  4. Excited gila.. harapnya pemilihan pelakon dan jalan cerita tak lari jauh lah dari animasi dia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Kalau live-action, harapnya buat lah CGI yang berkualiti tinggi setanding dengan filem luar negara. 🤭

      Delete