Nasi ayam bajet.


Niat awal nak buat nasi ayam complete set. Tapi lupa nak cari beberapa bahan lain kat kedai. Selalunya nasi ayam orang letak iceberg salad atau timun, tapi dua benda alah ni lupa nak beli. Last-last, terpaksa buat nasi ayam versi bajet.

Aku pasti ramai yang dah tahu cara buat nasi ayam. Antara menu paling mudah nak buat. Cumanya sup nasi ayam ni yang agak kompleks. Salah buat, tak sedap. Rasa plain dan tawar.

Cara mudah buat sup


Sup nasi ayam tak sama macam sup yang biasa kita masak tu. Yang ada bunjut dsb. Sup nasi ayam tak perlu guna segala rempah-ratus mak nenek segala.
  • Air secukupnya
  • Majerin atau mentega
  • Bawang putih
  • Halia
  • Kiub ayam Maggi
  • Serbuk pati ayam Knorr

Tumis bawang putih sekejap. Lepas tu campur semua bahan sekaligus. Masukkan ayam dan biarkan masak. Lepas dah masak, nanti air rebusan tu boleh guna untuk tanak nasi dan letak sikit masa nak blend sambal nasi ayam.

Mudah dan cepat. Memang tak leceh pun nak buat nasi ayam. Jimat duit tak payah beli kat kedai. Lagipun, boleh alter berdasarkan cita rasa sendiri.

Post a Comment

4 Comments

  1. lama tak buat nasi ayam.. teringin pulak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada masa boleh buat jugak. Ni pun buat sebab lama dah tak merasa.

      Delete