Ulasan komik Budak Kombo oleh Froggypapa.


Salah satu komik buatan anak jati Malaysia yang aku suka baca. Aku kategorikan komik ni sebagai komik untuk bacaan ringan dan santai. Terasa vibe 90-an dan awal 2000's bila baca.

Sinopsis


Kisah Budak Kombo, superhero lokal yang tercipta hasil gabungan beberapa makhluk (3 manusia dan seekor kucing) menggunakan teknologi futuristik.

Ulasan


Salah satu komik di bawah Komik-M yang diterbitkan oleh PTS. Komik Budak Kombo ni asalnya sebuah naskhah yang dihasilkan oleh Proggypapa untuk sebuah projek yang dianjurkan oleh MDeC tahun 2011 yang menang geran RM20k.


Bila cakap pasal superhero, harus lah ada kaitan dengan saintis dan makmal. Macam tu lah jugak dengan komik ni. Boleh katakan kewujudan entiti Budak Kombo ni hasil eksperimen. Jadi, dapat rasa vibe DC Comics dan Marvel gitu.

Komik ni ada dua variasi cover. Satu putih dan satu hitam. Cover hitam tu cetakan kedua tahun 2016. Isi komik sama je, cuma cover dan jenis kertas isi dalam yang lain.


Tajuk: Budak Kombo
Karya: Froggypapa
Harga: RM9.90 / RM10.90 (SS)
ISBN: 9789674102388
Muka surat: 128
Tarikh terbit: 2015
Penerbit: PTS Publishing House Sdn. Bhd.


Tajuk: Budak Kombo
Karya: Froggypapa
Harga: RM9.90 / RM10.90 (SS)
ISBN: 9789674102388
Muka surat: 128
Tarikh terbit: 2016
Penerbit: PTS Publishing House Sdn. Bhd.

Cetakan pertama guna kertas putih, cetakan kedua guna kertas kuning.

Stroke atau gaya lukisan Budak Kombo ni bersahaja dan lebih santai. Takde lah kompleks macam manga Jepun. Lukisan pemandangan tak details tapi dikartunkan. Nampak lawak seolah-olah pelukis ni malas nak lukis bangunan atau sekeliling watak secara terperinci.


Tapi setiap pelukis kan ada style tersendiri. Yang mana bagi aku, mudah nak faham dan tak berserabut. Boleh dijadikan bacaan sambil minum petang.

Komik ni ada sambungan. Tak tahu bila komik seterusnya akan diterbitkan. Recommended untuk kanak-kanak dan remaja baca komik macam ni. Dialog pun menggunakan Bahasa Melayu tinggi, bukan bahasa pasar. Dan paling best, komik ni 100% berwarna. Boleh layan tanpa perlu berteka-teki tentang warna watak dan persekitaran.

Post a Comment

6 Comments