Pertama kali makan megi belut.


Singgah kedai makan kat tepi jalan. Teman anak-anak buah makan. Mulanya aku order air kopi O panas.

Sambil minum, aku usha sekeliling kedai. Menu bergantungan kat dinding. Tak banyak yang rare. Takde harga. Takde pulak staff bagi buku menu. Macam mana nak tahu harga? Kena tanya ke masa order? 🙄

Aku tertarik kat gambar megi belut yang tergantung depan aku. Presentation nampak menarik. Tapi dalam masa sama, risau pulak kalau tak tepati cita rasa aku. Sebab nak cuba, aku order satu.

Tak lama tunggu. Megi siap. Diberi sekali sepaket perencah kari Maggi asing. Mungkin untuk customer taruk sendiri. Sedap? Mungkin aku expect lebih. Serius tak kena dengan tekak aku.
  • Mi kembang.
  • Kuah macam kuah ayam paprik tapi tanpa serai dan daun limau purut.
  • Belut takde rasa. Plain sangat.
  • Tak hanyir tapi aku prefer kalau diberi sekali limau nipis untuk tambah perasa.

Aku tetap makan sampai licin. Tak elok membazir. Aku bagi rating 5 daripada 10 bintang. Megi belut ni boleh makan tapi mungkin lepas ni aku takkan order dah.

Harga pun bagi aku, agak mahal. RM7.50 semangkuk tu. Aku ada baca entri blogger Fiza pasal harga makanan. Kadang kuantiti makanan yang diambil tak kena dengan harga yang perlu dibayar.

Tapi aku tabik spring satu tempat makan kat Ayer@8 Putrajaya. Masa puasa singgah sana. Kedai lauk style buffet. Lauk-pauk dan sayur. Paling best, siap ada tag harga kat setiap menu tu. Sesenduk berapa ringgit dsb. Bagus. Senang customer nak bajet.

Penambahbaikan?


Banyak benda yang chef ni kena buat. Aku rasa kalau Chef Wan datang sini dan rasa megi belut ni, mau menangis. Megi macam ni kalau masuk pertandingan, confirm out awal-awal lagi.
  1. Sediakan sekali limau nipis. Ni kan megi kategori seafood. Kalau rasa kureng atau hanyir, customer boleh alter.
  2. Belut tu kalau digoreng separuh masak atau disalai dulu baru menarik. Kalau taruk macam tu je dalam megi, seolah-olah tak rasa aura belut. Macam kalau takde belut pun takpe.
  3. Mi tak perlu kembang. Taruk last pun takpe. Bagi masak sepenuhnya dalam mangkuk masa serve kat customer.

 P.S. Air kopi O dia kaw. Kopi sachet. Pekat dan cukup rasa manis. Customer sevice diorang sangat bagus. Pantas dan alert dengan sekeliling.

Post a Comment

3 Comments

  1. Mungkin harga belut tu yang jadi mahal

    ReplyDelete
  2. Lama xmakan belut, dulu pernah mancing di sungai pahang dpt belut aka ikan tilan

    ReplyDelete
  3. masak belut kalau tak kena cara memang tak sedap. banyak kedai macam ni, ingat megi tu menu simple so masak cincai-cincai

    ReplyDelete