Roller Coaster Spicy Seaweed Jack 'n Jill. Pedas yang sedap.


Kali ni, Jack 'n Jill buat produk baru. Jajan Roller Coaster berperisa rumpai laut yang pedas. Beli hari tu masa singgah pasar raya. Harga RM1.90 sepaket.

Tak banyak jenama jajan yang hasilkan produk macam ni guna seaweed. Boleh bilang dengan jari. Seingat aku, Twisties pernah buat jajan dia versi rumpai laut pedas. Sedap jugak.


Roller Coaster Spicy Seaweed ni paling best makan bila cucuk kat jari tangan. Masa kecik dulu selalu buat. Tapi bila dah besar ni, tetiba tak muat nak cucuk. 😆


Rasa jajan ni sedap. Ngam kombinasi rumpai laut dan tahap kepedasan tu. Pedas manja. Takde lah pedas melampau sampai budak menangis tak boleh makan.

Dalam satu pek ni pun boleh katakan lagi banyak dari potato chips atau kerepek kentang yang paket banyak oksigen tu. Jadi, aku rasa berbaloi jugak beli. Cuma terasa macam terlebih MSG. Kalau nak makan selalu, aku tak syorkan.

Post a Comment

6 Comments

  1. byjk MSG..sesekali takpe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sesekali tu boleh. Jangan banyak kali. 😂

      Delete
  2. haha. Alhamdulillah masih muat kalau saya cucuk jari kelinking

    ReplyDelete
  3. Lama tak makan roller coaster nie.. samalah, suka susun dekat jari macam cincin.. hehehe

    ReplyDelete