TAC CIMB Clicks kena blocked. Apa nak buat?


Semalam dapat mimpi ngeri. Tak pernah jadi macam ni. Kesnya aku nak beli top up dari Shopee. Lepas tu nak bayar guna CIMB Clicks. Dan memang kena terima SMS TAC dulu sebelum boleh proceed pembayaran.


Malangnya line internet aku buat hal malam tadi. Aku dah masukkan nombor TAC tapi bila tekan submit, app CIMB tu keras je tak bergerak. Aku cuba berkali-kali. Last-last kena block TAC tu. Maksudnya, aku tak boleh nak buat apa-apa urusan yang melibatkan penggunaan TAC. Risau jugak sebab kalau nak buat pembayaran kat Shopee atau seangkatan dengannya, memang kena guna TAC.

Kenapa CIMB blocked TAC? Berdasarkan portal CIMB:

Anda boleh meminta TAC baru melalui SMS/Messenger (sehingga 5 kali) untuk meneruskan transaksi anda. Atas sebab keselamatan, TAC anda akan dinyahaktifkan selepas 5 percubaan.

Dah lah tengah malam. Credit pulak takde nak call. Cara pantas nak aktifkan balik TAC ni ada satu je. Kena call nombor CIMB +603 6204 7788 (local & overseas).


Tadi baru aku call lepas beli top up. Dekat 10 minit jugak. Kes banyak sangat mesin yang bercakap sebelum sampai operator. Dan lagi satu, bila nak kena confrim kan maklumat diri, diorang akan hantar SMS. Tapi SMS ni tak dapat pulak. Adoi. Nasib baik dapat sambung semula bercakap dengan operator tu dan dapat setel masalah TAC kena blocked ni.

Post a Comment

37 Comments

  1. Owh! TAC pun ada jugak kena block eh. Thanks atas info. Sangat membantu...

    ReplyDelete
  2. Aduh!! Stress betul servis CIMB nie.. dengan line problem ye.. Mujurlah dapat selesaikan masalah..

    ReplyDelete
  3. so far tak pernah alami masalah macam ni. Kalau melibatkan bank dan duit ni memang stress kan. lagi-lagi kalau tengah malam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Nasib malam tu tak urgent sangat. Kalau tak, memang tak tahu lah nak buat apa.

      Delete
  4. CCL pernah beberapa kali juga TAC kena block melalui bank cimb ni , kecemas jugak dibuatnya , mujur la call customer services tu kejap je diorang buat , tapi bercakap dengan operator tu lama jugak la , nak sahkan identiti kita lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann. Kalau untuk security, bagus lah macam tu.

      Delete
  5. Kalau saya pun terus rasa takut bila melibatkan bank ke no TAC ke, memang tak senang duduk lah kalau kena gini. Pernah haritu masa duit PTPTN baru masuk, tiber hilang tinggal RM0.00 dalam bank. Nak menangis cakap dengan operator bank Islam. Nasib baik abang operator tu santai je hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lah. Kelam-kabut jugak first time jadi macam ni. Memang untuk keselamatan, sebelum dan selepas keluar masuk duit, kena selalu screenshot. Boleh jadi bukti kalau apa-apa berlaku.

      Delete
  6. Tac cimb sya kena block macam mna yea

    ReplyDelete
  7. No tac sy pn kena block..macamn nk buat, call xdapat2.. Nk email mcmn ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh refer alamat emel yang ada dalam gambar kat atas. Biasanya memang lama untuk pegawai CIMB tu angkat call.

      Delete
  8. Tac saya skena block macam mana ye

    ReplyDelete
  9. no phone sya.tak boleh trima tac dia kata bloked user status

    ReplyDelete
  10. Maaf nak tanya lepas call tu dia ada tanya nak bercakap dengan operator dia tekan 0 lepastu nk tekan apa pula ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lepas tekan 0, nanti sistem akan mintak kita pilih 1 atau 2:
      1. Perbankan
      2. Kad kredit

      Pilih nombor 1.

      Delete
    2. lepas tekan no 1 tekan apa bang

      Delete
  11. Macam mane nak cakap dengan operator tu? Ini call terus decline? Or ade lagi yg perlu dibuat?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin diorang busy waktu tu. Cuba lagi sampai dapat.

      Delete
  12. First nak ckp ape ehh?
    Bole bantu tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah sudah settel hari ni. Terima kasih atas tips yang dibagi kalau tak haih memang camtu je la yg jadi. Terima kasih sekali lagi ye.

      Delete
    2. Sama-sama. Nak setel senang je. Selagi dapat contact dengan pegawai CIMB tu, memang takde masalah.

      Delete
  13. bang kalau nak unblocked tac tu mesti tekan activate acc kaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Option 'activate acc' tu ada kat mana ya?

      Sebab kes saya ni, saya call CIMB terus.

      Delete
    2. saya dh kol cimb dia suroh sya tekan 1,or 2,3..saya tak tahu apa ii😂abg boleh ajarkan tak,macam mana nak unblocked tac tu,sama macam problem abg tu.

      Delete
    3. Pegawai CIMB yang bercakap tu akan unblock TAC ni. Kita tak boleh buat sendiri.

      Masa call, ikut je arahan suara tu. Contohnya kalau dia suruh tekan 1, kena tekan 1. Nanti call tu akan dijawab oleh pegawai yang bertugas.

      Delete
    4. tapi dia suroh pilih bang,no brapa

      Delete
    5. saya dh tekan operator,press 0,pastu perbankin,press 1 pastu saya tak tahu nk press apa,bahasa english susah😂

      Delete
    6. bolehkaa tuan bagitahu no apa saya nak tekan sampai habis

      Delete
    7. Langkah 1: Call 03-62047788.
      Langkah 2: Bila operator suruh pilih nombor, tekan 0 (untuk cakap dengan pegawai).
      Langkah 3: Lepas tu, tekan 1 (urusan perbankan).
      Langkah 4: Tekan 1 (urusan akaun peribadi).
      Langkah 5: Tekan 1 dan masukkan nombor IC ATAU tekan 2 untuk masukkan nombor akaun CIMB.
      Langkah 6: Tekan 1 (untuk buat pengesahan guna OTP).

      Nanti nombor 6 digit OTP akan dihantar dalam bentuk SMS. Kalau tak terima, abaikan arahan operator tu. Tunggu sampai operator tu habis cakap percubaan dah tamat.

      Langkah 7: Pilih 3 (urusan CIMB Clicks) dan panggilan akan disambungkan kepada pegawai bertugas.

      Harap langkah-langkah ni membantu.

      Delete