Melayan drama Cinta Yang Pulang di rtmklik.


Lama betul aku tak tengok drama Melayu. Banyak layan filem obersea je. Alergik tengok drama Melayu (tipu). Takde lah. Kesnya malas nak follow up drama panjang-panjang. Kali terakhir aku tengok drama Melayu sampai habis, waktu layan drama Korban Kasih. TV1 tayang masa bulan puasa tahun 2020. Sekarang ni pulak tengah layan drama Cinta Yang Pulang. Adaptasi novel katanya.

Tajuk: Cinta Yang Pulang
Episod: 26
Waktu siaran: Khamis - Sabtu, mulai 4 September 2021, 8.00 malam - 9.00 malam
Siaran TV: TV2
Pengarah: Bade Hj. Azmi
Produksi: Suhan Movies & Trading Sdn. Bhd., Telemal Production Sdn. Bhd.
Pelakon: Izzue Islam, Ummi Nazeera, Jasmine Suraya, Kuna Muzani, Fizz Fairuz, Nur Dhia Irdina, Azwan Kombos, Melanie Tan, Zalfa Zin, Areef Amran, Raja Azmi, Amar Asyraf, Shah Iskandar

Sinopsis


Kisah persahabatan Noah Imran dan Adina Insyirah yang putus disebabkan fitnah. Adina (atau Dina) bawak diri ke luar negara beberapa tahun sebelum pulang ke Malaysia. Dina yang memang tahu keberadaan Noah, sentiasa larikan diri tiap kali bertembung Noah.

Kalau dah jodoh tak ke mana. Kalau dah bodoh pun tak ke mana. Suatu hari Dina terpaksa jadi PA Noah kat tempat kerja Noah. Next? Apa yang berlaku? Kita nantikan.

**********


Aku suka tengok Ummi Nazeera berlakon. Dari drama sampai filem, semua lakonan dia ni memang menjadi. Penuh penghayatan. Ingat lagi masa tengok drama Patahnya Sebelah Sayap kat TV3. Dia punya feeling tu memang tak semua pelakon ada. Nampak bersahaja tapi sangat berkualiti. Lepas tu tengok filem Bisik Pada Langit. Antara filem yang aku suka tengok. Walaupun dialog dia dalam filem tu tak banyak tapi penangan lakonan yang menjiwai watak dia tu memang terkesan dalam hidup aku.


Drama Cinta Yang Pulang ni pun ada Izzue Islam sekali. Dia ni kalau berlakon memang padu jugak. Walaupun watak biasa tapi kualiti lakonan dia tu memang tak dapat dipertikaikan. Aku kenal Izzue ni masa tengok drama Sebenarnya, Saya Isteri Dia! yang TV3 tayang lama dulu. Antara drama adaptasi novel yang top. Nampak simple tapi jalan cerita yang lain daripada yang lain waktu tu.


Aku baru habis tengok episod 1 dan 2. Episod 1 ni kisahnya pasal Noah (Izzue Islam) dan Dina (Ummi Nazeera) ni BFF. Duduk berjiran. Dua-dua perangai sewel tapi rapat. Sampai ada yang dengki. Masa kat kampus, Thia (Jasmine Suraya) memang dengki dengan keakraban Noah dan Dina. Si Thia ni fitnah Dina. Konon Dina yang sebarkan gambar tak elok dia padahal Thia tu yang buat cerita bukan-bukan. Hanat betul orang macam ni.

Si Noah yang kerek.

Si Noah ni pun maki lah Dina. Siap face shaming lagi. Kesian betul tengok Dina waktu tu. Sampai nangis-nangis. Kebetulan dua minggu lepas tu, Dina pindah ke Australia sebab ayah dia kena tukar kerja.

Kena maki sampai berjurai air mata.

Masa pun berlalu. Nak dipendekkan cerita, 6 tahun berlalu. Rasa-rasanya diorang jumpa balik tak? Dengan Dina yang masih lagi trauma kena maki akibat fitnah dan Noah yang hidup dalam penyesalan? Jeng jeng jeng! Haruslah diorang jumpa balik. Watak utama kan?

Lepas 6 tahun, Dina balik semula ke Malaysia. Dia mula kenang kembali kisah-kisah dulu. Ye lah. Dah lama jadi BFF kot. Tiba-tiba sebab fitnah, dari BFF jadi musuh.

Episod 2 pulak, Noah dan Dina ni masih tak jumpa lagi walaupun duk berjiran. Kesnya Dina selalu larikan diri bila nampak Noah. Sorang ego, sorang merajuk. Bagus lah. Si Thia tu jadi setiausaha Noah. Jenis yang tak tahu malu. Asyik nak berkepit je dengan Noah. Sedangkan Noah dah declare yang diorang dah putus sebab Noah tak suka perangai Thia tu.

Noah tak tahu yang depan dia tu Dina.

P/s: Pelik tengok diorang berlakon dalam pandemik. Masa dalam mall, boleh tengok orang-orang luar pakai mask tapi diorang pelakon-pelakon ni je yang tak pakai.

Walaupun bagi aku drama ni best dan jalan cerita yang sempoi tapi macam novel-novel lain, bila diadaptasi ke live-action, akan ada lah kelemahan yang ketara.

1. Pasal bisnes tak sudah.


Pantang drama Melayu, mesti nak ada konflik dalam bisnes lah, tender lah. Dah jemu bila terpaksa hadap masalah dunia korporat ni. Nak jugak merasa kehidupan pekerja retail ke, pekerja gomen ke, dunia IKS (Industri Kecil Sederhana) atau dunia atlet sukan negara kita. Banyak kot sektor pekerjaan dalam Malaysia ni. Alih-alih yang sama jugak dipilih. Tapi kalau drama ni ikut sebijik dalam novel, tak boleh nak buat apa. Sebab tak silap, novel pun diterbitkan dari tahun 2018 lagi. Waktu tu trend konflik dunia korporat masih segar.

2. Makeup sekati tak kira masa.


Yang tak best, dalam rumah pun pakai makeup sekati. Tahu lah nak bagi pelakon nampak seri tapi bagi aku, tak perlu kot sampai tebal macam tu. Malam-malam pulak tu. Kalau siang logik lagi kan? Ummi Nazeera ni memang dah cantik. Rasanya dalam drama ni tak perlu kot makeup tebal macam tu.

3. Zaman comot Dina dan budak-budak Noah terlalu pendek.


Tak sampai separuh episod pun. Bagi aku, aku tak sempat nak menjiwai keakraban Noah dan Dina. Tak dapat nak merasai kesewelan diorang. Tup tup dah bergaduh dan Dina bawak diri ke Australia. Aku nak sangat kalau dalam 2 atau 3 episod awal, diceritakan pasal dioarang yang rapat ni. Bagi dapat feeling tu. Lepas tu bila diorang bergaduh dan Dina kena fitnah, baru dapat feel.

Novel Cinta Yang Pulang.

Setakat aku tengok, not bad lah drama ni. Tengok pun takde lah boring sangat. Santai-santai layan malam-malam sambil makan jajan pun best jugak. Meleret-leret? Terasa jugak lah. Banyak scene yang tak patut ada dan mungkin boleh compress beberapa scene jadi satu.

Tak selalu RTM buat drama adaptasi macam ni. Dan kalau ada, mesti cerita yang best macam Korban Kasih dan Trilogi Cinta dulu tu. Harapnya kelebihan plot atau persembahan pelakon drama ni dapat tenggelamkan kelemahan yang ada. Drama ni ada 26 episod. Nasib baik RTM masukkan dalam rtmklik. Boleh tengok bila-bila masa nanti kalau terlepas live episode.

Boleh tengok online: Cinta Yang Pulang

Post a Comment

12 Comments

  1. Tidur pakai makeup, solat dengan bulu mata palsu berlayer. Adoiii..
    Layan drama yang lebih kepada kekeluargaan, persabahatan. Kalau cintan cintun bisnes juta juta tu rasa macam malas sangat nak layan. Episod panjang sangat pun bosan juga sebab penat nak menunggu ending. Haishhhh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann. Cliché sangat. Jemu dah drama projek juta-juta. Lagi better tengok drama kekeluargaan dalam suasana kampung.

      Delete
  2. Bila last tengok drama melayu pun tak ingat dahhh, rasanya last tengok cerita kekasih paksa rela kot. Memang tak berkenan mana dengan drama melayu yang diadaptasi dari novel. Kalau sikit sikit boleh la, ini semua nak diadaptasi huhuhu. Sekarang drama korea yang 16 episode punnn jenuh nak habiskan, kalau berpuluh puluh episode ni tak tahu lah berapa lama boleh habis hahaha >.<

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Tak semua drama live-action ni best. Dulu pernah tengok drama Teduhan Kasih. Tu je rasanya drama adaptasi novel yang best.

      Delete
  3. Kalau dah pernah baca novelnya, biasanya kita mesti akan ada rasa tak puas hati tonton drama/filem adaptasi. Sebab tak sama dan tak best seperti baca novel.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Garapan tak sama. Banyak perubahan. Sedangkan peminat lebih prefer jalan cerita asal.

      Delete
  4. Aduh!! Part bisnes tu memang macam dah wajib pula.. hehehe..
    Tapi kalau dia panjangkan zaman sekolah diorang tu mesti lagi feel.. atleast buatlah 3 ke 4 episod.. ni kejap sangat.. tak rasa akrab tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann. Memang agak tak puas hati bila tak dapat tengok zaman kegilaan diorang. Patutnya tu yang jadi antara scene pilihan.

      Delete
  5. dah lama juga tak nampak ummie nazeera ni berlakon

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang banyak pelakon tak aktif kes pandemik ni. Kalau yang betul-betul aktif pun memang terpaksa untuk survive.

      Delete
  6. Ummi Nazeera berlakon memang padu, drama pertama saya tengok Ummi Nazeera ni waktu drama Nur Kasih. Dia punya watak as adik annoying tu eee kita rasa nak tonyoh juga.

    Izzue tu samalah kenal dalam rama yang sama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann. Memang diorang ni berbakat besar. Harap dapat ketengahkan diri untuk tembus watak-watak utama filem.

      Delete