What's up?

  • run

    HOME

Masak bihun goreng bodoh. Biar bodoh asal sedap.


Bila sebut pasal bihun, aku masih keliru perkataan yang tepat bagi makanan ni. Bihun ke mihun? Atau mee hoon? Ke bee hoon? Ah! Dulu aku memang pening bila nak karang cerita yang ada pasal makanan ni. Last-last tukar menu lain dalam penulisan tu.

Kalau ikut kamus Wikipedia, memang ada banyak jenis perkataan. Tapi kalau ikut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) online, perkataan yang tepat adalah 'bihun' dan 'mihun'.

[bi.hun] | بيهون

Definisi : C sj mi halus yg dibuat drpd tepung beras. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mi.hun] | ميهون

Definisi : 1. sj bahan makanan spt mi yg halus-­halus (diperbuat drpd tepung beras); 2. ma­sakan drpd mihun: ~ goreng; ~ sup. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

*Aku tak tahu kenapa DBP guna short form. Banyak definisi yang pakai short form macam tu. Boleh ke?

Jadinya, 'bihun' atau 'mihun' boleh je digunakan. Dari kecik lagi aku ingatkan bihun ni makanan tradisional orang Malaysia. Tapi rupanya bukan. Negara-negara Asia lain macam China, Hong Kong, Indonesia, Singapura dan Filipina pun ada jugak guna bihun. Tapi versi diorang sendiri lah.

Semalam, rasa nak makan bihun goreng. Kesnya memang lama sangat tak sentuh bihun. Selalu buat mi atau megi je. Sebenarnya nak masak bihun ni leceh jugak. Kena rendam satu hal. Bila rendam dalam air panas, nanti terlalu lembik kalau tak set masa. Bila rendam dalam air masak, lambat pulak nak lembut bihun tu.

Kedua, waktu masak tu nak kena pandai kawal senduk atau sudip. Kalau kasar sangat mengacau tu, nanti hancur bihun. Aku pernah dengar orang cakap. Kalau nak tengok orang perempuan tu pandai ke tak masak bihun, tengok hasil bihun tu nanti. Kalau elok, dia pandai masak; kalau hancur, tu namanya bihun anak dara. Apo! Fakta ke auta ni?


Kenapa aku panggil bihun goreng bodoh? Bihun ni takde akal ke? Otak pun takde, macam mana akal nak ada kan? Sama macam nasi goreng bodoh, terciptanya perkataan 'bodoh' tu sebenarnya kes resepi untuk masak bihun ni terlalu mudah. Guna beberapa bahan je. Waktu penyediaan pun sekejap. Pejam mata pun boleh masak (tipu).

Bahan-bahan
  • Separuh paket bihun (3 orang makan)
  • Sebiji telur ayam
  • 2 ulas bawang putih (dihiris nipis)
  • 4 biji lada kecil (dipotong)
  • Garam secukup rasa
  • Serbuk perasa (optional)
  • Minyak masak secukupnya

Langkah-langkah
  1. Rendam bihun dalam air supaya lembut. Better air suam. Toskan bila dah lembut.
  2. Tumis bawang putih dan cili dalam minyak panas.
  3. Masukkan bihun dan gaul sebati.
  4. Masukkan garam atau serbuk perasa.
  5. Bila bihun hampir masak, masukkan telur ayam dan gaul sampai kering.
  6. Siap.

Tu bukan daun bawang ya. Tu cili hijau.

Hasilnya? Memang sedap. Puji diri sendiri pulak. Tapi aku lagi suka bihun hancur. Aku ingat lagi masa sekolah rendah. Mak cik kantin memang akan masak bihun sampai hancur. Makan waktu sejuk atau panas tetap sedap. Sampai licin pinggan.

Keropok banyak ikan memang warna coklat keperangan gitu.

Keropok ikan atau keropok keping ni memang wajib ada bila masak bihun, mi atau nasi goreng. Bila takde keropok, macam tak syok nak makan. Tak lengkap menu. Tak tahu kenapa. Mungkin dari kecik dah terbiasa makan sekali dengan keropok.

22 comment (s):

  1. Asalkan kenyang dh alhamdulillah..

    ReplyDelete
  2. Penulisan dekat dalam kamus memang selalu begitu. Rasanya tu memang teknik menulis kamus.

    Resepi bodoh - bodoh pun saya rasa macam sedap je tu. Dah lama tak makan mihun ni. Sebab saya bukan penggemar mihun hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lah. Rasanya ejaan macam tu kot.

      Makanan kalau bodoh-bodoh memang selalunya sedap. 😅

      Delete
  3. sebenarnya bihun bodoh ni lagi sedap dari bihun cerdik. baru terasa bihunnya. kalau tak rasa makan sayur goreng je. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann. Walaupun bahan tak banyak, tapi tetap sedap.

      Delete
  4. bihun putih mcm bihun grg singapore BK..

    ReplyDelete
  5. Macam mihun goreng Singapura je.. Ooo.. Keropok yang banyak ikan warna coklat eh.. Baru tahu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bihun Singapore memang saya tak pernah jumpa. Kalau kat kedai makan pun takde menu macam tu. 😅

      Memang. Selalunya macam tu. Ikan banyak berbanding bahan lain.

      Delete
  6. Bihun bodoh ni biasanya yang sedap. Simple tapi sedap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Simple, mudah nak buat dan sedap dimakan.

      Delete
  7. CCL selalu juga masak mihun putih ni . Kalau CCL panggil mihun ni mihun singapore .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lah. Saya panggil bihun goreng bodoh sebab bahan tak banyak guna. 😂

      Delete
  8. salam kenal.

    bodoh2 pun sedap ni. rencah telur tu tak lah bodoh sangat. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kenal.

      Telur tu saja tambah nak bagi naik warna. Biasa tak letak pun.

      Delete
  9. Kalau saya, saya panggil mi halus hahaha. Yang satu lagi tu mi kasar. Dari kecik gituuu :D Takpe hodoh, janji sedap, janji kenyang. Nanti jadi tah* jugak hikhikhik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pernah dengar jugak ada orang panggil mi halus. Betul. Janji perut kenyang dan jimat masa masak.

      Delete
  10. selalunya bihun atau mee atau nasi goreng bodoh ni yang paling sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann. Tak tahu sebab apa. Mungkin ada rahsia di sebaliknya. 🙂

      Delete
  11. dulu confused gak bihun ke mihun entah. Sekarang tak confused dah sebab dua dua boleh guna. Bihun bodo sedap tanpa fancy fancy rencah. Makan dengan keropok ikan bertambah sedap. Saya suka makan dengan sambal tumis/sambal nasi lemak untuk rasa pedas :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Ejaan dua-dua boleh guna.

      Sambal pun memang best dimakan sekali dengan bihun. Baru teringat. Pernah makan kat kampus dulu macam tu.

      Delete

Sila komen, kerana komenmu begitu berharga.