What's up?

  • run

    HOME

Review: Makan jajan Amazin' Graze Nut Mix.


Kali pertama aku makan jajan jenis ni. Sebelum ni duk usha dalam Shopee tapi tak terbeli sebab harga kacang ni pun kencang! Bila ada promo, baru rasa nak beli.


Harga asal kacang ni RM9.30 untuk dua jenis. Seller bagi promo RM5 dan tolak coins, aku just bayar RM3.22 je. Jimat tak? Tersangat lah jimat dan aku masih kekalkan tabiat aku untuk jadi pengguna yang bijak.

Penghantaran makan masa 5 hari je. Kira okey lah sebab biasanya Shopee Mall ni memang ambil masa yang lama sikit untuk proses order customer. Memang selalu macam tu. Tapi bila dah hantar ke kurier, laju je sampai.


Aku beli flavour Coconut Curry dan Sweet Chilli. Saje nak cuba rasa tu best ke tak. Aku bukan penggemar kacang sebab kacang punca jerawat kat muka aku naik bertubi-tubi, lagi-lagi kacang tanah. Tapi kacang Amazin' Graze ni kacang gajus (cashew) dan kacang pecan. Harap takde kesan buruk lah lepas makan.

Flavour Coconut Curry.

Flavour Sweet Chilli.

Rasa kacang ni memang sangat-sangat premium. Bukan indah khabar dari rupa. Memang sedap dan rasa flavour tu betul-betul kick. Aku pernah jugak makan kacang campuran, tapi kacang ni memang boleh dikategorikan sebagai kacang kayangan kot. Jajan orang have-have. Aku mana lah mampu nak makan jajan macam ni even sekali seminggu. Banyak lagi yang murah. Sekali-sekala tu boleh lah.

18 comment (s):

  1. Kacang sedap ni. Memang bijak berbelanja. Jimat banyak dah tu. Bagus bagus, kekalkan jadi pembeli bijak. Takpelah tunggu lama sikit kalau bukan urgent.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena jimat duit walaupun nafsu shopping membuak-buak. ๐Ÿ˜Œ

      Delete
  2. Kacang jenis ni memang sedap. Best nya bayar sedikit je.

    ReplyDelete
  3. Saya penggemar kacang, bole lah cube beli nnt di shopee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh cuba. Memang sedap kacang ni. Kejap je habis kunyah.

      Delete
  4. Ahh lama dah perhati Amazin Graze punya product ni asyik add to cart je tapi tak beli2 lagi smpai sekarang sbb harga kayangan sangat hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann. Harga memang level kayangan. Tapi bila dah makan, memang berbaloi beli.

      Delete
  5. Memang jimat dahhh tuuu! Hahahaa, nampak packaging pun macam sedappp, kira berbaloi la dengan harga dia eh? Part shopee mall tu setuju, standard shopee mall ni memang makan masa yang lama untuk pos barangggg, kadang tu kena chat bila nak pos bila dah seminggu lebih tak pos pos huhuhuhu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Packaging memang lawa. Berbaloi jugak beli sebab memang sedap kacang ni.

      Kann. Shopee Mall memang selalu lambat. Terpaksa jugak extend Shopee guarantee tu.

      Delete
  6. Saya pun lama usha produk jenama nie.. tapi tu lah.. kayangan sangat harga dia.. kikiki.. kena usha jugalah tine sale.. nampak mengancam pula bila baca entry ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang best kacang ni. Tapi tak mampu nak makan selalu. ๐Ÿ˜‚

      Delete
  7. nampak sedap pulak kacang ni , kejap lagi ccl nak usha-usha di shopee la

    ReplyDelete

Sila komen, kerana komenmu begitu berharga.