Giveaway by Shida Radzuan.


GA kali ni datang daripada saudari Shida Radzuan. Kata beliau GA ni dibuat untuk kongsi rezeki. Mulanya aku macam tak dapat nak join bila baca syarat ke-2 tu. Sebabnya medsos aku memang tak aktif. Yang ada hanya blog tercinta ni je. Tapi bila tengok remark kat bawah syarat-syarat tu dalam blog beliau, ada kelonggaran untuk mereka yang takde medsos. Hadiah berupa kotak misteri akan jadi milik 3 pemenang bertuah.

 Penting: GA ni start pada 18 September 2021 dan tamat pada 2 Oktober 2021 (15 hari). Kalau penyertaan melebihi 50, hadiah akan ditambah.

Syarat-syarat Giveaway by Shida Radzuan

  1. Buat satu post entri bertajuk: Giveaway by Shida Radzuan.
  2. Follow socmed Shida: Blog + Facebook + Instagram + Twitter.
  3. Letak banner giveaway dan backlink kan ke entri giveaway.
  4. Cerita sikit dalam entri: Apa yang korang suka tentang blog Shida.
  5. Selesai semua, publish dan submit link entri ke ruangan komen entri ini.

Apa yang aku suka blog Shida Radzuan?


1. Template blog yang simple dan mesra pengguna/gadget.

Blog beliau memang simple. Warna biru dan putih sebagai warna asas. Sekali tengok macam tema polis. Kemas je susunan setiap sidebar widget. Setiap kali singgah, memang tenang je rasa. Tak crowded dan paling best mesra pengguna/gadget aka responsive. Boleh bukak blog beliau guna apa-apa saiz skrin phone atau tablet tanpa masalah.

2. Banyak tutorial yang menarik.

Bila bukak blog beliau, memang terasa nostalgia zaman kegemilangan blog suatu ketika dulu, waktu ramai yang aktif berblogging. Ada banyak tutorial menarik yang boleh digunakan untuk customize blog kita. Kalau tak biasa customize blog, boleh tengok tutorial sini. InsyaAllah lama-lama dapat biasakan diri nanti.

Beliau pun ada info jugak sesiapa yang join GA ni akan dimasukkan dalam bloglist. Seronok bila ada GA macam ni. Sekurang-kurangnya dapat kenal dan follow bloggers lain. Semoga GA ni dapat sambutan yang menggalakkan. Jom sama-sama terjah blog Shida Radzuan!

Post a Comment

21 Comments

  1. Semoga berjaya.. Saya baru sahaja sertai..

    ReplyDelete
  2. saya pun join hehe. semoga berjaya :D

    ReplyDelete
  3. Salam singgah dari giveaway yang sama, best of luck to you.. Semoga ada rezeki untuk semua peserta...

    https://www.shikinrazali.com/2021/09/giveaway-by-shida-radzuan.html

    ReplyDelete
  4. goodluck dan semoga dimurahkan rezeki (",)

    ReplyDelete
  5. Terima kasih sudi join GA shida ya :)
    Nantikan keputusan pemenang pada esok pagi ya.
    Good Luck ya ^_^

    ReplyDelete
  6. jalan-jalan dari giveaway yang sama

    https://www.mialiana.com/2021/09/giveaway-by-shida-radzuan.html

    ReplyDelete