Book Giveaway #1stYearwithShopee by farihajafri.com.


Alhamdulillah. Berkesempatan nak join giveaway dalam bulan ni. Kali ni GA dari blogger Fariha Jafri. GA ni dibuat sempena genap setahun kedai online beliau beroperasi kat Shopee. Aku tengok dalam kedai tu banyak jugak novel baru dan pre-loved yang menarik.


Salah satu syarat GA ni, peserta kena buat satu entri pasal dua buah buku terbaik yang pernah dibaca. Sebenarnya payah nak tentukan buku mana yang terbaik. Banyak sangat buku yang aku rasakan terbaik yang pernah aku baca. Jadi, aku pilih buku atau novel yang ada nilai tersendiri.

 Penting: GA ni berlangsung selama sebulan iaitu dari 9 September 2021 hingga 10 Oktober 2021. Jom ramai-ramai meriahkan GA ni.

1. Sunan Nanggroe Sang Kembara



Novel Melayu pertama yang aku baca sampai habis. Nukilan novelis terkemuka Ramlee Awang Murshid (RAM). Masa terbitnya buku ni, memang banyak novel-novel cinta yang memenuhi rak kedai buku waktu tu. Tapi aku tertarik nak beli bila baca sinopsis kat belakang novel ni.

DEK kerana fitnah dan dihukum bapa sendiri, Saifudin menjadi perantau di bumi Serambi Mekah - Aceh. Banyak ranjau yang terpaksa dilalui sebelum bermukim di situ. Saifudin diangkat menjadi anak asuhan kepada Wali Sufi. Memilih mendalami agama Islam tetapi pada masa yang sama berminat dalam seni persilatan.

Jarang nak ada novel yang ketengahkan karakter lelaki sebagai watak utama. Yang aku jumpa banyak watak perempuan. Lagi-lagi dari novel cintan-cintun.

Novel Sunan Nanggroe Sang Kembara ni aku beli masa awal-awal keluaran. Cetakan pertama. Salah satu sebab novel ni menarik minat aku untuk beli adalah hardcover. Jarang nak jumpa novel Melayu yang berkulit keras. Aku beli kat MPH tahun 2014. RM35 seketul. Mahal sikit takpe asalkan puas hati dapat beli novel macam ni.

Sepanjang aku baca, memang aku betul-betul menghayati watak cerita ni. Aku bukan jenis yang baca tak sampai sehari atau beberapa jam, dah habis. Aku lebih suka baca beberapa bab, lepas tu stop kejap dan sambung pulak kemudian waktu. Aku nak feel cerita tu ada dalam diri. Memang cerita ni penuh saspens yang buatkan perasaan ingin tahu tu membuak-buak tapi aku tetap sabar dalam membaca.

2. The Tales of Beedle the Bard



Buku ni aku beli masa karnival Big Bad Wolf kat Kuantan tahun 2014. Pergi kat The Zenith Hotel. Tak silap aku waktu weekend. Pergi sana dengan member aku. Konon nak usha je tapi balik dengan macam-macam barang kat tangan.

Ya. Aku memang peminat Harry Potter dari zaman sekolah lagi. Masa Kat BBW, tak sangka pulak boleh jumpa buku ni. Satu ni je yang tinggal waktu tu. Memang dah lama aku cari. Time tu tak pernah beli online. Kalau ada pun, harga mesti mahal. Tapi kat BBW, buku ni just RM5 sebuah.

Kalau sesiapa pernah baca novel atau tengok filem Harry Potter and the Deathly Hallows, mesti akan tahu pasal The Tales of Beedle the Bard ni. Buku ni kompilasi beberapa buah cerita dongeng dunia sihir Harry Potter. Kalau dunia kita ada Cinderella atau Pinoccio, dunia diorang ada Babbitty Rabbitty dan The Tale of the Three Brothers. Cerita dongeng (mungkin betul) yang banyak pengajaran.

Itu lah serba-sedikit ceritera antara buku atau novel terbaik yang pernah aku baca. Banyak je aku beli novel masa zaman belajar. Tapi hilang entah ke mana bila yang ni pinjam yang tu pinjam. Ada yang tak pulangkan semula buat harta. Ada yang salah letak sampai tak jumpa cari. Tak kisah lah. Asalkan diorang baca, jangan buat lapik cawan sudah.

Post a Comment

18 Comments

  1. Semoga berjaya.
    Kalau saya tidak bagi pinjam. Hehe cerewet tentang penjagaan buku.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. Takpe. Harapnya diorang dapat ilmu sedikit-sebanyak.

      Delete
  2. Aduh!! Nak pilih buku terbaik tu yang susah tu.. hehehe..
    Semoga ada rezeki awak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann. Payah nak pilih buku terbaik. Semuanya ada nilai tersendiri. 👍

      Delete
  3. Thanks sudi join giveaway ni!
    Siri Laksamana Sunan ni ada 8 buah dah setakat ni..boleh baca juga sambungan dia..semua best

    ReplyDelete
  4. Saya pernah bagi pinjam novel, bila si dia pulangkan balik, ya allah terburaii segala isi novel :') Apa apa pun goodluck! All the best!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann. Macam tu lah jadinya bila tuan baik sangat. 😅

      Delete
  5. Salam singgah daripada giveaway yang sama.. Best of luck to you dan semoga ada rezeki untuk kita semua...

    https://www.shikinrazali.com/2021/09/book-giveaway-1styearwithshopee-by.html

    ReplyDelete
  6. siri sunan ni saya baru baca Bagaikan Puteri, memang best buku tu :)

    singgah dari giveaway yg sama. goodluck :)
    https://www.tiarasaphire.com/2021/09/book-giveaway-1styearwithshopee-by.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lah. Plot dan penceritaan yang best. Bukan tipikal novel-novel cinta kat pasaran.

      Delete
  7. Senarai pemenang dah diumumkan untuk Giveaway ni 😁

    Terima kasih sudi join dan support.

    ReplyDelete