What's up?

  • run

    HOME

Roti bakar salut chocolate paste dari Gardenia.


Hari ni alas perut simple. Weekend ni memang malas sikit nak bangun awal masak. Sebabnya dah tidur lewat belah malam. Walaupun bangun lewat, perut tetap kena isi. Kang tak pepasal gastrik pulak nanti.

Aku ada beli chocolate paste ni dari minggu lepas. Tak bukak lagi sebab tak sempat nak beli roti. Memang dah plan nak makan dengan roti. Chocolate paste ni macam Choki Choki. Boleh makan macan tu je atau sapu kat roti atau biskut. Selalunya aku sapu atas roti.

Roti tu aku bakar dulu. Kes kalau nak sapu macam tu, nanti chocolate paste tu tak melekat elok kat permukaan roti. Bila dibakar, permukaan roti akan jadi keras dan mudah bila nak sapu permukaan tu. Lagipun, bila makan, roti akan jadi rangup dan tak muak.

Amacam? Tergoda tak?

Dalam pek tu ada 5 ketul choholate paste. Aku beli RM2. Kiranya satu ketul tu harganya 40 sen. Dan satu ketul tu jugak boleh guna untuk sapu sekeping roti. Tu pun ada lebihan sikit yang aku makan sambil gigit plastik panjang tu. Chocolate paste ni sangat convenient. Jimat dan tak perlu susah-susah nak beli yang jenis botol. Selalunya bila beli yang jenis botol tu, aku tak habis guna pun. Tengok-tengok dah berair. Aku suspek mesti coklat tu dah contaminated sebab guna sudu yang sama berulang kali masa sapu kat roti.

Kat 7e aku pergi hari tu tak jumpa lagi chocolate paste ni. Aku tak pasti kedai runcit ada jual ke tak. Aku beli dalam Shopee je hari tu. Nak test rasa macam mana. Kalau best, boleh repeat order. Dan hasilnya, berbaloi. Walaupun brand Gardenia, tapi memang sedap rasa coklat tu. Pekat dan rasa tak macam brand murah yang lain.

10 comment (s):

Sila komen, kerana komenmu begitu berharga.