What's up?

  • run

    HOME

Dua pingat emas digenggam hari ni. Tahniah buat atlet Paralimpik Malaysia.


Berita gembira untuk Malaysia. Hari ni, dua lagi pingat emas dihadiahkan. Satu dari sukan badminton dan satu lagi dari lompat jauh. Dengan itu, sebanyak 5 pingat berjaya Malaysia raih dalam Sukan Paralimpik kali ni.

Pingat Acara Atlet
πŸ₯‡ Emas Lompat jauh (lelaki T20) Abdul Latif Romly
πŸ₯‡ Emas Badminton (perseorangan lelaki SU5) Cheah Liek Hou
πŸ₯‡ Emas Angkat berat (lelaki bawah 72 kg) Bonnie Bunyau Gustin
πŸ₯ˆ Perak Boccia (lelaki individu campuran BC1) Chew Wei Lun
πŸ₯ˆ Perak Angkat berat (lelaki bawah 107 kg) Jong Yee Khie

Perkara menarik Sukan Paralimpik 2020 Tokyo
  1. Lompat jauh - Walaupun rekod terbaik lompatan kali ni 7.45 meter, tapi Abdul Latif Romly masih lagi pemegang rekod dunia dengan catatan 7.64 meter (Sukan Paralimpik 2016 Rio).
  2. Badminton - Sukan yang pertama kali dipertandingkan dalam Sukan Paralimpik. Lebih manis, Malaysia berjaya genggam pingat emas yang dimenangi oleh Cheah Liek Hou.
  3. Boccia - Chew Wei Lun pertama kali masuk bertanding dan berjaya raih pingat perak. Selain tu, dia menang 5 kali beturut-turut tanpa kalah sebelum ditumpaskan dalam final oleh atlet negara China.
  4. Lontar peluru - Muhammad Ziyad Zolkefli berjaya pecah rekod dunia dengan catatan 17.94 meter.
  5. Angkat berat - Bonnie Bunyau Gustin berjaya pecah rekod Paralimpik dengan angkatan 228 kg berbanding 227 kg yang dipegang atlet Iraq dalam Paralimpik 2016 Rio.
  6. Renang - Dengan catatan masa 1:09.72, Brenda Anellia Larry berjaya pecah rekod Asia dalam acara kuak kupu-kupu 50 meter wanita.


Alhamdulillah. Malaysia berjaya capai target untuk dapatkan sekurang-kurangnya 3 pingat emas. Acara hari ni merupakan acara terakhir yang Malaysia bertanding. Esok hari terakhir dan acara penutup Sukan Paralimpik. Semoga kemenangan dan kegigihan atlet-atlet kita kali ni dapat membakar semangat untuk terus cemerlang pada masa akan datang.

20 comment (s):

  1. Tahniah.. Malaysia Boleh.. Sepatutnya 4 dah emas, tapi apakan daya..

    ReplyDelete
  2. Sepatutnya boleh 4 emas tu. Takpe lah. Tetap bangga dgn atlet paralimpik Malaysia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann. Mungkin bukan rezeki nak dapat 4 emas kat sana.

      Delete
  3. Alhamdulillah. Masih terkilan dengan kes Ziyad, tapi apa kan daya. Semoga dapat jadi pengajaran untuk rakyat Malaysia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama. Dia dah buat bersungguh-sungguh. Tapi nasib tak sebelahi kita.

      Delete
  4. Bangga!!
    Tahniah atlet paralimpik MALAYSIA!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama jugak. Terasa bangga walaupun saya tak main kat sana. πŸ˜…

      Delete
  5. Tahniah atlet paralimpik Malaysia!!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  6. Replies
    1. Kann. Memang bangga tengok diorang naik podium.

      Delete
  7. Alhamdulillah, rezeki Malaysia! Walaupun terlepas satu emas, tapi tetap emas di mata rakyat Malaysia!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Ziyad memang dah cemerlang. Masalah teknikal je yang jadi penghalang.

      Delete
  8. Tahniah kepada semua atlit paralimpik yang telah mengharumkan nama negara. terkilan juga pingat emas ziyad ditarik balik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann. Memang terkilan hanya disebabkan masalah macam tu.

      Delete

Sila komen, kerana komenmu begitu berharga.